RSS

Category Archives: Zikir & Fikir

Inilah Jalan Yang Lurus

jalan-lurusPagi tadi, petang semalam, tengah hari ini, malah malam nanti juga, pastinya kita tidak putus-putus tanpa jemu meminta agar di¬kurnia¬kan jalan yang lurus. Ya, semuanya kita ungkapkan menerusi bacaan al-Fatihah dalam solat lima waktu yang dilakukan sehari semalam.
Permohonan yang telah kita ajukan entah berapa ratus bahkan beribu-ribu kali kepada Allah s.w.t. Bayangkan, jika kita kini berusia 40 tahun dan mula mengerjakan solat sejak akil baligh (sekitar usia 15 tahun), bermakna kita telah memohon jalan yang lurus sejumlah 155,125 kali!
Apakah status permohonan kita itu? Adakah Allah mensia-siakan permohonan yang diajukan sebanyak dan sekerap itu? Atau adakah kita yang mensia-siakan jawapan yang telah diberikan Allah? Namun yang pasti, Allah tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya berdasarkan firman-Nya yang bermaksud: “Berdoalah nescaya akan Aku memperkenankan.” (Surah Ghafir: 60)

Pengalaman kita, jika ada seseorang yang meminta kita sesuatu berulang-ulang kali, akan jatuh kasihan juga dan ini mendorong kita untuk menunaikan permintaannya. Inikan pula Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi, pasti Dia akan mengabulkan permintaan hamba-Nya. Oleh sebab itu jelas sekali kitalah yang telah mensia-siakan jawapan (kurniaan) Allah itu.

Dalam hubungan sesama manusia kita biasa dengan ungkapan, “When you ask, listen!” Maksudnya bila kita meminta suatu pandangan, nasihat atau tunjuk ajar, maka dengarlah jawapannya, yakni pandangan atau nasihat yang kita minta itu. Jadi amat tidak wajar kita hanya sering meminta nasihat, namun apabila telah diberikan, kita mensia-siakan atau tidak mendengarnya.

Begitulah dalam hubungan dengan Allah, kerap berlaku situasi sedemikian. Kita sering meminta kepada-Nya dalam doa dan solat kita, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang tuli dan mensia-siakannya.
Inilah yang berlaku apabila kita memohon ditunjuki jalan yang lurus. Jawapan dari Allah tidak kita dengari. Jalan yang ditunjukkan-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi?

Peminta yang ego

Semuanya ini berpunca daripada sifat keakuan (keegoan). Hanya mulut yang meminta, tetapi hati tidak begitu. Hakikatnya apabila kita meminta sesuatu dari suatu pihak lain, ertinya kita dalam ke¬kurangan; manakala pihak yang lain itu yang punyai kelebihan. Kita lemah, pihak yang kita pinta itu yang kuat. Itulah rasa sewajarnya yang harus ada dalam hati para peminta (hamba) berbanding dengan Pemberi (Allah). Kita sebagai peminjam, dan Allah sebagai pemilik segala-gala yang kita inginkan.

Luntur dan leburkanlah keegoan kita dengan merasa bahawa dunia ini bukan milik kita. Allah menegaskan hakikat itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan di bumi.” (Surah al-Baqarah 2: 284) Read the rest of this entry »

 
17 Comments

Posted by on 1 May 2009 in Zikir & Fikir

 

Tags: , , , ,

BENAR-BENAR BERUBAH KE ARAH YANG BENAR

wajib-kembali-kepada-syaraiahBerubah? Ke arah mana? Tentulah kepada yang lebih baik (good), benar (true) dan betul (right). Mana kayu ukur yang menentukan suatu itu benar, baik dan betul? Tentulah Al Quran dan Sunah. Yang Haq itu datangnya daripada Allah. Di atas kebenaranlah bertapaknya segala yang baik dan betul. Tanpa kebenaran, yang baik dan betul (pada pandangan manusia) tetap dikira buruk dan salah pada pandangan Allah. Apa yang datang daripada Allah – semuanya untuk kemakmuran, keharmonian dan kebahagiaan.

Tidak ada retorik yang paling hangat diperkatakan dewasa ini melainkan perubahan. Pemimpin mahu mencetuskan perubahan. Rakyat inginkan perubahan. Ya, sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Allah), terpulanglah… Pokoknya semua ingin berubah. Jadi mengapa kita tidak belajar dari Rasulullah s.a.w untuk melakukan perubahan? Bukankah baginda kita akui sebagai role model dalam kehidupan? Read the rest of this entry »

 
12 Comments

Posted by on 23 April 2009 in Zikir & Fikir

 

Tags: , , ,

“ARAFAH” CINTA KITA!

arafah-cinta-kita1Jika benar menyambut hari Valentine ini tanda menghargai cinta, maka kitalah yang paling layak menyambutnya, kata saya, “bukan untuk menyerupai orang kafir tetapi Islam benar-benar menghargai cinta.”
Itulah kata-kata yang pernah saya lontarkan dalam satu forum dengan pelajar-pelajar UiTM satu ketika dulu. Saya mengatakan demikian kerana Islamlah agama yang paling ke hadapan dalam menjaga kesucian cinta.

Apa tidaknya cinta (antara lelaki dan wanita) lahirnya di tempat yang paling mulia. Cinta lahir di syurga! Ketika semua nikmat di syurga dapat dikecapi, nabi Adam masih terasa ada “kekosongan”. Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya, lalu diciptakannya seorang wanita – Hawa, bersama cinta. Lalu kekosongan itu pun terisi. Cinta adalah nikmat hati. Dan manusia yang pertama mengecap nikmat itu ialah seorang yang mulia – seorang nabi. Di mana? Di syurga!

Syurga itu apa? Syurga adalah tempat penuh nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh pancaindera manusia. Bayangkan yang indah, harum, sedap dan nyaman… syurga lebih indah daripada apa yang termampu kita bayangkan. Siapa yang layak menjadi penghuni syurga? Jawabnya, orang yang baik-baik di kalangan para Rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin (orang-orang soleh). Tegasnya, syurga adalah tempat tinggal dan kembali orang yang baik-baik.  Read the rest of this entry »

 
7 Comments

Posted by on 14 April 2009 in Zikir & Fikir

 

Tags: , , , , ,

MURABI ATAU SELEBRITI?

lilinLepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. “Penyakit para daei”, itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.

Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi “peniaga” yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan “doktor” memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati… pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk…  Read the rest of this entry »

 
15 Comments

Posted by on 28 January 2009 in Zikir & Fikir

 

Tags: , , ,