Kaabah dibina oleh insan yang paling baik (Nabi Ibrahim AS), manakala piramid dibina oleh insan yang paling jahat (Firaun laknatullah). Bagaimana dengan kita yang melihatnya?
Bagaimana kita boleh mendapat kebaikan ketika melihat Kabah atau piramid? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. What you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang kita akan dapat.
Jika Kaabah dilihat dengan mengambil ibrah dan barakah insyaAllah, kita akan mendapat kebaikan. Sebaliknya, jika Kaabah dilihat dengan rasa untuk menunjuk-nunjuk (kerana kita berbangga berada di situ), maka kita akan mendapat keburukan dan kerugian.
Sekalipun melihat piramid yang dibina oleh insan terjahat, kita boleh mendapat kebaikan hasil mengambil iktibar. Namun, sekiranya dilihat dengan penuh kebanggaan atau sekadar ‘melihat-lihat’, maka pandangan itu menjadi sia-sia walaupun mungkin tidak jatuh kepada dosa. Ya, bukan apa yang dilhat itu yang penting tetapi bagaimana kita melihatnya!
Apa yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu? Kata bijak pandai, “who you are dictates what you see” – siapa kita menentukan bagaimana kita melihat. Jika kita melihat segala-galnya sebagai hamba Allah, maka kita akan dapat melihat segalanya daripada persepektif Islam. Ketika itu apa kita akan dapat melihat kebaikan sekalipun pada benda atau perkara yang buruk. Ketika melihat seekor bangkai kambing misalnya, Rasulullah SAW telah mengalih perhatian para sahabat untuk melihat gigi kambing itu yang masih putih.
Justeru, tidak kira di mana atau ke mana kita pergi… cubalah menjadi orang yang baik, insyaAllah kita akan dapat melihat kebaikan. Bukan hanya Kaabah mampu mengingatkan kita kepada Allah, tetapi piramid juga boleh mengingatkan kita kepada Allah. Kita akan ingat betapa akibatnya manusia paling angkuh (Firaun), namun akhirnya mati terhina walaupun bangunan yang dibinanya masih tersegam kukuh.
Ketika melihat piramid satu ketika itu, saya telah menulis sebuah artikel. Berikut adalah artikel tersebut:
KENANG AKHIRAT, TENANG DI DUNIA
Siapa manusia yang paling jahat? Jika soalan ini ditujukan kepada kita, mungkin ramai yang menjawab, “Firaun!”. Benar, tidak ada siapa yang dapat menandingi kejahatan Firaun. Dia bukan sahaja derhaka kepada Tuhan, bahkan mengaku sebagai Tuhan. Itulah puncak segala kejahatan. Ya, secara sinis kita boleh berkata, “sesiapa yang tidak menganggap Firaun jahat, dia juga adalah seorang yang jahat.” Read the rest of this entry »

Antara bekalan yang diberikan oleh Allah kepada manusia ialah nyawa. Dengan nyawa kita hidup dan dengan hidup itu kita diberi peluang untuk melaksanakan misi hidup kita. Justeru, kita perlu bersyukur jika masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Nyawa (hidup) ini sangat berharga. Nyawa ini adalah “modal” untuk meraih keuntungan di dunia dan di akhirat.
Semua orang benci rasuah. Tetapi kenapa terlalu susah untuk menghapuskannya? Nanti saya akan cuba menyentuh persoalan ini. Tetapi kali ini saya hanya akan menyentuh punca-puncanya sahaja. Ini kerana saya lihat, seolah-olah orang kelihatan hilang punca dalam menangani rasuah – hanya fokus pada sistem, akta dan undang-undang, bukan pada ”manusia”nya. Dan lebih malang lagi, kekadang Tuhan dipinggirkan. Neraka dan akhirat tidak dikaitkan. Mari kita cuba melihat rasuah dari sisi yang saya akan paparkan ini: 












