RSS

Category Archives: Diari Hati

BAHAGIAKAH KITA?

SAYANG…BAHAGIAKAH KITA?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…

“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar…”

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

“Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…” begitulah bisik hati si suami kaya itu. Read the rest of this entry »

 
50 Komen

Posted by di 17 Oktober 2011 in Diari Hati

 

Label: , , , ,

MADAH HATI DI AIDIL FITRI

menu hati 3Syawal menjelang tiba. Namun, untuk merayakannya dengan penuh gembira… hati masih berbelah bagi. Justeru mengenangkan apakah Ramadhan ini sudah terisi dengan penuh bererti. Bila bermuhasabah dengan sejujur-jujurnya, kita pasti terasa pencapaian kita masih jauh daripada insan-insan mulia di awal kurun – khususnya para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin.

Saya pernah menulis dua sajak yang telah menjadi nasyid tentang subjek ini (mengenai betapa jauhnya kita daripada hakikat puasa yang sebenarnya). Sebuah nasyid, MUHASABAH RAMADHAN telahpun dikumandangkan oleh kumpulan INTEAM atau UNIC (saya kurang pasti). Dan sebuah nasyid lagi RAMADHAN DUA ZAMAN (yang telah dibawa oleh Nazery ex-Raihan).

Saya hanya ingin berkongsi dengan anda saudara/i pengunjung blog Gentarasa yang setia. Hakikatnya kita hanya layak “menumpang” gembira insan-insan soleh di akhir zaman ini. Marilah kita sudahi baki Ramadhan yang ada dengan pecutan amal yang paling maksimum.

Bukan sahaja amalan sunat kita pertingkat, tetapi maksiat mata, telinga dan rasa hati juga wajib diperangi. Malah, meninggalkan mengumpat di siang hari itu hakikatnya lebih utama daripada solat malam. Didik, tekan dan sesahlah jiwa agar mampu MEMAAFKAN dan MELUPAKAN.

Entri dalam blog ini yang paling mendapat komen, ulasan dan perhatian ialah BERILAH KEMAAFAN itu. Begitu sukar, tetapi itulah yang menjadi penghalang kita menuju Allah. Sesuatu yang paling sukar itu sebenarnya “marhalah” yang paling sukar dalam jalan mujahadah kita. Ingat saudara/i ku, teliti dengan sedalamnya apa yang paling sukar dan menusuk hatimu saat ini dan kebanyakkan saat-saat mu dalam kehidupan ini. Hingga terasa dalam hatimu, “kalaulah masalah@orang@perkara ini selesai… maka tenanglah hidup ku. Kenapa yang satu ini cukup mengganggu aku?”

Sebenarnya, itulah, dialah, perkara itulah… jika dapat diatasi berpandukan akidah, syariat dan akhlak yang baik, akan membawa kita jauh ke hadapan dalam perjalanan menuju Allah. Yang paling sukar itulah MAHAR cinta Allah. Allah letakkan mahar itu mungkin pada… manusia yang paling kau “benci”, mungkin pada perkara yang paling ingin kau lari daripadanya, mungkin kepada “penyakit” yang paling kau sedang hadapi kini atau apa-apa sahaja yang paling menekan, menyusahkan dan membimbangkanmu!

Sahabatku, jangan lari. Tetapi hadapi. Jangan mengelak , tetapi berdepanlah. Terimalah realiti walaupun pahit atau pedih amat. Itulah anak tangga yang kau mesti pijak untuk melonjak ke daerah tinggi. Jika kita lari, pasti anak tangga yang sama akan memburu dan menghantui kita dalam rupa yang berbeza tetapi mesejnya tetap sama. Kita tidak akan naik ke kelas atas, kita selamanya akan berada di kelas itu juga. Begitulah kata mereka yang arif, cara Allah mendidik kita dalam universiti kehidupan ini.

Temanku, dunia ini adalah sebuah sekolah. Kita di sini bukan untuk didera, tetapi untuk ditempa… dididik oleh MURABBI paling agung dengan mehnah (ujian), qada’ serta qadar-Nya. Pelajaran itu kekadang diletakkan Allah pada manusia lain, pada peristiwa, pada kejadian, pada penyakit, pada kegagalan, pada kejayaan… ya selamanya kita akan dididik. Berterus-terusan. Hingga layak kita menerima sekalung ijazah bernama Qalbun Salim (hati yang sejahtera).

Di mana kita dalam “Universiti Kehidupan” ini? Masih bertatih dalam “sekolah rendah” yang tidak pernah meningkat kelas? (masih mengeluh dan berontak bila diuji?) Atau masih di “sekolah menengah” yang masih terkial-kial menduduki peperiksaan yang sama tahun demi tahun? (kekadang tenang kekadang resah bila diuji) Atau paling malang masih diperingkat “tadika” yang masih tidak matang, alpa dan masih terus ingin bermain-main? Tidak teringinkah kita menjadi graduan-graduan  yang lulus pangkat pertama lalu melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan MA dan Ph.d? (Di situlah “bersemanyam”nya para sahabat Rasulullah dan para waliullah yang tersenyum bila diuji)

Aduh, madrasah Ramadhan ini semakin sampai ke hujung. Ketika para Salafussoleh membawa kurnia keampunan dan cinta yang begitu tinggi dan indah apa yang kita bawa untuk diri ini? Ya, Allah… pada kami hanya ada takut dan harap. Takut kemurkaan-Mu. Harap keampunan-Mu. Lalu, hatiku bermadah lagi… MADAH HATI DI AIDIL FITRI Read the rest of this entry »

 
20 Komen

Posted by di 17 September 2009 in Diari Hati

 

Label: , , , , ,

APAKAH ITU BAHAGIA?

tenangJika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

  • Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.   Read the rest of this entry »

 
30 Komen

Posted by di 28 April 2009 in Diari Hati

 

Label: , , ,

TUHAN TIDAK PERNAH JERAN DENGAN MANUSIA

kelahiran-21Hampir seminggu aku tidak menulis melainkan cakaran-cakaran rasa di buku catatan peribadi. Namun, keupayaan menulis “membeku” seketika bukan kerana ketandusan rasa, tetapi kerana kebanjiran “peristiwa”. Terlalu banyak pergolakan. Di luar mahupun di dalam lingkungan. Pejuang politik yang terus-terusan bertarung tidak mengenal medan dan batasan. Pejuang bahasa yang bangun melontar kata dan nuansa kecewa di jalan raya. Mahupun pejuang sufi yang menelusuri soal hati dalam sepi liku-liku rasa yang maknawi.  Read the rest of this entry »

 
6 Komen

Posted by di 8 Mac 2009 in Diari Hati

 

Label: , , , ,

TRADISI KERJA LEPAS SUBUH

lepas-subuhPagi tadi selepas Subuh, saya sempat menyelesaikan dua tulisan untuk majalah Anis. Terasa idea meluncur laju tanpa tersekat-sekat. Lepas Subuh memang “prime time” untuk menulis. Fikiran, emosi dan hati masih tidak tercela oleh kesebukan, godaan dan kelalaian. Sejak puluhan tahun tradisi ini saya kekalkan. Walaupun sudah sebati, kadangkala terganggu juga. Read the rest of this entry »

 
15 Komen

Posted by di 20 Januari 2009 in Diari Hati

 

Label: , ,

BOIKOT CARA HIDUP YAHUDI!

images2Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang “merempat”. Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit, kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.
Read the rest of this entry »

 
8 Komen

Posted by di 18 Januari 2009 in Diari Hati

 

Label: , ,

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,252 other followers