RSS

MARI DEMONSTRASI HARI-HARI!

Saya cuba melihat dari dimensi lain. Bukan untuk mencari kelainan tetapi sekadar ingin menyumbang ke arah menyempurnakan sudut pandang. Berbeza tidak semestinya bertentangan. Perbezaan hanya melihat dari sudut lain yang mungkin menjadi ‘titik buta’ orang lain. Manakala ‘titik buta’ kita pula perlu disuluh oleh pandangan orang lain. Begitulah seadanya. Kata sesetengah orang inilah yang dikatakan ‘the same difference’ – perbezaan dalam kesamaan.

Justeru, awal pagi tadi saya menulis artikel di bawah apabila melihat dan membaca para ‘demonstran’ anti Zionis yang berjumlah puluhan ribu semalam. Secara peribadi, tanpa diduga saya diminta mengimami solat hajat (atas permintaan keluarganya) untuk keselamatan seorang ahli kariah surau kami yang turut berada di atas kapal yang diserang oleh halikopter Yahudia baru-baru ini. Kebetulan, imam pada malam itu berada di luar kawasan… jadi saya ke depan menjadi imam atas permintaan kawan-kawan. Namun, bermula malam itu saya terus berfikir…

Sehinggalah pagi ini, apa yang saya fikirkan itu, saya coretkan dalam bentuk “dialog” yang saya imiginasikan. Agar mudah dihadam dan dihayati. Pohon maaf atas kekasaran bahasa atau kelancangan makna. Semoga dibaca dengan rasa terbukan, seperti mana saya cuba terbuka menulisnya. Terimalah… MARI DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk. 
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka!”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

 

37 responses to “MARI DEMONSTRASI HARI-HARI!

  1. musi

    4 Oktober 2010 at 7:51 pm

    assalamualikum alfadzil ustaz;
    Ana pun selalu berfikir demikian, molek kalau diharamkan iklan tv dan rancangan berunsur maksiat, kilang arak, judi, berpeleseran jantan betina, consert maksiat, haramkan rokok untuk kesihatan, riba. Lakukan secara berperingkat, menuju cara kehidupan yang dibawa rasul. Hayati, amalkan semarakkan semua amalan fardu dan menjadi tiang kehidupan suruhan dan tuntutan agama. Meningkatkan kualiti Muslim.
    Ustaz – Mana2 bab atau slot yang ana rasa boleh dikongi dan sebar-sebar boleh kah ana nak copy dan sebar-sebarkan. maaf dan syukron.

     
  2. surya perdana

    17 Oktober 2010 at 1:25 pm

    alhamdulillah…terima kasih atas tulisan ustaz. saya harap dapat turut berjuang bersama.

     
  3. Norizan bt Saari

    23 Oktober 2010 at 10:52 am

    Alhamdulillah! dah lama sy fikirkn perkara ini. Semasa demontrasi pn sebenarny cuba lihat kesanny. apa yg berlaku selepas demonstrasi, kerosakan barang laluan semasa demonstrasi , sampah yg ditinggalkan, tidak langsung melambangkn kita adalah hamba ALLAH yang beriman.
    Pernahkah yahudi rasa takut walaupun seluruh negara Islam buat demonstrasi, tak. kita kena berbalik kepada ISLAM yang sebenar, berjihad menentang kemungkaran bukan mencari keburukan org lain tp mencari dan membetul kelemahan diri sendiri.
    bilakah Nabi Isa a.s akan turun membetulkn umat ISLAM. setakat ini tak ada pun seorang pemerintah didunia ini yg mampu melakukanny. kalu setakat bersuara lantang mengungkap kata2, tp memimpin rumah sendiri pun tak betul. sapa pun boleh buat.

     
  4. Nur adrenalin

    23 Oktober 2010 at 5:58 pm

    Allahu Akbar…. ye.. betul tu..tapi sejauh mana org melayu islam/ pembaca faham & cuba mengamalnya dlm kehidupan seharian..?. Sy ada terbaca Yahudi pernah berkata “jgn harap org islam menang dlm melawan yahudi selagi jemaah solat subohnya tidak menyamai bilangan jemaah solat jumaat”… Bukankah ini kebenaran yg pahit yg harus ditelan? Terutama org lelaki yg merupakan pemimpin bg kaum ppuan & kanak2? sahutlah cabaran ini & berdemonstrasilah hari2 melawan nafsu yg ada dlm diri sendiri… Bukankah berjemaah di masjid/surau adalah sunat muakkad (amat dituntut) kpd kaum lelaki? Malahan sebaliknya berlaku dan akhirnya menjadi fitnah apbila ppuan melebihi lelaki bersolat di masjid/surau.. ini dpt dilihat apa berlaku di bln ramadhan…

     
  5. khairul

    1 November 2010 at 4:55 pm

    salam…

    Benar apa yang ustaz sampaikan…Umat Islam seharusnya memperbaiki diri dan hati mereka terlebih dahulu…Apa maknanya membawa sepanduk dan membakar bendera sedangkan hati2 umat IslaM tElah DIJAJAH??

     
  6. muslimah loverz

    13 November 2010 at 9:35 am

    sekarang ni saya lebih memahami apa yang lebih utama….alhamdulilah.

     
  7. ukhti nita

    4 Januari 2011 at 3:56 pm

    salam wbt..ustaz, artikel ini sgt bermakna + terbaik..
    kite kini dijajah dr segi pemikiran, fesyen, gaya hidup oleh Yahudi..
    lihatlah anak-anak muda kini….sgt menyedihkan..
    ramai yang berperangai+berpakaian spt Yahudi…

    mohon untuk dikongsikan bersama shbt2 yang lain ya, ustaz?
    syukron jazillan.

     
  8. siti nuranie

    8 Januari 2011 at 5:00 pm

    Alhamdulillah..benar & saya sgt setuju. Hanya dgn tarbiyyah & cara hidup Islam kta akan mmpu mnghdapi mreka..

     
  9. Ahiar

    14 Mei 2011 at 8:04 pm

    Ustaz, sy adalah orang yg sering ‘berdemonstrasi’. Sy berusaha utk berdemonstrasi dan cuba bersikap lurus dgn saudara2 seIslam sy yg x pernh sy kenal.
    Sy menahan diri sy dgn segala kekuatan utk membeli produk2 keluaran Yahudi yg dikatakan membantu mereka memerangi saudara sy sendiri.
    Tp sy berasa amat hiba bila mendengar hujah saudara2 sy sendiri.. ah itu semua tak penting.. yg penting produk yg mereka keluarkan murah dan sedap..
    Astaghfirullah.. semoga Allah terus membimbing sy dan mereka..

     
  10. Iskandar

    13 Jun 2011 at 1:24 am

    Alhamdulillah,terima kasih ustaz.
    Saya hilang kata-kata setelah membaca post ustaz ini.
    Memang diakui kebanyakan umat islam terutamanya golongan remaja banyak terpengaruh dengan cara hidup barat tanpa menyelidik terlebih dahulu asal-usulnya dan memandang daripada pelbagai sudut perspektif. Tambahan golongan yang berfikiran cetek dan terburu-buru. Mereka hendak mencuba sesuatu yang baru tanpa mengetahui cara hidup yang terbaik adalah Cara hidup islam yang memberikan ketenangan dari segi zahiriah dan rohaniah. Semoga Allah SWT memberkati seluruh umat Islam.

     
  11. ahmad anawar

    8 Julai 2011 at 3:10 pm

    alhmdulillah….trimah kasih ustaz..mulakan demo itu dr diri sndiri dulu baru ajak org ramai..mari kita ramai2 buta yahudi sakit hati..dengan solat subuh berjeamaah…mohon doanya ustaz..saya dalam proses blajar

     
  12. nurul hidayatul

    18 Julai 2011 at 10:07 am

    subhanallah..point yg jelas dsini adlah kta sbg umat islam perlu kembali ke jln Allah yg sbenar2nya dgn mnjlnkn sgala printahNya dgn ikhlas dan berusaha mnjauhi larangn2 yg tlh dtetapknNya..nmpak simple tp itulah problem trbesar yg mlanda majoriti umat islam kini bila printah&larangan Tuhan dbuat remeh..skrg Yahudi mmg bleh brbgga dgn pencapaian mreka,bleh dkatakn dunia skg meka yg conquer,umat islam ramai tp x sdikit pn tkutkn meka,sbab pa?mik contoh rokok ja,pengeluar trbesar yahudi tp pggunanya??laungn benci yahudi mmg dmulut sj tp sdr xsdr rupanya kta yg guna produk buatn yahudi tuh,astaghfirullah..sedarkn kmi yaAllah,bntulah kmi agar mmpu mnjlnkn sgala prntah Engkau,jadikn kmi dlm klangan orang yg mngmbil berat tntg solat&ibadah kmi..amin…

     
  13. mfaisel

    19 Julai 2011 at 3:45 pm

    Umat Islam Malaysia lebih mengimarahkan Parti Politik dan Perhimpunan Politik (AGM, EGM, Muktamar, Ceramah/Kempen Politik, Demonstrasi) dari menrimarahkan masjid. Laungan Takbir lebih GAH di Ceramah Politik & Jalanan tetapi Takbiratul Ihram sgt longlai.

     
  14. mala

    9 September 2011 at 4:55 pm

    terima kasih ustaz…

     
  15. zahraa Norhaliza

    12 September 2011 at 1:40 am

    salam..amat mmberi kesan dan menyedarkan.Terima kasih ustaz.Alangkah indahnya hidup ini jika umat islam mampu berfikir dan mengaplikasikan apa yg ustaz tuliskan dalam kehidupan.

     
  16. saharizam

    12 September 2011 at 10:18 am

    ayuh pastikan diri kita dah keluarga berdemonstrasi setiap hari. Sudut pandang yang sangat bernas dan tepat pada masanya.

     
  17. syed hafiz

    30 September 2011 at 11:13 am

    sabda rasul saw: jihad yg besar slepas peperangan BADAR ialah melawan HAWA NAFSU..
    kta bijak pandai: TAKLUKILAH DIRIMU, SBLM MENAKLUKI ORG LAIN…

     
  18. syed hasif

    6 November 2011 at 8:47 pm

    btol tu ustz….izin kn sya share article dlm blog ustz dgn kwn2..

     
  19. Zaki

    11 November 2011 at 11:17 am

    Alhamdulillah….sangat berbeza dan sangat menyentuh…moga Allah kuatkan diri utk memulakan perubahan..Jazakallah khair ustaz.

     
  20. ummu ammar

    8 Disember 2011 at 9:43 am

    Subhanallah..Artikel ustaz biarpun saya baca berulang kali tetap meninggikan motivasi, sentiasa ada sudut pandangan baru yang saya fahami..terima kasih ustaz, saya sangat ingin berdemonstrasi hari-hari, bermula dari diri dan keluarga. Doakan mujahidah amatur ini ye.. Terima kasih, alhamdulillah..

     
  21. Dlisa Luis

    19 Disember 2011 at 11:19 am

    Alhamdullilah…..akhirnya bertemu juga saya jawapan pada soalan yg dilontarkan oleh teman2 mengenai kebencian mereka terhadap Yahudi dan menghambur kata2 kesat kerana saya tidak setuju dengan demonstrasi atau dengan menyebarkan kebencian terhadap kaum Yahudi di-laman web mereka – izinkan saya berkongsi tulisan ustaz di atas.

     
  22. Zan Bin Ali Zan

    13 Januari 2012 at 9:53 pm

    suatu pandangan yg berbeza tetapi cukup2 bernas lg praktikal…

     
  23. Nurulhuda

    11 Mei 2012 at 12:01 am

    Coretan yg santai tapi maknanya amat luas dan memotivasikan diri saya alhamdulillah ….

     
  24. Fuzz

    22 Mei 2012 at 8:59 am

    Syabas ustaz…Allah kurniakan ustaz bakat menulis dan menggarap ayat yang luar biasa..Sampai ke dalam hati..Tetima aksih ustaz kerana berkongsi..Artikel yang amat bagus…

     
  25. sue

    25 Mei 2012 at 4:11 pm

    alhamdulillah, betul tu ustaz, terima kasih ustaz

     
  26. Hajah Norhayati

    9 Jun 2012 at 3:51 pm

    Alhamdulillah… saya baru melayari laman ini… seronok membacanya… dan membuatkan saya lebih- lebih lg untuk menghapuskannya…. apapun semuanya perlu bermula dengan diri ini dulu… indahnya jika Islam mengguasai alam buana..

     
  27. norrahila rahila

    28 Jun 2012 at 9:43 am

    Segala puji bagi Allah! Saya dah lama sedari ‘hakikat’ ini..dan realitinya sukar dan tak ramai yang mudah mengerti..apa2 pun ust. moga aliran arus ‘perjuangan’ ini kan terus mengalir, biar sedikit yang memahami Insya-Allah lama2 kan jadi bukit yang mampu menghayatinya. Mudah2an!

     
  28. muhamadsyarif

    28 Jun 2012 at 4:39 pm

    banyak pengajaran dan hujah yang boleh di pertolehi dalam carpen ini,..terimakasih ustaz

     
  29. rina

    1 Julai 2012 at 9:55 am

    Salam ustaz..alhamdulillah..best sangat artikel ini..Islam itu mudah..namun ramai antara kita sering memilih jalan yang rumit….kerana perbuatan sering diselangi tanpa ilmu yang benar.mohon share.

     
  30. Siti Jubaidah Lakarina

    16 September 2012 at 11:22 am

    Assalamualaikum Ustaz.. Saya sangat teruja dgn tulisan ustaz ini. Terima Kasih atas artikel yang sangat membuka minda. Sebagai manusia yang lemah dan kurang ilmu di dalam membeci yahudi sebenarnya kita adalah penyokong Yahudi yang dibenci.. Astagfirullahiladzim..

     
  31. Ukhti Mawar

    10 Oktober 2012 at 10:26 pm

    Salamu’alaika ustaz..suatu pencerahan yang sangat mantap dan sesuai pada masa kini.. almaklumlah zaman sekarang trend berdemontrasi..mungkin mereka berfikir bahawa demontrasi adalah penyelesaian bagi semua masalah..wallahu ‘alam.. moga dengan penyebaran ilmu-ilmu agama akan menukarkan pemikiran Muslim sekarang bahawa perbaiki diri adalah agenda yang lebih utama..

     
  32. Rosemiza Abd Rahman

    17 November 2012 at 10:20 pm

    ustaz…mohon share ye…m_<

     
  33. anizah mokhtar

    28 November 2012 at 12:50 pm

    mohon share ya ust.. :)

     
  34. HasimahHashim

    28 Februari 2013 at 4:15 pm

    salam ustaz……penulisan yang sangat bernas…semoga usaha ustaz diberkati Allah.
    mohon share

     
  35. abg saifuddin abg bohari

    25 Januari 2014 at 9:29 am

    saya telah membeli angguk angguk geleng geleng..senyum angguk dan geleng memang berlaku..tahniah tuan. santai bersahaja dan bermakna

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,219 other followers

%d bloggers like this: