Terima kasih kepada peminat dan pembaca yang memberi sokongan terhadap hasil karya Ust Pahrol Mohd Juoi.
Tempahan Hubungi: Layari www.buku911.com atau KLIK disini untuk quotation harga buku atau sms
Terima kasih kepada peminat dan pembaca yang memberi sokongan terhadap hasil karya Ust Pahrol Mohd Juoi.
Tempahan Hubungi: Layari www.buku911.com atau KLIK disini untuk quotation harga buku atau sms
Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!
LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT
Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat? Amat malang di Ramadan 1432 H ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti di Ramadan 1431 H yang lalu. Sedangkan bulan Ramadan yang sedang kita lalui ini melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka. Read the rest of this entry »
Saya ditanyakan tentang Osama. Banyak ulasan yang saya telah baca. Kita dapati sangat bezanya ulasan tokoh yang jelas fikrah dan roh Islamnya dengan yang kabur dan samar.
Pada mereka yang bertanya, saya hanya mampu memasukkan semula tulisan yang ada kaitannya dengan isu tersebut dalam buku saya terdahulu DILEMA MELAYU ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR.
Mudah-mudahan, ada sisi lain yang boleh diambil teladan atau sempadan. Saya letakan sahaja judul tulisan lama itu dengan sesuatu yang baru… DI SEBALIK SEORANG OSAMA:
Seseorang dihormati kerana keadilannya. Dan seseorang ditakuti kerana kekuatannya. Jika kita adil dan kuat, maka kita akan dihormati sekali gus ditakuti. Lalu layaklah kita menjadi pemimpin kepada orang lain. Sebaliknya, jika kita sudah tidak ditakuti dan tidak dihormati, maka kelayakan kita sebagai pemimpin akan hilang. Wibawa kita sudah jatuh.
Hakikat inilah yang berlaku kepada Amerika. Kini ia sudah tidak dihormati dan ditakuti lagi sekaligus menyebabkan Amerika tidak layak lagi menjadi ‘Polis Dunia’ dan ‘Pembela Hak Asasi manusia’ seperti yang selalu diuar-uarkannya. Amerika jelas tidak adil dalam konflik Arab-Israel. Manakala serangan ke atas WTC dan Pentagon pada peristiwa 11 September sedekad yang lalu telah membuktikan bahawa Amerika sudah tidak kuat dan tidak lagi digeruni.
Ironinya, sejak dahulu lagi Amerika cuba meyakinkan kepada dunia bahawa Osama bin Laden adalah musuh yang ganas, kuat dan berpengaruh. Dan bila berlaku serangan ke atas WTC dan Pentagon, nama jutawan Arab Saudi itu telah dikaitkan sejak awal-awal kejadian lagi. Apakah sebenarnya tujuan di sebalik gembar-gembur Amerika ini? Benarkah Amerika memang takut kepada Osama yang berjuang seorang diri tanpa mewakili mana-mana negara sekalipun Tanah Airnya sendiri?
Atau ada bahaya lain yang sebenarnya lebih dicurigai oleh Amerika? Lalu faktor Osama sengaja dibesar-besarkan agar Amerika mempunyai alasan yang kukuh untuk terus melaksanakan agenda neokolonialismanya ke atas negara lain khususnya negara-negara Islam. Cita-cita Amerika ini jelas dinukilkan oleh Francis Fukuyama dalam bukunya The End Of History – yang membayangkan akhirnya dunia ini akan dikuasai oleh Liberal-Kapitalis (siapa lagi kalau bukan amerika?).
Dunia Islam telah lama sedar bahawa Amerika sentiasa curiga dengan sebarang kuasa yang boleh menggugat ketuanannya. Menurut pakar-pakar futuristik mereka, kebangkitan Islam di seluruh dunia adalah satu daripada ancaman tersebut. Kebimbangan ini telah pun disuarakan menerusi ucapan atau tulisan beberapa orang bekas presiden Amerika seperti Richard Nixon, Ronald Reagan dan Bill Clinton. Kebimbangan yang sama juga pernah diluahkan oleh para pemikir Barat seperti Samuel Huttington yang meramalkan pertembungan Islam dan Barat dalam bukunya ‘Clash of Civilisation’. Read the rest of this entry »
Kalau ditanyakan kepada orang tua, bilakah masanya dalam takah kehidupan ini mereka rasakan terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Nescaya mereka menjawab, “semasa kami masih muda.” Ya, bila seorang tua menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat semasa muda, tidak dibuat. Sebaliknya banyak pula perkara yang tidak sepatut dibuat, telah dibuat.
Sayangnya, kebanyakan orang muda tidak menyedari hakikat ini sehinggalah mereka sendiri meningkat tua. Lalu atas kealpaan itu mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman mudanya. Pendek kata, ramai manusia lambat belajar di ‘universiti kehidupan’ ini. ‘Kurikulum’ pelajaran yang sepatutnya telah difahami di peringkat muda baru difahaminya hanya apabila kita meningkat tua.
Alam adalah sebuah ‘universiti’ yang luas dan besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan manusia terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Mungkin ini juga termasuk dalam maksud “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluh kehidupan untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu.
Kurikulum pelajaran ini pula tersusun mengikut tahap usia dan tempoh kedewasaan seseorang. Justeru, di peringkat muda ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?
Itulah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap kita. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ pada usia muda terpaksa dibawa ke peringkat tua. Kalau begitu keadaannya maka rugilah. Samalah seperti pelajar universiti yang terpaksa ‘refer’ atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan semester atau tahunan mereka.
Para remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa. Tahap transisi ini tidak stabil. Umpama air (cecair) yang hendak bertukar menjadi wap (gas), maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Keadaan itu samalah dengan remaja, pada tahap itu jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen dalaman mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, ingin mencuba, perubahan biologi dan macam-macam lagi.
Dan di tahap ini juga para remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dalam hidup mereka dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan.
Sesungguhnya semua itu tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Para remaja (malah orang tua sekalipun) mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas kita. Jika tidak, kita terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Read the rest of this entry »
Khas untuk peserta berusia 11 hingga 17 tahun sahaja. Terbuka kepada lelaki dan perempuan. Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi no Pejabat : 03-6141 3871; Ahmad : 019-378 3100; Arif : 017-633 1640 atau Badrunaim : 013-277 7167 atau layari laman web : http://fitrahperkasa.net
Kem Motivasi Remaja PerkasaKhas untuk peserta berusia 11 hingga 18 tahun sahaja. Terbuka kepada lelaki dan perempuan. Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi no Pejabat : 03-6141 3871; Ahmad : 019-378 3100; Arif : 017-633 1640 atau Badrunaim : 013-277 7167 atau layari laman web : http://fitrahperkasa.net Read the rest of this entry »
Saya telah diminta pandangan tentang politik di dalam masjid… Isu ini telah menjadi begitu kontroversi kini.
Dan telah berkali-kali juga saya berkata, “saya hanya seorang daei (pendakwah), itupun masih bertatih. Saya bukan pakar siasah.”
Seorang pengunjung blog menasehati saya untuk mendalami politik Islam, insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya.
Namun, semasa saya sedang belajar, saya juga belajar untuk mengutarakan pandangan… justeru pendakwah juga perlu dan wajar menyentuh tentang politik, bukankan Islam itu cara hidup? Dan politik adalah sebahagiaan daripada hidup ini.
Saya berdoa, agar diperbetulkan jika tersalah. Pandangan dalam politik, pastinya menimbulkan pro-kontra yang tidak sudah-sudah. Ya, mudah-mudahan keikhlasan jua yang membuka pintu hati kita agar berpesan-pesan dengan penuh kesabaran dan kebenaran.
Di kesempatan ini, izinkan saya memuatkan kembali tulisan saya dalam buku Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir dalam tajuk DWI WAJAH POLITIK DI DALAM MASJID… Mudah-mudahan jika ada yang benar diterima , dan PASTI ada yang salah, mohon mendapat teguran. Insya-Allah…
AGENDA Islam dalam agenda politik semasa sepatutnya akan lebih membersihkan dunia politik yang selalu disifatkan sebagai ‘a dirty game’. Ini selaras dengan sifat Islam sebagai agama yang suci dan menyucikan. Jika apa yang diperjuangkan oleh parti politik (tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang) benar-benar Islam, langkah itu tentunya akan menghasilkan keadaan yang lebih positif. Islam sudah sewajarnya mempunyai membersihkan dunia politik dan ahli politik.
Anehnya, perkara ini tidak berlaku. Malah politik kelihatan menjadi lebih kotor apabila elemen ‘Islam’ dimasukkan dalam persaingan parti-parti politik. Justeru, kini telah timbul satu persoalan apakah politik telah di’Islam’kan atau Islam yang telah dipolitikkan?
Satu isu yang sangat berkait rapat dengan persoalan ini ialah kaitan antara institusi mesjid dengan politik. Ada pihak, beranggapan bahawa institusi mesjid seharusnya bebas dari sebarang kegiatan politik. Menurut mereka, para imam dan khatib tidak sewajarnya menggunakan khutbah dan kuliah agama sebagai platform politik. Agama dan politik mesti dipisahkan. Tanggapan ini ada benarnya jika politik dilihat dalam realiti semasa.
Umum kini melihat politik bukan lagi dari aspek ilmu dan falsafahnya, tetapi lebih diwarnai oleh perilaku parti dan gelagat ahli politik. Kebanyakan kita melihat politik sebagai satu gelanggang perebutan kuasa, penggunaan wang, pertelagahan diantara ahli-ahli parti, pembelotan dan tipu muslihat.
Menjelang pemilihan pemimpin dalam sesebuah parti mahupun persaingan antara parti dalam musim pilihanraya, kita akan melihat bagaimana kaedah-kaedah yang tidak bermoral akan digunakan untuk mencapai kemenangan. Kata mengata, cerca mencerca misalnya, sudah menjadi suatu yang lumrah dan hampir diterima sebagai satu budaya politik semasa. Jika inilah wajah politik yang ada, maka wajarlah mesjid diselamatkan dari ‘kekotoran’ itu. Politik yang semacam ini bukan sahaja tidak layak dibawa masuk ke dalam mesjid, malah di luar mesjid pun tidak layak diamalkan! Read the rest of this entry »
Saya sering ditanya, “mengapa orang yang solat masih melakukan kejahatan? ” Saya jawab, “kerana solatnya tidak berkesan.”
Kemudian saya ditanya lagi, “mana lebih baik solat yang tidak berkesan atau tidak solat langsung?” Saya menjawab, “soalan itu tidak tepat.” ”Apa yang tepat?” tanyanya semula.
“Yang tepat ialah mana yang lebih buruk, solat yang tidak berkesan atau tidak solat langsung.” Langsung tidak solat adalah lebih buruk daripada solat tidak berkesan. Sekurang-kurang dengan mula solat, kita telah menemp[uh satu jalan untuk menyempurnakannya.
INSIDEN 2:
Ada yang bertanya, “mengapa ada orang yang mudah percaya cerita-cerita yang ghaib di luar logik fikiran yang rasional.”
Jawab saya, “orang percaya kepada pembawa cerita, bukan kepada ceritanya.”
“Boleh percayakah kepada pembawa cerita?” tanyanya lagi.
“Lihat peribadinya. Jika berita yang dibertahu oleh orang yang memang terkenal kejujurannya.”
“Seperti Rasulullah saw?”
Saya menggangguk.
“Kalau orang lain?”
“Lihat nas Quran dan hadisnya.”
“Tapi kalau kita tidak ada ilmu tentang nas dan hadis bagaimana? Nak terima atau tidak cerita ghaib itu?”
“Itu bukan soalannya.”
“Soalan apa?”
“Kita mesti dan wajib belajar tentang Al Quran dan hadis, bukan berfikir tentang terima atau tidak cerita ghaib itu.”
“Mengapa?”
“Kenal kebenaran dulu, barulah kita boleh mengenal siapa yang cakap benar! Obsesslah pada ilmu, bukan pada obsess pada peribadi! “
INSIDEN 3:
“Bagaimana cara tercepat untuk jadi baik?”
“Tidak ada jalan pintas. Bukan senang nak senang.”
“Susah sangatkah nak jadi baik?”
“Susah nak jadi baik. Tetapi lebih senang daripada nak jadi jahat.”
“Macam mana?”
“Perlu lawan hawa nafsu!”
“Susah lawan nafsu. Kena lawan diri sendiri.”
” Ya begitulah. Membina mengambil masa, meruntuh sekelipa mata.”
“Maksudnya?”
“Jadi baik, perlu mujhadah. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!”
Ya, begitulah saudara-saudari tiga insiden yang saya paparkan. Sebagai pencerahan mari kita lihat tiga kisah pendek sebagai percerahan kepada persoalan yang saya kemukakan itu. Semoga Allah berkati penulisan dan pembacaan kita… Amin.
1. RITUAL TANPA SPIRITUAL
Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami pergi, sikucing akan ikut bersama. Keadaan ini menimbulkan masalah pada ketua sami, terutamanya apabila dia hendak menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsentrasi ketua sami terganggu apabila kucing kesayangannya itu mengelus-ngeluskan badan dan kepala ke badan dan tangannya. Read the rest of this entry »
Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.
Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.
Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.
Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraan, maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai-bagai kemudahan dan bekalan.
Untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini – itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. Seluruh kelengkapan yang diberikan kepadanya harus menjurus dan fokus ke arah pelaksanaan misi itu.
Jangan disalah gunakan, kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan. Akan datang detiknya, manusia akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya itu. Read the rest of this entry »