Genta Rasa » Diari Hati

BAHAGIAKAH KITA?
SAYANG…BAHAGIAKAH KITA?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…

“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar…”

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

“Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…” begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya. Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.

Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.

Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.

Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.

Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)

Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?

Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya “kaki masjid”, kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya. Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?

Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?

Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.

Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?

Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi’li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma’thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Tidak cukup sekadar “membaca” atau “menyebut” kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.

Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan “Subhanallah” apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik “Subhanallah” itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia “menyucikan” dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.

Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

(Insya Allah, kita sambung nanti)

Sebelum ini ikutilah dialog ini:

Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.

”Bang, bahagiakah kita?”

Masih terngiang-ngiang pertanyaannya lewat bual kami menjelang tidur.

”Bahagia itu di mana?” tanya saya semula.

Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.

“Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama,” kata saya.

Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan… sukar dibezakan.

Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang… jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.

Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami…

”Apa perasaan mu?”

Dia senyum.

”Saya bahagia.”

”Hari ni boleh jadi bahagia… tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya….” kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya ’mentari’ kehidupan pun menyala petanda ’bulan’ bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.

Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam… saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga – itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan… mujur hati sering diingatkan – dia adalah ’hadiah’ Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?

Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan… pelayaranpun diteruskan.

”Bahagiakah kita?”

Soalan itu kembali mengusik rasa.

”Di mana bahagia itu?”

”Di hujung atau di pangkalnya?”

Lalu saya temukan jawapannya…

”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

”Bahagia itu apa?”

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan  rasa. Mampukah?

”Bahagia itu ketenangan!” kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.

”Ketenangan itu apa?”

”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”

”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang.”

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama… terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: ’Bang, bahagiakah kita?”

”Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”

”Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

”Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?”

”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”

”Kenapa?”

”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…”

”Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam.”

Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya… Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:

”Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek… entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa… musnahlah kita.”

Lalu dalam suram kamar yang sederhana… saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku… kita bahagia!

Perlahan-lahan, saya bangun, bergerak ke meja tulis. Sebuah sajak yang saya hasilkan sewaktu berjauhan dahulu saya keluarkan dari lipatan buku catatan peribadi. Terasa kesal juga tidak kirimkan kepadanya. Akibatnya, sajak ”Jauh itu dekat” tidak pernah dibacanya. Saya baca kembali baitnya satu persatu:

Kembali kita berjauhan…

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini…

menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama

jari-jari merahmu…

di malam pertama

Sayang… Jauh itu DEKAT!

MADAH HATI DI AIDIL FITRI
Syawal menjelang tiba. Namun, untuk merayakannya dengan penuh gembira… hati masih berbelah bagi. Justeru mengenangkan apakah Ramadhan ini sudah terisi dengan penuh bererti. Bila bermuhasabah dengan sejujur-jujurnya, kita pasti terasa pencapaian kita masih jauh daripada insan-insan mulia di awal kurun – khususnya para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin.

Saya pernah menulis dua sajak yang telah menjadi nasyid tentang subjek ini (mengenai betapa jauhnya kita daripada hakikat puasa yang sebenarnya). Sebuah nasyid, MUHASABAH RAMADHAN telahpun dikumandangkan oleh kumpulan INTEAM atau UNIC (saya kurang pasti). Dan sebuah nasyid lagi RAMADHAN DUA ZAMAN (yang telah dibawa oleh Nazery ex-Raihan).

Saya hanya ingin berkongsi dengan anda saudara/i pengunjung blog Gentarasa yang setia. Hakikatnya kita hanya layak “menumpang” gembira insan-insan soleh di akhir zaman ini. Marilah kita sudahi baki Ramadhan yang ada dengan pecutan amal yang paling maksimum.

Bukan sahaja amalan sunat kita pertingkat, tetapi maksiat mata, telinga dan rasa hati juga wajib diperangi. Malah, meninggalkan mengumpat di siang hari itu hakikatnya lebih utama daripada solat malam. Didik, tekan dan sesahlah jiwa agar mampu MEMAAFKAN dan MELUPAKAN.

Entri dalam blog ini yang paling mendapat komen, ulasan dan perhatian ialah BERILAH KEMAAFAN itu. Begitu sukar, tetapi itulah yang menjadi penghalang kita menuju Allah. Sesuatu yang paling sukar itu sebenarnya “marhalah” yang paling sukar dalam jalan mujahadah kita. Ingat saudara/i ku, teliti dengan sedalamnya apa yang paling sukar dan menusuk hatimu saat ini dan kebanyakkan saat-saat mu dalam kehidupan ini. Hingga terasa dalam hatimu, “kalaulah masalah@orang@perkara ini selesai… maka tenanglah hidup ku. Kenapa yang satu ini cukup mengganggu aku?”

Sebenarnya, itulah, dialah, perkara itulah… jika dapat diatasi berpandukan akidah, syariat dan akhlak yang baik, akan membawa kita jauh ke hadapan dalam perjalanan menuju Allah. Yang paling sukar itulah MAHAR cinta Allah. Allah letakkan mahar itu mungkin pada… manusia yang paling kau “benci”, mungkin pada perkara yang paling ingin kau lari daripadanya, mungkin kepada “penyakit” yang paling kau sedang hadapi kini atau apa-apa sahaja yang paling menekan, menyusahkan dan membimbangkanmu!

Sahabatku, jangan lari. Tetapi hadapi. Jangan mengelak , tetapi berdepanlah. Terimalah realiti walaupun pahit atau pedih amat. Itulah anak tangga yang kau mesti pijak untuk melonjak ke daerah tinggi. Jika kita lari, pasti anak tangga yang sama akan memburu dan menghantui kita dalam rupa yang berbeza tetapi mesejnya tetap sama. Kita tidak akan naik ke kelas atas, kita selamanya akan berada di kelas itu juga. Begitulah kata mereka yang arif, cara Allah mendidik kita dalam universiti kehidupan ini.

Temanku, dunia ini adalah sebuah sekolah. Kita di sini bukan untuk didera, tetapi untuk ditempa… dididik oleh MURABBI paling agung dengan mehnah (ujian), qada’ serta qadar-Nya. Pelajaran itu kekadang diletakkan Allah pada manusia lain, pada peristiwa, pada kejadian, pada penyakit, pada kegagalan, pada kejayaan… ya selamanya kita akan dididik. Berterus-terusan. Hingga layak kita menerima sekalung ijazah bernama Qalbun Salim (hati yang sejahtera).

Di mana kita dalam “Universiti Kehidupan” ini? Masih bertatih dalam “sekolah rendah” yang tidak pernah meningkat kelas? (masih mengeluh dan berontak bila diuji?) Atau masih di “sekolah menengah” yang masih terkial-kial menduduki peperiksaan yang sama tahun demi tahun? (kekadang tenang kekadang resah bila diuji) Atau paling malang masih diperingkat “tadika” yang masih tidak matang, alpa dan masih terus ingin bermain-main? Tidak teringinkah kita menjadi graduan-graduan  yang lulus pangkat pertama lalu melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan MA dan Ph.d? (Di situlah “bersemanyam”nya para sahabat Rasulullah dan para waliullah yang tersenyum bila diuji)

Aduh, madrasah Ramadhan ini semakin sampai ke hujung. Ketika para Salafussoleh membawa kurnia keampunan dan cinta yang begitu tinggi dan indah apa yang kita bawa untuk diri ini? Ya, Allah… pada kami hanya ada takut dan harap. Takut kemurkaan-Mu. Harap keampunan-Mu. Lalu, hatiku bermadah lagi… MADAH HATI DI AIDIL FITRI

TAKUT & HARAP…

DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian

Hanya dengan tekunnya amalan

Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian

Dari kesakitan, kegagalan dan…

persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah

Ditandai oleh perpecahan ukhuwah

Sejauh mana kasih sesama manusia

Dibatasi oleh cinta pada yang Esa

Teguh iman, kukuhlah  perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…

Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan

Kekadang Dia melapangkan…

Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan

Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya

Supaya tidak bergantung kepada sesuatu

selain-Nya!

Ya Allah,

semoga di kemeriahan Syawal nanti

Hati kami tetap di madrasah Ramadan

Dalam alpa dan berdosa… kami takut

Dalam ingat dan taat… kami harap

Takut kemurkaan-MU!

Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…

Walillahhilhamd!

SEMAI KEBAIKAN…

TUAI KEREDHAAN

Pada yang empunya harta melimpah

hulurkanlah zakat dan sedekah

Pada yang gagah sihat dan kuat

berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendikiawan

murahlah dengan khidmat dan pengajaran

Pada yang miskin dan kesempitan

bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah

Memberi bukan untuk bermegah

Tetapi itulah perintah Allah

Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan…

Di akhirat nanti menuai keredhaan…

Di sini tempat berkerja memerah tenaga

Di sana tempat berehat menikmati syurga

Ramadan itu medan mujahadah

Agar di Syawal kembali ke fitrah

Perjuangan memang pahit kerana syurga itu manis

Ramadan itu bagai ‘dunia’ – menempuh ujian

Syawal itu umpama ‘akhirat’ – menempah kejayaan!

PERISA HATI DI AIDIL FITRI

Kepelbagaian perisa menjadi satu rasa

Aroma yang berbeza bumbu kelazatannya

Pedas, harum, manis dan pahit bergaul mesra

Dalam resepi warisan sejak dahulukala

Pada kelembutan ketupat dan lemang

Pada keenakan lodeh dan rendang

Bersalut segala kreativiti dan aspirasi

Melahirkan citarasa yang serasi dan harmoni

Begitulah kiasan di Hari Raya

Hari mempertemukan semua yang berbeza

Segala bangsa, budaya dan agama

Buat menjalinkan kesatuan rasa

Berbeza bukan untuk bertentangan

Pelbagai bukan untuk bertikai

Di Aidil Fitri kita dipertemukan

Bagai ramuan dalam satu masakan

Inilah menu hakiki…

Inilah persaudaraan sejati…

Perisa hati di Aidil Fitri!

MAHAR  CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan

Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,

kecerdasan  fikiran, ketangkasan tindakan…

Ukir semurni tadbir

Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan

lambang satu kemenangan

mengatasi kejahatan diri dalaman

menangani angkara musuh luaran

kembali ke fitrah…

kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu  di istana rahmat-Nya

Renung sukarmu di penjara dosa-dosa

Moga keberkatan Ramadhan…

Agar Kemuliaan Syawal…

Menjadi  mahar seorang hamba…

untuk melamar cinta Tuhannya!

MAAF ZAHIR DAN BATIN SEPENUH DAN SELURUH DARIPADAKU.… Pahrol Mohamad Juoi.

APAKAH ITU BAHAGIA?
Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.

Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang.

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

TUHAN TIDAK PERNAH JERAN DENGAN MANUSIA
Hampir seminggu aku tidak menulis melainkan cakaran-cakaran rasa di buku catatan peribadi. Namun, keupayaan menulis “membeku” seketika bukan kerana ketandusan rasa, tetapi kerana kebanjiran “peristiwa”. Terlalu banyak pergolakan. Di luar mahupun di dalam lingkungan. Pejuang politik yang terus-terusan bertarung tidak mengenal medan dan batasan. Pejuang bahasa yang bangun melontar kata dan nuansa kecewa di jalan raya. Mahupun pejuang sufi yang menelusuri soal hati dalam sepi liku-liku rasa yang maknawi.

Ya, perkara yang paling mudah ditulis ialah apa yang kita yakini, alami dan rasakan. Biarlah segala pergolakan itu “transit” dulu di dermaga rasa sebelum dituangkan nanti dalam wadah yang lebih selesa. Tidak mengapa, kerana rasa-rasa itu hakikatnya telah ditambat dengan catatan-catatan ringkas yang mampu mengusik getarannya semula  bila tiba saatnya nanti.

Kali ini, biar aku santai menulis “peristiwa” yang kecil sahaja. Walaupun ia agak personel, namun masih boleh dikongsi bersama. Walaupun ia agak kecil, namun jika betul sudut pandangnya ia boleh menjadi luas dan mendalam untuk diselami pengajaran dan ibrahnya. Berapa banyak cerita “aku’ yang mampu menggugat “kamu” dan “kita”?  Ya, izinkan aku berkongsi, kerana dalam perkongsian sering terserlah keberkatan. Diharap kau sudi mengikutinya…

Bila kita melaluinya, barulah kita memahaminya. Bila kita merasainya, baru kita menghayatinya. Demikian ingin aku kongsikan bersama kamu. Apa yang telah aku lalui minggu yang lalu. Saat genting, ketika anak ku bertarung antara hidup dan mati… demi satu kehidupan. Detik di mana satu anugerah Ilahi yang tinggi bagi seorang lelaki untuk bergelar datuk dalam pembikinan.

Ah, usia… bila ia semakin bertambah, kita akan menjadi mudah hiba. Dan aku telah melalui detik itu. Alhamdulillah, kini aku dapat rasakan percikan kegembiraan Rasulullah SAW yang memangku cucundanya Hasan Dan Husin. Masih sempat aku bernyawa untuk melihat wajah tulus, mulus dan halus seorang cucu. Moga aku sempat untuk ikut membesarkan dia nanti, menjadi lelaki soleh.

Oh, rupa-rupanya keresahan seorang datuk tidak kurang hebatnya dengan keresahan seorang bapa. Mungkin bukan kerana beban menjadi datuk lebih berat berbanding seorang ayah, tetapi kerana upaya dan tenaga seorang datuk jauh lebih rendah berbanding ayah. Dulu ketika aku menyambut kelahiran seorang anak, jiwa ku menyala-nyala, energi dan potensi di tahap tertinggi. Ingin ku redah apa sahaja. Namun kini ketika usia hampir mencecah separuh abad, aku menjadi lebih “sederhana”. Panjang fikir, dalam pertimbangan, luas pandangan, namun semakin susut semangat dan keringat.

Ingin aku kongsikan, rasa yang ku alami ketika menunggu detik kelahiran itu. Anak perempuan ku mula sakit pada malamnya dan melalui saat-saat cemas mula jam 7 pada paginya. Tuhan memberi mehnah seorang ibu kepadanya. Rasa sakit, rasa perit dan keletihan tahap tinggi, yang bakal menempa dan “mengeluarkan” segala keupayaannya untuk menjadi seorang ibu terbaik. Kesakitan yang hakikatnya satu “ijazah” yang melayakkan seorang ibu mendapat ketaatan  tiga kali ganda berbanding ayah.

Siapa lagi di sisi? Genggaman tangan seorang suami walau seerat mana tidak akan dapat bersama-sama berkongsi kesakitan. Ibu kepada bakal ibu (isteri ku), mengambil jarak jauh, berdoa, menangis dan merintih di luar kamar. Ketika pertarungan hidup dan mati itu… tidak ada teman, tidak ada sesiapa dapat berkongsi rasa, hanya dia dan Allah. Rasai, rasailah wahai anak ku, detik melahirkan yang persis detik kematian… rasa harap yang sewajarnya seratus peratus kepada Tuhan. Seharusnya tidak ada lagi rasa bimbang, selamat atau tidak, pengakhiran buruk atau baik… Yakin, sangka baik, insya-Allah selamat, insya-Allah baik!

Ya, aku di mana? Aku pun rupanya tidak tega menunggu begitu. Mendengar seru dan desah resah, Allah, Allah. Jua kata semangat dan lonjak dorongan daripada para jururawat dan doktor. Lalu apa pilihan lagi buat ku selain meminggir sepi di satu sudut yang paling sunyi.  Ya, aku masih ingat lagi detik itu. Detik aku terperosok dalam bilik sempit yang dinamakan “surau” itu.

Di situlah tegaknya kamar sufi tempat ego dan takbur tersembam ke bumi. Ketika insan dipagut keresahan, kegelisahan dan ketidaktentuan, barulah semua berpaut kepada Tuhan. Lalu, aku merasakan saat resah ini hakikatnya satu anugerah, untuk aku kembali semula kepada Mu.

Ya, Allah… pengharapan ku pada mu terlalu tinggi. Tetapi aku sedar, aku berdosa. Terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan ku kepada Mu. Namun mampukah aku berpaling dari Mu? Tidak, walau dosa ku setinggi gunung, tetapi pengampunan Mu jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari langit yang tujuh. Telah aku ungkapkan kata-kata itu melalui lirik-lirik nasyid yang ku tuliskan, namun seakan-akan baru kini aku merasakan. Aku kembali, aku kembali kepada Mu Tuhan…

Dalam derai air mata aku memohon kepada Mu. Aku kembali kepada Mu. Segala yang fana ini hakikatnya tidak ada apa-apa. Sekelumit pun tidak akan berguna. Hanya wajah Mu yang kekal abadi. Ketika sekalian meminggir, Engkau jualah wahai Tuhan… yang terus sudi menghampir. Aku datang wahai Tuhan. Walau dengan kusam dan kelam wajah yang berdosa, namun aku datang. Aku yakin Kau tidak akan mengusir ku walaupun aku jauh tidak layak menjadi tetamu pengampunan Mu.

Jam 11 pagi, tiba-tiba pintu surau kecil itu terkuak. Anak bongsu lelaki ku memberi salam dan berbisik, “kakak dah selamat bersalin!” Derai air mata ku tidak dapat ditahan lagi. Syukur, syukur, syukur ya Allah, Engkau masih sayang kepada ku, pada kami, pada semua insan yang terlalu banyak berdosa ini. Dalam sujud syukur ku di hujung duha, aku terdengar raungan tangis cucu yang pertama. Telah diperdengarkan azan, telah diiqamatkan…

Ya, Allah, seperti mana Kau sudi bersama kami ketika kelahirannya, semoga Kau terus sudi bersama sentiasa ketika kami membesar dan mendidiknya. Benarlah wahai Tuhan, Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang… kerana setiap kelahiran bayi adalah menjadi bukti bahawa Kau tidak pernah jeran dengan kerenah insan!

Kalau begitu Tuhan yang Maha Berkuasa, siapa pula kita untuk kecewa dengan manusia… Selamat datang cucu ke dunia manusia, gelanggang pahala dan dosa, medan ketawa dan air mata. Ketika datuk hampir pamit, dunia yang penuh tipu daya ini terus menggamit. Selamat datang, selamat berjuang di sini.

TRADISI KERJA LEPAS SUBUH
Pagi tadi selepas Subuh, saya sempat menyelesaikan dua tulisan untuk majalah Anis. Terasa idea meluncur laju tanpa tersekat-sekat. Lepas Subuh memang “prime time” untuk menulis. Fikiran, emosi dan hati masih tidak tercela oleh kesebukan, godaan dan kelalaian. Sejak puluhan tahun tradisi ini saya kekalkan. Walaupun sudah sebati, kadangkala terganggu juga. Ada masanya saya menulis waktu malam atau petang.  Namun saya sering diperingatkan oleh rasa “tersekat-sekat”, berat dan perlahan. Kurang menjadi.

Malam semalam, fikiran masih ligat berfikir – betapa banyak “kesayangan-kesayangan” kita menjadi halangan dalam kehidupan. Akhirnya, saya tumpahkan segalanya dalam tulisan bertajuk Kill Your Darling. Begitu juga kelohan-kelohan hati sepanjang sambutan majlis Maulid Nabi tahun-tahun yang lalu. Saya pernah menjadi penceramah, ahli panel, pengacara dalam acara rasmi dan tidak rasmi – hati saya merintih kenapa program-program sedemikian belum benar-benar “landing” dalam hati masyarakat.

Al hasil, Maulud tinggal hanya soal basa-basi, jamuan dan laungan selawat… yang itu-itu juga. Tidak ke mana. Sekadar mengulang-ulang apa yang  akhirnya menjadi tradisi dan terlalu bermusim sifatnya. Semua itu kemudiannya saya luahkan dalam tulisan – Sunyi Sekeping hati di kemeriahan Maulid Nabi, juga untuk majalah Anis.

Minggu lalu, saya masih asyik menulis buku dan menghabiskan kerja menghasilkan, menyemak dan menambah baik artikel-artikel dalam majalah SOLUSI edisi ke 4.  Berbincang dengan Dr Sidek Baba tentang Jihad Ilmu – melayani impian, harapan dan visinya tentang tarbiah dan perjuangan. Ambil kesempatan berguru dengan keghairahan dan pengalamannya. Alhamdulillah, prinsip yang cuba dipraktikkan dalam hidup – what you see is what you get - ternyata memberi kebaikan. Ertinya, kita mesti melihat sisi positif pada setiap individu, situasi dan kondisi yang kita hadapi… barulah kita akan mendapat sesuatu yang positif juga. Bagaimana kita hendak mendapat yang positif, kalau yang kita lihat negatif? Kalau begitu yang kita praktikan, insya-Allah kita boleh belajar daripada sesiapa sahaja dan apa sahaja.

Sering juga saya peringatkan diri sendiri, jadilah orang yang rendah diri, kerana orang yang merendah diri boleh belajar bukan sahaja daripada orang yang baik dan bijak, malah daripada orang yang jahat dan dungu juga. Fira’un yang jahat mengajar kita tentang keyakinannya terhadap kehidupan selepas mati dan persediaan menghadapinya. Piramid adalah lambang komitmen Fir’aun tentang itu. Manakala mengenai ‘guru’ yang dungu pula Luqman Al Hakim pernah berkata, aku mengutip hikmah daripada orang yang bodoh… di mana kesalahannya, tidak akan aku lakukan!

Pagi tadi juga,  saya menerima SMS daripada sahabat karib Zakaria Sungip, yang kini walaupun berlainan “bahtera” tetap mempunyai kesatuan hala. Dia tertarik dengan kaedah “melapangkan masa vs menunggu masa lapang” – satu kaedah yang “biasa-biasa” sahaja dalam mengharungi kesebokan tugasan dan tanggung-jawab. Itu yang saya belajar dalam usaha untuk terus belajar walaupun di tengah kesebokan “mengajar”. Lapangkanlah masa ditengah kesebokan memandu (apalagi ketika menghadapi kesesakan lalu-lintas) untuk belajar melalui kaset dan CD. Gunakan waktu senggang menunggu di bank atau di klinik dengan membaca buku.

Luahkan apa yang kita dapat, baca dan lihat kepada anak-anak, isteri dan sahabat. Belajar setiap masa. Atau jadilah “telinga’ (pendengar) yang baik dalam setiap komunikasi dan interaksi. Jangan cepat menyampuk dan bercakap. Diam, adalah satu kaedah belajar yang berkesan juga.

Namun, segala-galanya mesti bermula dengan muqaddimah yang baik. Lepas Subuh, waktu yang paling berkat untuk memulakan tugasan, pemikiran dan tindakan sesama insan seperti dinihari adalah waktu yang paling optimum berhubung dengan Tuhan. Menurut pakar psikologi, masa sepuluh minit selepas bangun tidur adalah waktu yang paling kritikal menentukan keceriaan dan kecemerlangan pada hari tersebut. Menurut mereka, jangan dicemari pembukaan hari dengan rasa-rasa yang negatif, kata-kata yang buruk, raut wajah yang masam. Nanti kesannya akan berpanjangan sepanjang hari.

Menjadi seorang muslim, kita tidak akan menghadapi pembukaan hari dengan yang negatif. Bayangkan sebaik bangun tidur, kita terus membaca doa. Terus membersihkan diri, berwuduk dan mendirikan solat. Mata kita merenung tempat sujud. Mulut kita membaca ayat Quran dan selawat. Hati dan perasaan kita terfokus kepada kepada Allah – zat yang Maha Suci, Baik, Penyayang, Pemurah dan lain-lain sifat kesempurnaan-Nya. Jadi apa yang dikatakan oleh pakar psikologi itu akan tercapai secara automatik bila kita atur kehidupan secara Islamik.

Baik, isterehat dulu ya. Nanti kita ketemu lagi. Insya-Allah.

BOIKOT CARA HIDUP YAHUDI!
Ada yang memandang sinis usaha memboikot produk yang ada kaitannya dengan Zionis. Kata mereka, bukan musuh yang susah tetapi anak bangsa kita yang “merempat”. Apa tidaknya, memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit, kita yang tersepit. Boikot itu bukan caranya, dakwa mereka.

Ada pula suara sinis yang memandang enteng jerit pekik, maki hamun dan teriak semangat dalam demonstrasi- demonstrasi menentang Yahudi. Persis anjing menyalak bukit! Tel Aviv dan Washington tidak bergegar sedikit pun dengan luapan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, kaedah demonstrasi juga bukan cara yang tepat, kata sesetengah pihak yang lain.Namun, itulah sahaja tindakan yang dapat difikirkan dan dilaksanakan demi melahirkan kebencian dan kemarahan. Bukan soal berkesan atau tidak, tetapi apa yang mampu kita buat untuk melahirkan simpati dan empati kita terhadap umat Islam Palestin. Pokoknya mesti ada tindakan – “actions speaks louder than words.”Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apakah cara itu? Firman Allah:

“Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.”

Ini rahsia “hati perut” Yahudi yang dibongkar oleh Allah SWT sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.

Tegasnya, dengan mengamalkan sepenuhnya cara hidup bersyariat,  itulah “demonstrasi” yang paling menyakitkan Zionis. Dan usaha “memboikot” cara hidup Yahudi – budaya hedonisme (berseronok-seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas,  arak, pengamalan riba, dadah dan lain-lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti oleh Yahudi.

Boikot cara hidup Yahudi tidaklah sesukar mana. Contohnya, tidak sesukar kita  membeli bendera Israel, pemetik api dan kemudian membakarnya tetapi cukup, sekadar tidak membakar… Jangan membakar rokok! Bukankah merokok itu membazir dan memudaratkan? Dan itulah juga industri yang paling banyak menyumbang kepada kekuatan Yahudi?

Marilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuh dan seluruh. Insya-Allah, secara automatik Yahudi akan tertekan. Jangan hanya lisan sahaja yang membenci tetapi sebaliknya tindakan kita memuji. Justeru,  membenci jangan hanya dengan emosi tetapi gunakanlah akal dan hati!