Genta Rasa » Zikir & Fikir

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR…
Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA
Sering saya nasihatkan anak-anak (remaja) dengan nasihat yang diberikan oleh guru-guru saya. Antaranya, jika teratur tiga perkara ini maka teraturlah hidup kamu. Tiga perkara itu adalah waktu solat, waktu makan dan waktu tidurmu. Alam remaja, alam yang begitu dinamik, aggresif dan ‘adventurous’ – alam transisi yang serba kemungkinan. Remaja tidak suka diatur…Pada waktu itu sering peraturan dianggap satu ‘kekalutan’.

Namun, anak-anakku dengar pesan ini… atur ketiga-tiga perkara ini. Atur solat demi kesihatan jiwa mu. Atur makan demi kesihatan badan mu. Dan atur tidur demi kesegaran dan ketangkasan minda, fizikal dan mentalmu. Kali ini beri laluan untuk saya bercakap tentang tidur…kerana…  TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA.

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyatakan bahawa malam Allah khususkan untuk tidur. Jadi, kita gunakanlah masa itu untuk tidur. Ini fitrah asal manusia. Manusia perlukan tidur sepertimana manusia perlukan makanan, minuman dan lain-lain. Tidak ada manusia yang sanggup melawan fitrahnya.

Jika kita melawannya, juga kita akan kalah. Jadi, tidak hairanlah tanpa tidur pada waktu malam kita akan keletihan pada siang hari. Dari segi kesihatan pula tidur yang cukup adalah asas dalam kesihatan badan. Manusia normal memerlukan 6 hingga 8 jam tidur dalam sehari.

Masalahnya, ada remaja yang suka berjaga larut malam. Istilah yang selalu kita gunakan untuk mereka ini ialah, ‘kutu embun’. Malam-malam mereka gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti lumba haram, bergaul bebas, berbual kosong, video games, dan sebagainya. Percayalah… ini memudaratkan. Seeloknya, tidur awal dan bangun awal. Manfaatkan waktu selepas Subuh yang berkat itu.

Manusia selepas Isyak dikatogerikan kepada tiga. Pertama, yang mengisi malam-malamnya dengan aktiviti yang berfaedah seperti menelaah pelajaran, berbincang sesuatu yang bermanfaat dan lain-lain amal kebaikan. Mereka ini mendapat pahala.

Yang kedua, mereka yang melakukan perkara-perkara harus seperti dan terus tidur., mereka ini tidak memperolehi apa-apa, berdosa pun tidak berpahala pun tidak. Tetapi yang malangnya ialah mereka yang menggunakan waktu dengan aktiviti-aktiviti maksiat, maka mereka ini berdosa. Jadi, gunakanlah akal dan hati kita untuk menimbang, kita ini dalam golongan yang mana?

Remaja punya tanggungjawab asasi, maka dahulukan dan utamakanlah tanggungjawab yang asasi. Apakah tanggungjawab yang utama? Ya kebanyakannya para remaja masih belajar. Setelah itu, jika ada masa, ada tenaga dan ada kesempatan maka eloklah dibuat amalan-amalan sunat seperti qiamullail dan sebagainya. Cuma harus diingatkan bahawa keutamaan tetap pada menuntut ilmu, jangan sampai kita bangun untuk solat tahajjud pada malam harinya tetapi mengantuk hingga tidak dapat belajar dengan baik pada esok paginya.

Itu kurang tepat! Kewajiban belajar lebih utama daripada sembahyang sunat. Tapi ingat… yang saya katakan ialah solat sunat, tetapi jika solat wajib tidak ada kompromi. Ia wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan. Jangan tinggalkan solat wajib. Solat Subuh misalnya, jangan sekali-kali ditinggalkan atas alasan tidak cukup tidur…

Masa yang diperuntukan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 jam yakni ¼ daripada umur kita. Ertinya jika kita hidup 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur. Pertama, hendaklah kita jaga niat, kaedah serta adab-adabnya. Sebelum tidur hendaklah kita niatkan untuk mendapat kerehatan, agar kita dapat bangun untuk solat Subuh pada hari keesokkannya. Sebaik-baiknya kita berwudhuk.. Air wudhuk itu akan menyejukkan hati kita, merehatkan emosi kita dan menstabilkan fikiran kita. Bacalah doa tidur, yang maksudnya, segala puji Allah yang menghidupkan dan mematikan daku.

Ya, menyentuh soal ini teringat pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada isterinya Siti Aishah RA. Baginda diriwayatkan telah berkata, wahai Aishah, janganlah engkau tidur sehingga kau melakukan 4 perkara ini, pertama, setelah habis membaca seluruh isi Al-Quran. Kedua, mengambil aku dan para Nabi sebagai penolongmu di hari kiamat. Ketiga, sehingga semua orang Islam redha dan memaafkanmu. Keempat, hingga kau selesai mengerjakan umrah.

Apabila Saiyidatina Aishah bertanya bagaimana? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika kita tidak membaca surah Al-Ikhlas 3 kali samalah fadhilat dengan membaca keseluruhan isi Al-Quran. Bila kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain, maka mereka nanti akan membela keadaan kita di hari kiamat. Bila kita beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin maka mereka juga akan redha terhadap kita kelak. Dan dengan membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah, samalah pahalanya seperti kita mengerjakan umrah.

Kemudian tidurlah dengan baik, seeloknya mengiring dengan pipi mengiring ke kanan dan muka menghadap kiblat. Kalau terlentang, letakkan kaki kanan di atas kaki kiri. Itu sebelum atau awal-awal nak tidur.. dan apabila sudah tidur tentulah gaya bebas (kita tidak ingat apa-apa lagi). Tapi, elakkan daripada tidur meniarap, Rasulullah melarang sahabatnya tidur meniarap kerana itu gaya tidur ahli neraka.

Ya, itulah sebahagian cara tidur dalam Islam. Jika kita lakukan Insya-Allah Allah akan redha kepada kita sepanjang waktu kita tidur itu. ertinya , Allah kurniakan pahala. Begitulah pemurah-Nya Allah, Dia Maha Pengasih kepada kita. Jadi, bagi remaja apa salahnya kalau kita tidur dengan adab-adab yang saya sebutkan tadi.. Siapa tak mahu, rehat pun dapat.. Jika 40 tahun kita hidup, 10 tahun kita mengaut pahala dalam tidur sahaja.

Pada keseluruhannya, kisah ini membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Pertama, Allah mampu menidurkan seorang manusia lebih lama daripada biasa. Ertinya, hukum biologi dan fisiologi telah Allah batalkan dalam kes ini. Logiknya, tanpa makanan, tanpa pergerakan, dan tanpa buang air, tentulah pemuda-pemuda itu akan mati.

Kedua, ini membuktikan betapa Allah membela pemuda-pemuda yang beriman dengan cara yang cukup mudah. Iaitu cara tidur. Bayangkan Raja dan bala tenteranya telah memburu pemuda-pemuda beriman ini untuk dibunuh.. mereka begitu terdesak. Tetapi kuasa Allah telah menidurkan mereka. Setelah mereka bangun semuanya telah berubah. Inilah bantuan yang telah Allah berikan untuk orang-orang yang beriman.

Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan bahawa Dia tidak rasa mengantuk apatah lagi tertidur. Ertinya, Allah sentiasa berjaga. Dia tidak letih, tidak rasa lapar, tidak rasa bosan, dan tidak rasa sakit sepertimana manusia. Mengantuk ini melambangkan kekurangan dan kelemahan, Maha Suci Allah daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, atas sifat-sifat kesempurnaan-Nya, Allah tidak tidur walaupun sedikit.

Ada banyak jenis tidur…ada yang tidur mati. Ini tidur habis-habisan. Tak sedar diri. Macam orang mati. Orang ini kalau kita ingin kejutkan tak boleh main panggil, tapi kena gegar, kena siram baru boleh. Kalau tidur ayam, kejap tidur, kejap tidak,. Mudah terjaga , tertidur tetapi macam tidak tidur. Tidur ayam ini lawan kepada tidur mati tadi.

Apa maksud saya menceritakan dua jenis tidur ini? Tidur ini lambang kelemahan insan. Kalau tidur mati tadi, kalau orang datang nak bunuh senang sahaja. Manakala, yang tidur ayam pula bahaya juga, kalau pandu kereta Insya-Allah akan menemui kemalangan. Jadi, di sinilah rasionalnya Allah itu tidak tidur. Allah sentiasa dalam keadaan jaga kerana perjalanan alam ini dan seluruh makhluknya sangat bergantung kepada-Nya.

Allah diperlukan oleh setiap makhluk pada setiap masa dan ketika. Penglihatan, pendengaran dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah sentiasa berperanan. Allah tidak perlukan tidur, kerana Dia Maha Kuat dan tidak perlu berehat. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi  Musa AS pernah terdetik bagaimana kalau Allah tertidur… Ini bukan soal keraguan hati tetapi sekadar lintasan hati.

Untuk menjawabnya, Allah memerintahkan Nabi Musa membawa segelas susu dan menunggu-Nya di suatu tempat. Lama benar Nabi Musa menunggu akhirnya baginda mengantuk, dan bila mengantuk, segelas susu di tangannya pun terlepas dan lalu pecah.. Ketika itulah Allah menjelaskan bahawa keadaan itulah yang akan terjadi kepada dunia dan segala isinya jika Allah tertidur. Maha Suci Allah!

Pencuri, perompak dan lain-lain jenis penjenayah, selalunya mengambil kesempatan sewaktu orang lain sedang tidur atau alpa. Begitu juga orang orang yang melakukan maksiat, selalunya secara sorok-sorok. Misalnya, pada waktu malam, di tempat tersembunyi, ketika ‘black out’ dan sebagainya.

Ini semua kerana mereka ini ingin mengelakkan diri daripada penglihatan dan pendengaran orang. Tetapi, sebaliknya, jika mereka yakin bahawa Allah tidak tidur, sentiasa berjaga, sentiasa melihat dan mendengar, maka mereka tidak akan berani melakukan kejahatan. Walaupun orang lain sudah tidur, lampu telah terpadam, hari telah gelap…tetapi mereka yang benar-benar yakin bahawa Allah tidak tidur, tetap tidak akan melakukan kejahatan. Inilah kesannya kalau kita benar-benar yakin yang Allah itu tidak tidur..

Manusia begitu lemah. Pada ketika yang dia hendak berjaga, adakalanya dia mengantuk dan terlelap. Ada masanya dia hendak tidur, tetapi mata terus berjaga dan gelisahlah dia kerana tidak boleh tidur. Tidur itu sesungguhnya adalah separuh daripada kematian – kerana orang yang tidur tidak mampu mempertahankan diri daripada sebarang bahaya. Esok paginya apabila dia terjaga, dia seolah-olah dihidupkan semula.

Justeru Rasulullah mengajar kita berdoa dengan lafaz ini sebaik bangun daripada tidur… Segala pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas  mematikan kami (tidur). Dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan. Ya, tidur itu sayugianya mengingatkan kita kepada kematian yang hakiki, kemudian kita akan dibangkitkan semula menuju padang perhimpunan yang besar… Padang Mahsyar. Di sanalah nanti kita semua akan dikembalikan dan dihimpunkan.

Awas anak-anak ku, jangan leka, jangan alpa…mungkin tidur mu nanti adalah tidur yang selama-lamanya.Sudahkah kita bersedia?

INILAH BAHAGIA…
Dalam majlis forum selepas menyampaikan ceramah bertajuk Mukmin Profesional di UIA, Kuantan pada hari Sabtu yang lalu, saya berjanji untuk cuba menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan bahagia. Disebabkan agak banyak juga soalan yang dikemukakan, saya memilih untuk menjelaskan persoalan itu menerusi blog. Jadi, kepada yang bertanya, “apa itu bahagia?”, terimalah jawapan seadanya daripada saya:

Ia bermula begini…

Bahagia itu adalah fitrah insani. Semua manusia inginkan bahagia. Tidak ada seorangpun manusia yang tidak inginkannya.  Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman… dan layak dihantar ke Hospital Bahagia. Justeru, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia hakikatnya adalah untuk mencapai  bahagia.

•	Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar  ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

•	Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

•	Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

•	Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang (lihat sebahagian fakta yang dipaparkan).

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

• Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya.   Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Kaedah mencari bahagia mengikut Al Quran dan Sunnah:

1. Beriman dan beramal salih.

“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada  rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Firman-Nya:

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia,  misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:

“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

Zikrullah bawa bahagia:

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi hati tidak tenang. Kenapa? (Untuk menjawabnya sila rujuk enteri saya dalam tajuk Mencari Ketenangan Hati).

Bahagia itu letaknya di hati. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita. Agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu berhati-hatilah menjaga hati!

SOLAT ITU BUANG MASA?
Ustaz Hashim sedang memberikan taklimat awal kepada para peserta kursus Modul Solat yang dijalankan oleh saya dan teman-teman di Fitrah Perkasa

Malam ini saya di UIA Kuantan, untuk berkongsi ilmu dengan saudara/i kita di sana dalam tajuk: MUKMIN PROFESIONAL. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan untuk meuar-uarkan gagasan ini.

Mukmin Profesional  yang telahpun dijalankan dalam bentuk program dan modulnya sejak 7 atau 8 tahun yang lalu di pelbagai agensi korporat oleh Fitrah Perkasa Sdn Bhd. adalah satu proses “rebranding” (penjenamaan semula) imej umat Islam yang negatif di mata dunia.

Untuk anda sahabat-sahabat yang setia mengikuti kembara Gentarasa – saya ketengahkan satu tulisan untuk dijadikan bahan fikir dan zikir – solat pada pandangan bukan Islam dan orang Islam sendiri. Marilah membacanya dengan nama Allah…

SOLAT ITU  BUANG MASA?

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:

“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”

Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”

Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.

“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang,  ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.

Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.

“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”

“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”

“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.

“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).

Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat  “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.

“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”

“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.

“Nah, kalau begitu tanyakan mereka,  kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”

“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”

“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.

“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.

“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”

“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.

“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”

“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam,  wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”

“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”

“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?”

“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”

“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.

“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.

“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”

“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”

“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.

“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”

“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”

“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit!  Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”

Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!

JANGAN TERLALU CINTA, JANGAN TERLALU BENCI…
Filem pendek Perjalanan Hidup Sang Murabbi begitu menggugah jiwa saya. Walaupun pendek dan sederhana serta biasa-biasa sahaja… namun mesejnya melekat di hati.

Ya, kisah perjalanan hidup seorang pemuda yang sangat cintakan dakwah. Selepas menonton di rumah bersama isteri dan anak-anak.. saya mengirim SMS kepada sahabat yang menghadiahkan saya filem tersebut.

SMS itu hanya untuk meluahkan rasa hati dan terima kasih kepadanya. Saya catatkan:

“Syukran kerana memberi ana Sang Murabbi. Persoalan yang ana tagih melalui pelbagai jalan, Allah berikan jawapan jua melalui hadiah ustaz ini.”

“Ana nak hidup dan mati seperti Sang Murabbi itu. Amin. Pergolakan jiwa dan kata-kata hati selepas umrah tempoh hari telah terungkai. Alhamdulillah, syukran sekali lagi!”

Bahang Sang Murabbi itulah yang membakar semangat… makanya, selepas Subuh pagi tadi, hati berdetak kembali untuk memaparkan satu pandangan di tengah kecelaruan sikap, adab dan cakap-cakap dewasa ini. Apa pun yang berlaku di luar sana… tidak akan memadamkan apa yang berkobar-kobar di sini. Hidup hakikatnya mempunyai dua sempadan – harapan dan ajal. Dengan harapan kehidupan terpelihara dan dengan ajal kehidupan berhenti.

Dan dengan harapan itulah kita akan terus berusaha – mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain. Kita tidak boleh “menjatuhkan hukuman” selagi hidup ini belum tamat. Yang jahat, diharap menjadi baik. Yang baik, diharap menjadi lebih baik. Berilah harapan… kerana Tuhan pun sentiasa memberi harapan, lalu diancam-Nya siapa yang putus asa dengan kekafiran!

Kali ini saya ingin menyentuh tentang CINTA dalam “keluarga” yang lebih besar yakni cinta dalam sebuah negara. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu berci. Ya, beginilah tulisan itu bermula…

Sebuah kerajaan yang baik, memerlukan unsur ‘check and balance’ dalam menentukan dasar dan pelaksanaan program pembangunannya. Ini bukan sahaja sesuai dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini, bahkan ia adalah satu faktor yang sangat diutamakan dalam sejarah kepimpinan pada zaman kegemilangan Islam.Jika diteliti pemerintahan Khulafaur Rasyidin misalnya, kita akan dapat melihat betapa ruang bagi proses ‘check and balance’ ini telah dibuka seluas-luasnya sejak awal pemerintahan mereka lagi. Sayidina Umar RA pernah ditegur sejak diawal pemerintahannya. Padahal kalau ada manusia yang layak menjadi Nabi selepas Rasulullah, Umarlah orangnya.

Para sahabat utama Rasulullah saw tersebut sedar betapa sebagai hamba Allah, mereka tentunya mempunyai kelemahan-kelemahan yang perlu ditegur, dinasihati bahkan diperbetulkan oleh pihak lain. Dan indahnya, rakyat ketika juga turut sedar bahawa kewajiban mentaati kerajaan tidaklah menghalang mereka memberi pandangan, nasihat dan teguran kepada pemerintah.

Kerajaan masakini perlukan proses ‘check and balance’ ini. Dan tentu sahaja prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam tidak boleh dipinggirkan dalam proses tersebut. Untuk itu golongan agama dalam kerajaan khususnya, patut memainkan peranan yang lebih aktif, dinamik dan terbuka dalam pendekatannya (kerana kerap didakwa ahli agama dari parti pembangkang yang sering disifatkan kasar, emosional dan prajudis?)

Justeru, bagaimana pula sikap ‘orang’ agama dalam kerajaan? Mampukah mereka melakukan proses ‘check and balance’ dari dalam? Atas ‘kelebihan’ mereka yang tentunya mempunyai sistem nilai, kepakaran dan ketulusan berteraskan Islam, sudah pasti peranan mereka juga lebih besar. Ini selaras dengan harapan kebanyakan orang Melayu agar mereka benar-benar berperanan dalam meningkatkan penghayatan dan amalan Islam di Malaysia.

Sesungguhnya, agenda besar ini menuntut skop pemikiran yang luas, komitmen tenaga yang tinggi dan gerak-kerja yang menyeluruh… Tegasnya, golongan agama bukan lagi berperanan sekadar bunga hiasan atau pinggan nasi tambah!

Secara mudah, dua dimensi utama tujuan Islam ialah menegakkan yang makruf (kebaikan dan kebajikan) dan mencegah yang mungkar (kejahatan dan keburukan). Dan kedua-dua dimensi ini mestilah dirujuk kepada Allah berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Untuk menegakkan yang makruf, golongan agama “bekerja keras” memahamkan masyarakat mengenai konsep dakwah dan tarbiah Islamiah yang praktikal dan realistik.

Tonjolkan sikap bukan cakap. Secara jelas, golongan agama dalam kerajaan memikul amanah untuk meningkatkan perjuangan Islam yang syumul ( tidak kira atas label “Islam Hadhari” atau apa pun jua jenamanya nanti), bukan sahaja secara konseptual tetapi juga dari segi pelaksanaannya.

Itu dilihat dari dimensi menegakkan yang makruf.

Manakala dari dimensi mencegah yang mungkar pula, ‘orang-orang’ agama dalam kerajaan perlu menyedari setidak-tidaknya ada juga perkara-perkara negatif dalam negara di bawah bidang kuasa kerajaan perlu ditegur dan dinasihati. Keberanian, ketelusan, sikap kritis tetapi berhikmah perlu ada pada mereka untuk menegur kerajaan dari dalam.

Ironinya, jika ada pihak beranggapan orang agama dalam parti pembangkang ‘terlalu benci’ hingga tertutup mata hati untuk melihat kebaikan kerajaan, maka janganlah hendaknya orang agama dalam kerajaan ‘terlalu cinta’ hingga alpa pada kesalahan atau kesilapan kerajaan.

Hubungan yang akrab antara mereka dengan pemimpin negara mestilah dimanfaatkan untuk memberi nasihat dan teguran agar proses ‘check and balance’ yang disebutkan sebelum ini berjalan dengan baik.    Jika dahulu seorang tokoh agama dalam kerajaan pernah menyifatkan penolakan terhadap pembangkang membuktikan masyakat telah menolak ‘ulama yang tidak berhikmah’, maka masyakat ingin melihat bagaimana pula iltizam ‘ulama yang berhikmah’?

Siapa lagi kalau bukan orang-orang agama dalam kerajaan yang boleh diharapkan menegur pemerintah dengan penuh hikmah sepertimana yang dituntut oleh Rasulullah saw menerusi sabdanya:

“Sesiapa yang ingin menasihati pihak yang berkuasa mengenai sesuatu perkara, maka janganlah ia menyampaikan secara terang-terangan tetapi hendaklah ia memegang tangannya dan menyampaikan nasihatnya secara bersendirian…”

(Riwayat Ahmad dan al Hakim)

Kebimbangan rakyat mengenai gejala sosial, jenayah seks, keruntuhan akhlak dikalangan remaja, dadah dan sebagainya amat membimbangkan masyarakat. Parti pembangkang terus menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku walaupun kadangkala jelas kelemahan institusi keluarga paling banyak menyumbang kepada keruntuhan itu.

Namun, apa salahnya jika kerajaan juga bermuhasabah atas program-program hiburan yang keterlaluan, lambakan bahan bacaan picisan dan lain-lain unsur negatif seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas dan budaya hedonisme yang mengancam golongan remaja.

Tentu ada yang ‘tidak kena’ di mana-mana. Jadi, ada baiknya jika golongan ulama dalam kerajaan menegur secara langsung budaya hedonisme yang diperagakan secara keterlaluan  atau setidak-tidaknya membuka laluan yang lebih luas kepada budaya hiburan yang lebih sopan dan mendidik.

Walaupun mustahil menutup pintu langit dan menyekat segala bentuk kemungkaran menurut ajaran Islam kerana Malaysia negara berbilang agama dan bangsa, namun dalam batas-batas kesederhanaan Islam masih banyak rasanya yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu para ibu-bapa mengawal anak-anak mereka daripada terjebak dengan gejala-gejala negatif.

Pendekatan pencegahan menerusi program kesedaran, dakwah dan pendidikan perlu diperhebat dan dipelbagaikan dalam bentuk yang lebih kreatif, menarik dan berkesan. Ia juga perlu iringi oleh halangan-halangan berbentuk lahiriah – akta, undang-undang, denda dan sebagainya.

Hendaknya dalam keadaan-keadaan tertentu janganlah  program-program yang melibatkan pendedahan aurat, pergaulan bebas dan lain-lain unsur negatif itu semacam disemarakkan melebihi program-program yang jelas kemakrufannya. Mungkin ini hanya persepsi sesetengah anggota masyarakat, tetapi ada baiknya persepsi ini diatasi dengan program penerangan yang lebih jelas dan mantap.

Ahli agama dalam kerajaan juga diharap dapat memadamkan polemik-polemik yang tidak perlu dan telah lama selesai dan lain-lain isu seumpamanya. Justifikasi yang kononnya mewajarkan isu begini ditimbulkan – untuk membuka ruang minda dan ‘horizon’ pemikiran adalah tidak relevan dan tidak berhikmah.

Jika benar perkara-perkara ini adalah bersifat pinggiran dan ‘khilafiah’ maka apa rasionalnya ia dibangkitkan semula sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam dan debat tidak bermanfaat di kalangan para ilmuwan?

Bukankah lebih baik perkara-perkara yang lebih relevan umpamanya bagaimana menyepadukan pembangunan rohani dan material, penghayatan dan memantapkan lagi soal-soal asas dan teras Fardu Ain (rukun Iman dan Rukun Islam),  aplikasi industri bioteknologi menurut perspektif Islam, penggunaan dinar emas dalam pasaran kewangan Islam dan global, itu yang dibahaskan secara komprehensif?

Bukankah perkara-perkara baru yang bersifat ‘ke hadapan’ dan menyelesaikan masalah ini jauh lebih penting diketengahkan berbanding isu-isu yang telah lama selesai tapi ditimbulkan semula hanya untuk memuaskan ego atau hero keintelektualan?

Begitu juga peranan golongan ugama seharusnya tidak terhad cuma kepada bidang-bidang yang dilihat berwajah ‘agama’ tetapi mula menjangkau jua bidang-bidang lain selaras dengan Islam sebagai ‘way of life’.

Dalam bidang pembangunan fizikal dan ekonomi misalnya, suara golongan agama mestilah kedengaran bukan sahaja dalam menentukan halal dan haram, tetapi memantau prinsip, pendekatan, pelaksanaan dan tujuan pembangunan itu selaras dengan kehendak Tauhid, syariah dan akhlak Islamiah.

Justeru, kita berharap golongan agama ini akan terus meningkatkan keberkesanan dan kecekapan mereka dalam kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran dengan menambah ilmu dan kemahiran agar mereka layak diberi peranan yang lebih besar.

Pada era yang akan datang kita berharap dapat melihat orang agama dalam kerajaan boleh memimpin kementerian-kementerian yang berteraskan bidang pelajaran, penerangan, industri, keselamatan, pertanian dan sebagainya.

Apa yang penting, golongan agama inilah yang kita harapkan menjadi perintis bagi merealisasikan generasi kepimpinan baru yang menggabungkan sifat mukmin (kejujuran, amanah dan lain-lain sifat mahmudah) dengan tahap profesionalisme dan kompetensi yang tinggi.

Dengan sifat kehambaan kepada Allah dan sifat kekhalifahan dengan manusia dan tugasan, maka akan terbina satu barisan kepimpinan yang akan mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, toleran dan dinamik pada era globalisasi.

Orang-orang Melayu mesti memastikan budaya dan jati diri mereka yang berteraskan nilai bangsa dan prinsip agama terus dipertahankan dalam gagasan menjadi ‘Khayra Ummah’ – yang amar makruf, nahi mungkar dan beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya!

Mungkin itu yang dapat saya sarankan kepada ulama-ulama dalam kerajaan… sekadar satu usaha ingat mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran. Bagaimana dengan ulama di luar kerajaan? Insya-Allah, jika ada kesempatan akan saya tulis jua nanti.

Inilah Jalan Yang Lurus
Pagi tadi, petang semalam, tengah hari ini, malah malam nanti juga, pastinya kita tidak putus-putus tanpa jemu meminta agar di¬kurnia¬kan jalan yang lurus. Ya, semuanya kita ungkapkan menerusi bacaan al-Fatihah dalam solat lima waktu yang dilakukan sehari semalam.

Permohonan yang telah kita ajukan entah berapa ratus bahkan beribu-ribu kali kepada Allah s.w.t. Bayangkan, jika kita kini berusia 40 tahun dan mula mengerjakan solat sejak akil baligh (sekitar usia 15 tahun), bermakna kita telah memohon jalan yang lurus sejumlah 155,125 kali!

Apakah status permohonan kita itu? Adakah Allah mensia-siakan permohonan yang diajukan sebanyak dan sekerap itu? Atau adakah kita yang mensia-siakan jawapan yang telah diberikan Allah? Namun yang pasti, Allah tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Berdoalah nescaya akan Aku memperkenankan.” (Surah Ghafir: 60)

Pengalaman kita, jika ada seseorang yang meminta kita sesuatu berulang-ulang kali, akan jatuh kasihan juga dan ini mendorong kita untuk menunaikan permintaannya. Inikan pula Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi, pasti Dia akan mengabulkan permintaan hamba-Nya. Oleh sebab itu jelas sekali kitalah yang telah mensia-siakan jawapan (kurniaan) Allah itu.

Dalam hubungan sesama manusia kita biasa dengan ungkapan, “When you ask, listen!” Maksudnya bila kita meminta suatu pandangan, nasihat atau tunjuk ajar, maka dengarlah jawapannya, yakni pandangan atau nasihat yang kita minta itu. Jadi amat tidak wajar kita hanya sering meminta nasihat, namun apabila telah diberikan, kita mensia-siakan atau tidak mendengarnya.

Begitulah dalam hubungan dengan Allah, kerap berlaku situasi sedemikian. Kita sering meminta kepada-Nya dalam doa dan solat kita, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang tuli dan mensia-siakannya.

Inilah yang berlaku apabila kita memohon ditunjuki jalan yang lurus. Jawapan dari Allah tidak kita dengari. Jalan yang ditunjukkan-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi?

Peminta yang ego

Semuanya ini berpunca daripada sifat keakuan (keegoan). Hanya mulut yang meminta, tetapi hati tidak begitu. Hakikatnya apabila kita meminta sesuatu dari suatu pihak lain, ertinya kita dalam ke¬kurangan; manakala pihak yang lain itu yang punyai kelebihan. Kita lemah, pihak yang kita pinta itu yang kuat. Itulah rasa sewajarnya yang harus ada dalam hati para peminta (hamba) berbanding dengan Pemberi (Allah). Kita sebagai peminjam, dan Allah sebagai pemilik segala-gala yang kita inginkan.

Luntur dan leburkanlah keegoan kita dengan merasa bahawa dunia ini bukan milik kita. Allah menegaskan hakikat itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan di bumi.” (Surah al-Baqarah 2: 284)

Ayat ini menegaskan bahawa pemilik dan pen¬cipta dunia dan segala isinya adalah Allah. Apakah implikasi daripada ayat ini?

Implikasinya, oleh sebab Allah pemilik dunia ini maka Dia sahaja berhak untuk mengaturnya. Hanya kaedah Allah sahaja yang wajar dan mampu menjamin keselamatan dan kesejahteraan dunia. Dalam erti kata yang lain, Allah sahaja berhak membuat “jalan”. Cuma jalan di sini bukan bermaksud road (jalan) tetapi way (cara atau kaedah). Justeru, jangan ada yang mendabik dada dengan berkata, “I’ll do it my way (saya akan lakukannya dengan mengikut jalan saya).”

Metafora wang 50 sen

Jika itu hakikatnya, lalu apakah peranan kita sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi ini? Kita tidak berhak membuat jalan (kaedah atau jalan hidup) sendiri. Kita hanya dituntut untuk mengikuti jalan yang telah ditentukan-Nya.

Metaforanya begini: Katalah anak kita menemui wang 50 sen di tepi jalan. Dia bertanya kepada kita sebagai ibu bapanya, “Bolehkah saya belanjakan duit ini?” Sudah tentu sebagai ibu bapanya, anda bertegas menjawab, “Tidak boleh.” Ini jawapan fitrah. Anak anda mungkin bertanya lagi, “Kenapa tidak boleh? Bukankah saya yang menjumpainya?” Dan anda akan menjawab, “Ya, walaupun kamu yang menjumpainya tetapi duit itu bukan hak kamu. Atas dasar itu kamu tidak berhak menggunakannya!”

Ya, begitulah manusia. Apabila manusia lahir saja ke dunia, segala-galanya telah sedia ada. Bumi, lautan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, bukit, gunung, sungai dan segala isi dan hasil mahsulnya. Semua ini bukan manusia yang menciptanya. Semua ini hak Pencipta, yakni Allah s.w.t. Justeru, kita tidak berhak mengatur dunia ini sesuka hati kita. Kita bukan pembuat dan penciptanya. Seperti anak dalam metafora tadi,  maka begitulah manusia, tidak berhak mengatur dunia ini mengikut jalannya; seperti mana anak tadi tidak berhak membelanjakan duit 50 sen yang bukan miliknya!

Tetamu yang tidak beradab

Manusia hanya umpama “tetamu senja” yang hadir di dunia ini dalam tempuh masa tertentu. Sampai masanya dia akan “pulang” ke tempat asalnya, yakni berpindah ke alam lain, selepas kematian.

Bagaimana perasaan anda sekiranya seorang tetamu yang datang bertandang ke rumah anda, dan dia berbuat sesuka hatinya? Umpamanya, mengalih atau merubah susunan perabot, mengguna perlatan rumah anda tanpa izin dan sebagainya. Tentu anda marah bukan? Begitulah ibaratnya kita yang lahir ke dunia ini. Kita bertandang sebentar saja. Sebagai “tetamu”. Kita tidak wajar membuat jalan hidup sendiri. Tetamu perlu beradab dengan tuan rumah; begitu jua, manusia perlu “beradab” dengan Tuan punya dunia ini.

Jadi, apa tugas kita di dunia ini? Allah menegaskan¬nya dengan jelas menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah: 30)

Inilah status manusia. Kita hanya sebagai khalifah atau “wakil” untuk mentadbir dan menguruskan bumi. Sebagai wakil, manusia tidak berhak membuat jalan, tetapi manusia hanya mengurus dan mentadbir bumi mengikut jalan yang telah disediakan oleh Pemiliknya (Allah).

Khalifah di muka bumi

Sebagai khalifah kita diberi kuasa tertentu. Dengan kuasa inilah seluruh makhluk “akur” untuk diurus tadbir oleh manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Dan dipermudahkan bagi kamu segala yang ada di langit dan di muka bumi, yang demikian itu adalah bukti bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Jasyiah 45: 13)

Kuasa yang paling ampuh diberikan kepada manusia ialah akal fikiran. Dengan akal, manusia mampu menguasai ilmu dan dengan ilmu itu manusia berupaya “menundukkan” makhluk yang lain. Dengan sains dan teknologi misalnya, gunung yang tinggi dapat didaki, bukit dapat diratakan, sungai mampu diempang, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat dimanfaatkan dan dikembang-biakkan.

Namun, sehebat mana pun akal manusia berfikir, ia tidak boleh digunakan untuk mencipta jalan lain. Dia hanya berperanan untuk mengikut jalan yang telah disediakan Allah. Jadi, sebagai wakil (khalifah), manusia tidak berhak melaksanakan kaedah lain melainkan mengikut kaedah yang ditentukan oleh pihak yang melantiknya sebagai khalifah iaitu Allah.

APA ITU JALAN YANG LURUS?

•	Ada ulama menjelaskan bahawa maksud jalan yang lurus ialah menyembah Allah. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Tuhanku dan Tuhanmu maka sembahlah Dia, inilah jalan yang lurus.” (Surah Ali ‘Imran 4:51)

•	Pendapat lain menyatakan jalan yang lurus ialah agama Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan agama Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Surah Ali ‘Imran 4: 101)

•	Ada ulama yang menyebut jalan yang lurus ialah al-Quran berdasarkan hubungan surah al-Fatihah dengan surah selepasnya. Melalui ayat 6-7 surah al-Fatihah, Allah meminta hamba-Nya memohon jalan yang lurus, maka Allah menjelaskan jalan itu dengan berkata, “Inilah kitab yang tiada keraguan di dalamnya.” (Surah al-Baqarah 2: 1)

•	Tafsir Ibnu Katsir dalam menghuraikan “Siratul Mustaqim” turut menyatakan Kitabullah (al-Quran). Firman Allah dalam surah al-Nur ayat 46: “Sesungguhnya Kami menurunkan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan (halal dan haram). Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.”

•	Oleh sebab al-Quran tidak boleh dipraktikkan tanpa panduan sunah Rasulullah, maka jalan yang lurus dalam konteks ini juga bermaksud mengikut sunah Rasulullah s.a.w.

Semua definisi ini dirangkumkan, boleh dirumuskan bahawa jalan (kaedah) yang lurus ialah menyembah Allah dengan berpegang teguh kepada agama Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunah. Secara praktiknya, jalan yang lurus itu ialah pelaksanaan kesemua perintah Allah yang mengandungi lima hukum – wajib (halal), sunat, haram, makruh dan harus dalam seluruh aspek kehidupan dari soal sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya.

Jalan sama pentingnya dengan tujuan

Setiap orang yang hendak mencapai tujuan hidupnya yang betul,  perlu melalui jalan yang betul. Sebaliknya jika jalannya tidak betul maka kita tidak akan sampai kepada tujuan tersebut. Katalah kita hendak ke utara, tetapi jalan yang kita pilih ke selatan, pasti kita tidak akan sampai di utara walau besar mana sekalipun keinginan kita untuk menuju ke situ. Justeru, dalam Islam tujuan dan jalan hidup yang tepat sama pentingnya untuk membawa kita ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan.

Maha suci Allah, Dia telah menetapkan jalan untuk melaksanakan misi tersebut. Andainya manusia menafikan salah satu atau kedua-dua perkara yang telah ditetapkan Allah itu akan membawa kita kepada kekeliruan yang dahsyat.

Kekeliruan itu telah digambarkan dengan jelas oleh seorang penyair Ilia Abu Mahdi dalam syairnya, Al-Thalasim:

Alam ini apa?

Manusia ini siapa?

Dari mana aku datang?

Hidup ini apa?

Kematian itu apa?

Bagaimana keadaan akan datang?

Adakah lagi ‘hidup’ selepas hidup ini?

Aku datang, aku tidak tahu dari mana?

…tapi aku datang jua

Aku menempuh JALAN terbentang di depanku

…Lalu aku berjalan

Akan selamanyakah aku berjalan

Sekalipun aku mahu atau tidak mahu…

Bagaimana caranya aku datang?

Bagaimana aku dapat menempuh JALAN?

Aku tidak tahu!

Akukah yang mengendalikan diriku dalam hidup ini

Atau aku dikendalikan?

Justeru, antara perkara yang paling penting (malah Allah wajibkan kita) adalah meminta jalan yang lurus. Sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat 5 waktu kita diwajibkan meminta: “Ihdina sirathal mustaqim” (tunjukkan kami jalan yang lurus). Walaupun berdoa itu sendiri pada hukum asalnya sunat, tetapi berdoa minta ditunjukkan jalan yang lurus sudah dihukumkan wajib.

Selain itu, sekurang-kurangnya ada terdapat 72 ayat yang men¬cantumkan kata jalan yang lurus disebut dalam al-Quran. Menurut ahli tafsir, apabila sesuatu perkara disebut berulang-ulang kali, menunjukkan betapa pentingnya perkara itu – dalam konteks ini jalan yang lurus.

Siapakah yang akan melaluinya?

Siapakah teladan kita dalam melalui jalan yang lurus ini? Persoalan ini juga penting kerana jika kita hanya mengetahui jalannya, tetapi tidak mempunyai petunjuk yang boleh membimbing, mendidik dan memimpin kita di jalan tersebut maka kita juga akan tersasar. Sebagai perbandingannya, lihatlah betapa ramainya orang yang “tersesat” dalam perjalanan mereka untuk mencari suatu tempat walaupun mereka sudah dilengkapi peta atau buku panduan jalan ke arah itu.

Bayangkan, kalau jalan di dunia boleh tersesat walaupun jalannya masih boleh dilihat dengan mata malah sudah disuratkan dengan peta…bagaimana pula dengan jalan hidup? Justeru, mencari jalan hidup memerlukan lebih daripada itu. Bukan sekadar peta atau panduan, tetapi juga petunjuk dan teladan. Surah al-Fatihah memberi jawapan bahawa teladan di jalan lurus itu ialah orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, bukan orang yang dimurkai dan bukan pula orang yang sesat. Tegasnya, Allah menjelaskan pada ayat 6-7 Surah al-Fatihah bahawa teladan di jalan yang lurus itu ialah:

Orang yang telah diberi nikmat.

Bukan jalan orang dimurkai Allah.

Bukan jalan orang yang sesat.

Orang yang diberi nikmat

Golongan yang diberi nikmat ialah para nabi, orang yang benar (siddiqin), orang yang mati syahid (syuhada) dan orang soleh (solihin). Inilah role model untuk memperoleh jalan yang lurus. Maksudnya, kita tidak akan dapat melaksanakan ibadah kepada Allah, melaksanakan Islam, menegakkan al-Quran dan Sunah, tanpa mencontohi empat golongan ini.

Kita wajib mengikut kaedah mereka dalam menegakkan akidah, syariat dan akhlak dalam kehidupan. Kaedah mereka sewajarnya kita jadikan prinsip dan pegangan hidup, dalam pelaksanaan semua sistem hidup; ekonomi, pendidikan, pentadbiran, politik, budaya, sosial, kebudayaan dan lain-lain.

Kita wajib mengikut cara mereka berpakaian (menutup aurat), berekonomi (meninggalkan riba), mendidik anak dan masyarakat (meletakkan tauhid sebagai asas dan teras), bersosial (meninggalkan pergaulan bebas), berpolitik (adil dan tidak rasuah) dan lain-lain.

Hanya dengan mengikut teladan daripada mereka secara menyeluruh, barulah Islam akan tertegak sebagai satu jalan (cara) hidup – Islam is the way of life! Untuk itu kita wajib belajar, memahami, menghayati, mengamalkan serta memperjuangkan jalan lurus yang pernah ditunjuki oleh golongan yang diberi nikmat ini. Nikmat yang dimaksudkan di sini ialah nikmat dunia (hasanah fi dunia) – keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran di sudut spiritual, mental, emosi, dan fizikal. Manakala nikmat di akhirat (hasanah fi akhirat) ialah keredaan Allah dan syurga.

Sejarah hidup dan perjuangan mereka mesti dikaji, difahami dan diikut tanpa ragu-ragu. Jika tidak, dikhuatiri kita secara automatik akan termasuk dalam golongan orang yang dimurkai dan sesat. Hal ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menegaskan bahawa selain al-Quran, anak-anak juga wajib diajarkan tentang sirah Nabi-Nabi sejak di awal usia lagi.

Orang yang dimurkai Allah

Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan maksud orang yang dimurkai ialah Yahudi. Orang Yahudi sama ada di sudut kepercayaan (agama) mereka ataupun cara hidup mereka dimurkai Allah, maka umat Islam tidak boleh mengikut mereka. Rasulullah s.a.w. sangat tegas dengan prinsip dan tidak bertolak ansur dengan golongan Yahudi ini bukan sahaja dari sudut perkara-perkara yang besar tetapi juga dalam hal-hal yang dianggap remeh oleh manusia hari ini.

Malangnya, umat Islam hari ini terjebak dengan cara (jalan) hidup Yahudi dalam kebanyakan bidang kehidupan. Hollywood (yang didalangi oleh Yahudi) telah mempelopori dan mewarnai cara hidup kebanyakan remaja Islam. Cara hidup para selebriti Barat yakni cara mereka berpakaian, berhibur, makan-minum, berkomunikasi, bergaul dianggap “standard” dan “trendy” hingga menjadi suri teladan masyarakat Islam.

Cubalah bermuhasabah sejujur-jujurnya, berapa banyak kisah para sahabat yang diketahui oleh anak-anak kita berbanding kisah artis? Berapa banyak lembar al-Quran yang mereka baca berbanding majalah-majalah hiburan dalam sehari? Siapa ikon dalam hidup mereka sekarang? Ahli sukan? Pelakon? Penyanyi? Pelawak? Tidak pelik, jika kini “jalan orang yang diberi nikmat” dianggap sengsara dan lekeh berbanding “jalan orang yang dimurkai” yang dinobatkan sebagai hebat dan dikagumi.

Di bidang ekonomi pula, kuasa pasaran bebas didominasi oleh Yahudi. Spekulator pasaran kewangan mereka (antaranya George Soros) adalah biang di sebalik kejatuhan mata wang Malaysia suatu ketika dulu (yang hingga kini masih terasa impaknya). Yahudi juga berperanan di sebalik tabir kuasa setiap presiden Amerika. Tegasnya, geopolitik dan ekonomi dunia masih “berkiblatkan” mereka dan majoriti umat Islam terheret sekali dalam jalan yang dimurkai itu!

Umat Islam hakikatnya masih belum merdeka sepenuhnya daripada penjajahan pemikiran dan jiwa oleh golongan Yahudi hingga dengan itu cara (jalan) hidup kita masih berada di jalan yang dimurkai. Ironinya, inilah impak cara hidup Yahudi yang telah berakar umbi dalam diri umat yang memohon jalan yang lurus sebanyak tidak kurang 17 kali sehari semalam. Kita minta yang benar, tetapi kita dengar yang salah. Are we listen to what we asked? Apakah kita dengar jawapan yang telah diberikan oleh Allah atau sebaliknya kita dengar jawapan yang diberikan oleh musuh-Nya?

Orang yang sesat

Orang yang sesat ialah golongan Nasrani (Kristian). Mereka hakikatnya diperkuda oleh Yahudi untuk menyesatkan umat Islam. Dalang di sebalik tipu-daya Kristian terhadap umat Islam ialah Yahudi. Kedua-dua golongan ini telah dirangkaikan oleh Allah dalam permusuhannya terhadap Islam. Firman Allah:

“Sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.” (Surah al-Baqarah 2: 120)

“Millah” dalam ayat itu merujuk jalan (cara) hidup.

Ramai yang beranggapan bahawa Kristian berjaya menyesatkan kita sekiranya mereka berjaya menukar akidah umat Islam… tetapi itu tidak tepat. Sebenarnya, Kristian telah dikira berjaya dalam misinya apabila mereka berjaya menukar cara hidup umat Islam. Cukuplah dengan meninggalkan cara (jalan) hidup Islam kita telah tergolong dalam golongan mereka. Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran:

“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam kaum itu.” (Riwayat Abu Daud)

Malah dalam hadisnya yang panjang Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Kamu akan mengikut mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikutnya.” Ketika itu para sahabat bertanya, “Apakah golongan yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab, “Siapa lagi?” (Riwayat al-Bukhari)

Setelah sedikit sebanyak menelusuri ketiga-tiga jalan bersumberkan roh al-Fatihah ini, terjawablah persoalan mengapa nasib umat Islam begitu malang kini. Majoritinya masih kabur tentang jalan hidup sebenar dan masih samar tentang siapakah teladan di jalan yang benar itu. Alhasil, kita telah menempah kecelakaan demi kecelakaan di jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat. Ini bukan jalan kita. Kita tersalah menilai siapa lawan, siapa kawan, siapa teladan dan siapa sempadan.

Jalan yang lurus sudah tidak lurus lagi pada pandangan kita. Mengapa? Ini semua gara-gara butanya mata yang ada di dalam dada, yakni mata hati. Firman Allah: “…kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Haj: 46).

APA ITU JALAN YANG LURUS?

•	Ada ulama menjelaskan bahawa maksud jalan yang lurus ialah menyembah Allah. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Tuhanku dan Tuhanmu maka sembahlah Dia, inilah jalan yang lurus.” (Surah Ali ‘Imran 4:51)

•	Pendapat lain menyatakan jalan yang lurus ialah agama Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan agama Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Surah Ali ‘Imran 4: 101)

•	Ada ulama yang menyebut jalan yang lurus ialah al-Quran berdasarkan hubungan surah al-Fatihah dengan surah selepasnya. Melalui ayat 6-7 surah al-Fatihah, Allah meminta hamba-Nya memohon jalan yang lurus, maka Allah menjelaskan jalan itu dengan berkata, “Inilah kitab yang tiada keraguan di dalamnya.” (Surah al-Baqarah 2: 1)

•	Tafsir Ibnu Katsir dalam menghuraikan “Siratul Mustaqim” turut menyatakan Kitabullah (al-Quran). Firman Allah dalam surah al-Nur ayat 46: “Sesungguhnya Kami menurunkan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan (halal dan haram). Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.”

•	Oleh sebab al-Quran tidak boleh dipraktikkan tanpa panduan sunah Rasulullah, maka jalan yang lurus dalam konteks ini juga bermaksud mengikut sunah Rasulullah s.a.w.

Semua definisi ini dirangkumkan, boleh dirumuskan bahawa jalan (kaedah) yang lurus ialah menyembah Allah dengan berpegang teguh kepada agama Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunah. Secara praktiknya, jalan yang lurus itu ialah pelaksanaan kesemua perintah Allah yang mengandungi lima hukum – wajib (halal), sunat, haram, makruh dan harus dalam seluruh aspek kehidupan dari soal sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya.

(bersambung… nanti Insya-Allah).

BENAR-BENAR BERUBAH KE ARAH YANG BENAR
Berubah? Ke arah mana? Tentulah kepada yang lebih baik (good), benar (true) dan betul (right). Mana kayu ukur yang menentukan suatu itu benar, baik dan betul? Tentulah Al Quran dan Sunah. Yang Haq itu datangnya daripada Allah. Di atas kebenaranlah bertapaknya segala yang baik dan betul. Tanpa kebenaran, yang baik dan betul (pada pandangan manusia) tetap dikira buruk dan salah pada pandangan Allah. Apa yang datang daripada Allah – semuanya untuk kemakmuran, keharmonian dan kebahagiaan.

Tidak ada retorik yang paling hangat diperkatakan dewasa ini melainkan perubahan. Pemimpin mahu mencetuskan perubahan. Rakyat inginkan perubahan. Ya,  sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Allah), terpulanglah… Pokoknya semua ingin berubah. Jadi mengapa kita tidak belajar dari Rasulullah s.a.w untuk melakukan perubahan? Bukankah baginda kita akui sebagai role model dalam kehidupan?

Rasulullah s.a.w. menggunakan kaedah daripada Allah untuk mengubah manusia. Walaupun Arab jahiliah ketika itu sedang berdepan dengan kegawatan politik (mereka sentiasa berbalah sesama sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi mereka dimonopoli oleh orang Yahudi) dan kegawatan sosial (perzinaan, perogolan, minum arak dan membunuh anak perempuan menjadi tradisi), tetapi Rasulullahlah s.a.w. tidak mengubat “penyakit-penyakit” itu  pada akibat-akibatnya, tetapi terus pada puncanya.

Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil daripada “sakitnya” tiga elemen dalaman manusia – akal yang jahil, hati yang keras dan nafsu yang liar.

Inilah punca kejahatan manusia. Menyedari hakikat ini, Rasulullah s.a.w memulakan perubahannya dari dalam keluar (inside out) bukan dari luar ke dalam (outside in).

Tiga belas tahun Rasulullah s.a.w. menangani elemen dalaman dengan wahyu-wahyu di peringkat Makkah. Ayat-ayat Quran peringkat itu pendek-pendek dan  sarat dengan persoalan tauhid. Semuanya berkisar pada asas iman – menerangkan tentang keesaan, keagungan, kebesaran dan keindahan Allah. Juga menggambarkan nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Ini proses perubahan yang hakiki dan sejati. Rasulullah telah membuktikan betapa “formula” dari Allah ini relevan dan signifikan dalam menghadapi situasi dan kondisi umat Arab jahiliah dahulu yang lebih dahsyat kebejatannya berbanding umat Melayu kini.

Itulah kunci ke arah perubahan sikap. Tauhid yang kuat secara automatik akan mengubah rasa, fikiran dan tingkah laku manusia. Transformasi, reformasi, evolusi atau apa sahaja istilah yang dikaitkan dengan perubahan mesti berlandaskan tauhid. Ia membekalkan kekuatan pengetahuan, kemahuan dan kemampuan untuk berubah.

Tauhid ialah sumber kekuatan kerana ia mampu mengatasi semua elemen negatif yang datang dari luar diri sama ada yang datang dari keluarga, persekitaran, budaya bangsa, pengaruh atasan dan keserakahan nafsu sendiri.

Selepas itu, yakni ketika di peringkat Madaniyah, aplikasi sistem Islam mula dilaksanakan secara total. Dimulakanlah ekonomi, politik, budaya, pertahanan dan lain-lain. Namun asas dan teras tauhid yang dibina di peringkat Makkiyah tidak pernah dipinggirkan, bahkan terus-menerus disuburkan.

Seperkara lagi, kejayaan mengubah manusia banyak bergantung kepada faktor pengubah (individu yang hendak mengubah) itu sendiri.  Justeru, pemimpin atau sesiapa sahaja di kalangan orang Melayu yang hendak mengubah sikap bangsanya mestilah menjadi teladan perubahan. Berubahlah untuk merubah orang lain!

Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah manusia kerana baginda terlebih dahulu menjadi qudwah hasanah – contoh yang baik pada seruan, pendidikan dan pimpinannya. Hanya orang yang berjaya mengubah sikapnya dahulu, barulah dia akan berjaya mengubah sikap orang lain. Manusia lebih mempercayai mata daripada telinga. Maksudnya, cakap kita yang didengar manusia akan menjadi hambar sekiranya sikap kita yang dipandang terlalu tercemar.

Dua faktor perubahan di atas – pertama, formula perubahan. Kedua, pemimpin perubahan, perlu ditangani secara serius sekiranya  kita benar-benar ingin berubah. Kita berdoa, semoga setiap pemimpin Melayu tidak kira di kumpulan mana sekalipun mereka berada, menyedari hakikat ini dan mula menelusuri kaedah Rasulullah s.a.w ini untuk berubah. Insya-Allah, mukadimah yang tepat pasti memberikan kita natijah yang baik. Amin.

“ARAFAH” CINTA KITA!
Jika benar menyambut hari Valentine ini tanda menghargai cinta, maka kitalah yang paling layak menyambutnya, kata saya, “bukan untuk menyerupai orang kafir tetapi Islam benar-benar menghargai cinta.”

Itulah kata-kata yang pernah saya lontarkan dalam satu forum dengan pelajar-pelajar UiTM satu ketika dulu. Saya mengatakan demikian kerana Islamlah agama yang paling ke hadapan dalam menjaga kesucian cinta.

Apa tidaknya cinta (antara lelaki dan wanita) lahirnya di tempat yang paling mulia. Cinta lahir di syurga! Ketika semua nikmat di syurga dapat dikecapi, nabi Adam masih terasa ada “kekosongan”. Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya, lalu diciptakannya seorang wanita – Hawa, bersama cinta. Lalu kekosongan itu pun terisi. Cinta adalah nikmat hati. Dan manusia yang pertama mengecap nikmat itu ialah seorang yang mulia – seorang nabi. Di mana? Di syurga!

Syurga itu apa? Syurga adalah tempat penuh nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh pancaindera manusia. Bayangkan yang indah, harum, sedap dan nyaman… syurga lebih indah daripada apa yang termampu kita bayangkan. Siapa yang layak menjadi penghuni syurga? Jawabnya, orang yang baik-baik di kalangan para Rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin (orang-orang soleh). Tegasnya, syurga adalah tempat tinggal dan kembali orang yang baik-baik.

Bagaimana mahu melayakkan diri untuk memasuki syurga? Jawabnya mudah, jadilah orang yang baik-baik. Bagaimana hendak jadi orang yang baik-baik? Tentulah sahaja dengan melakukan banyak kebaikan. Setiap kebaikan yang dibuat dengan ikhlas, akan dibalas dengan pahala. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Lalu apa kaitan semua ini dengan cinta?

Cinta dilahirkan di tempat yang baik (syurga), dianugerahkan oleh yang Maha baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (nabi Adam a.s) dan diwariskan untuk orang yang baik-baik (para solihin). Sekali lagi, cinta lahir di syurga dan akan berakhir (kembali) ke syurga.

Menyedari hakikat itu, marilah kita sucikan cinta seperti mula ia dianugerahkan Allah. Hanya dengan cinta yang terjaga kesuciannya sahaja manusia yang saling bercinta itu akan memasuki syurga. Jika cinta itu tercemar dan tercalar, maka mereka yang bertanggung jawab ke atasnya akan terkecuali daripada memasuki syurga. Bagaimana menjaga kesucian cinta?

1. Bercinta kerana Allah

Sedarlah sentiasa bahawa cinta itu adalah “hadiah” daripada Allah. Justeru, jangan sekali-kali kita terleka dengan hadiah sehingga melupakan Pemberi hadiah (Allah). Cinta sesama makhluk jangan sampai mengatasi cinta kepada Allah. Cinta bukan Tuhan. Ia hanya hadiah daripada Tuhan. Malangnya, dalam cerita-cerita cinta versi Barat dan Timur, kerap kali dipaparkan seolah-olah cinta itu “Tuhan”.

Lihat, bagaimana Bollywood “mengajar” generasi muda tentang penyimpangan cinta. Secara halus cinta seolah-olah “dinobatkan” sebagai Tuhan.  Demi cinta yang suci (kononnya), agama, ibu-bapa, sanak-saudara rela ditinggalkan. Seolah-olah cinta itulah yang paling agung dan utama daripada segala. Hidup merana, menderita malah sanggup mati kerana cintakan kekasih dianggap sikap yang mulia dan suci. Padahal, cinta sesama manusia itu hanya “alat”  bukan matlamat. Cinta sesama manusia hanyalah alat untuk mendapat cinta Allah (matlamat). Jadi, untuk menjaga kesucian cinta… jadikanlah cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

2. Menjaga peraturan cinta.

Kedua, cinta itu anugerah Tuhan yang diturunkan bersama peraturannya. Hargailah cinta dan hargai jugalah “peraturan cinta” yang dianugerahkan bersamanya. Apa akan jadi sekiranya kita membuang katalog yang dikepilkan bersama peralatan elektrik yang kita beli? Menempah nahas! Bagaimana kita hendak menggunakan peralatan itu tanpa panduan? Bagaimana kita hendak membaikinya jika berlaku kerosakan?

Maka begitulah dengan peraturan cinta. Jangan dipinggirkan peraturan itu tatkala bercinta. Jika tidak, cinta akan tercemar dan bertukar, dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah. Inilah akibatnya melupakan peraturan Tuhan dalam bercinta.

Lihat betapa ramai korban cinta yang gugur… Lihat betapa banyaknya cita-cita yang terkubur. Harapan berkecai, semangat terkulai. Lelaki jadi Qaisy yang hidup bagaikan bangkai bernyawa akibat cinta tidak kesampaian.  Wanita jadi bagaikan Laila yang “menggila” apabila hidup merana. Juga jangan jadi Romeo dan Juliet yang mati membunuh diri atas “kebodohan” cinta. Atau Udara dan Dara yang bertindak melulu membunuh dan terbunuh demi cinta. Berbaloi kah?

Peraturan cinta itu apa? Ia adalah syariat – hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya. Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan. Percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.

Kesucian cinta dalam rumah tangga

Telah dikatakan sebelumnya bahawa cinta itu adalah “warisan” Nabi Adam buat orang yang baik-baik di belakang hari. Jadi, untuk menikmati dan menjaga kesucian cinta jadilah orang yang baik-baik dengan selalu membuat kebaikan. Bagi suami isteri yang sudah diikat dengan tali perkahwinan, jadikanlah cinta dalam rumah tangga untuk melaksanakan kebaikan kepada anak-anak, tetangga dan masyarakat.

Raihlah sebanyak-banyaknya pahala sabar, reda, qanaah dan mujahadah semasa berperanan sebagai suami atau isteri. Tuailah sebanyak-banyak pahala dalam menguruskan rumah tangga. Untuk mengekalkan cinta sampai syurga cintailah yang Maha kekal (Allah). Ikut syariat-Nya dalam apa jua keputusan. Katakan pada diri selalu bahawa suami atau isteri bukan milik kita.

Pernah Sayidina Abu Bakar memerintahkan anak lelakinya menceraikan isteri yang baru dikahwininya apabila dilihatnya anak lelakinya itu semakin cuai solat berjemaah kerana asyik “berulit” dengan isteri. Tindakan itu bukan untuk memutuskan cinta keduanya tetapi demi mengikat cinta itu dengan tali Allah. Sayidina Abu Bakar menyedari cinta manusia yang membelakangkan cinta Allah tidak akan sampai ke syurga!

Contohilah Ummu Sulaim yang mengingatkan suaminya bahawa anak adalah “pinjaman” Allah dan bila anak itu kembali ke rahmatullah (mati) ertinya pinjaman itu dikembalikan semula kepada pemiliknya (Allah). Betapa pada malam sebelumnya Ummu Sulaim tega dan rela melayan suaminya tanpa tergugat oleh anaknya yang baru meninggal dunia.

Mungkin contoh itu terlalu sukar untuk diteladani, namun tempuhilah jalan-jalan cinta mereka walaupun kiranya kita tidak sampai setinggi dan sesuci itu. Cukuplah kiranya memaniskan wajah, menahan kata-kata yang buruk dan tindakan-tindakan yang negatif apabila rumah tangga digegarkan ujian. Anak sakit, dihadapi dengan sabar. Belanja keperluan rumah kurang, kita tidak berang.

Ingat selalu, untuk bercinta sampai ke syurga di akhirat jadilah rumah tangga kita “syurga” di dunia – Baiti Jannati. Muhasabah selalu bersama isteri atau suami apakah rumah tangga sekarang sudah layak digelar “syurga”? Jika belum, berusahalah. Bermujahadahlah. Berkorbanlah. Pandang muka isteri (atau suami), pandang seorang demi seorang anak-anak kita… Ucapkan pada diri, “tidak akan aku biarkan seorang pun daripada kamu terpisah di akhirat nanti. Kita semua akan berkumpul sekali lagi… abadi di syurga nanti. Insya-Allah. Amin.”

Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk itu bersedialah menempuh kesusahan. Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga, diuji dengan satu larangan, tersalah…  dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di Arafah!

Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar.  Insya-Allah, akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!

Tip bercinta sampai syurga.

Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.

Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.

Sama-sama saling ingat mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.

Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.

Berdoa dan  bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.

MURABI ATAU SELEBRITI?
Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. “Penyakit para daei”, itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.

Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi “peniaga” yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan “doktor” memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati… pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk…

KAU MURABI BUKAN SELEBRITI!

Leaders are learners – pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin – when you stop learning, you stop leading. Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri. Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long – orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.

“Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada satu hari.

Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.

“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu… betul-betul sudah kau amalkan?”

Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati… malah saya takuti (kadang-kadang).

Namun begitu, Pak Longlah tempat saya ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah ‘guru’ saya.

“Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan.”

“Jangan hanya berharap, berusaha!” pintas Pak Long.

“Insya-Allah,” jawab saya pendek.

“Bagus tu. Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”

Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.

“Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.”

“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih ‘real’ daripada apa yang dialami orang lain.”

“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.”

“Kenapa Pak Long?”

“Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.”

“Kenapa Pak Long?”

Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.

“Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci… muhasabahlah diri masing-masing.”

“Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?”

“Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya ‘lebih sempurna’ sedikit daripada golongan  yang diserunya.”

“Kalau tidak?”

“Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani… tidak seperti yang mereka harapkan.”

“Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”

“Hujah lama,” balas Pak Long.

“Tapi masih relevan… Pak Long,” saya seakan merayu.

“Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana… Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu ‘melawan’. Pak Long bukan guru – kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’ – prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.

“Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?”

“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”

“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?”

“Islam Pak Long,” saya akur. Tunduk.

“Ya, itulah maksud Pak Long… pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. “

“Terimakasih Pak Long… selalu-selalulah ingatkan saya.”

“Ingat pesanan Pak Long ni… pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!”

(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ saya!)