Looking for Something?
Posts Tagged for

Allah

REHAT DAN RAWATLAH HATI MU…

Author:

cvr rnr 3

 

 

 

 

 

Bahagian penutup daripada buku R&R HATI (MUDA BUKAN SEKALI): 

 

Seperti jasad lahir yang perlu makanan, hati juga perlukan makanan. Makanan hati ialah zikrullah (ingat Allah). Tanpa zikrullah, hati akan kelaparan. Jasad yang tidak mendapat makanan, akan menjadi lemah, maka begitu juga hati apabila tidak berzikir, ia akan lemah.  Hati yang lemah tidak akan mampu menerima kebenaran dan melakukan kebaikan. Akal mungkin mengakui, tetapi masih tidak dapat bertindak, kerana hati terlalu lemah. Ada pengetahuan, tetapi kurang kemahuan.

 

Jika terus dibiarkan tanpa zikir, hati akan sakit. “Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka?.” (Muhammad: 29). Dan  jika berterusan dibiarkan, lama kelamaan hati itu akan mati. Apabila hati mati, terkuncilah ia daripada mendapat kebenaran secara total.  Pada  ketika itulah berlakulah seperti yang dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya:” Allah Telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup . dan bagi mereka siksaan yang besar.” (al-Baqarah: 7).

 

Nauzubillah, kita tidak inginkan hati yang mati. Kerana hati yang mati lebih berbahaya daripada jasad yang mati.  Kita inginkan hati yang terus mendapat cahaya daripada Allah. Biarlah cahaya ilmu dan iman terus berada di dalam hati kerana itulah bekalan yang paling penting untuk mendapat keselamatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Firman Allah: Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? ….”(az-Zumar: 22)

 

Untuk itu hati mestilah sentiasa mendapat kerehatan dan rawatan. Jangan dibiarkan hati menjadi terlalu letih dengan urusan dunia, tanpa mendapat kekuatannya semula. Dengan apa hati berehat? Hati berehat dengan solat. Demikianlah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila ada perkara berat yang mengujinya.  Baginda akan bersabda kepada Bilal: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Ahmad). “Bangun ya Bilal, rehatkan kami dengan solat”. Ya, dengan solat hati berehat, dengan solat hati kembali kuat.

 

Justeru hukama berkata, ““Apabila kamu merasa hidup kamu tidak baik, maka ketahuilah sesungguhnya kerana solat kamu masih belum baik”.Dalam solat, hati yang penat akan tersambung dan terhubung kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuat. Pada ketika itulah hati belajar ‘melepaskan’ segala kekusutan yang membelenggunya. Pada Allah jualah diadukan segala keresahan, kerunsingan dan kelemahan diri. Solat ialah talian hayat bagi hati yang kelesuan dan kekeliruan apabila dihentam pelbagai ujian.

 

Let go, let God – belajar melepaskan dan menyerahkan segala urusan kepada Allah. Pada ketika itulah hati yang sendat dengan pelbagai masalah itu melepaskan segalanya kepada Allah yang Maha Perkasa. Ia akan kembali lapang dan tenang. Umpama setitik air yang dilepaskan kembali ke tasik yang luas dan dalam. Maka begitulah hati yang kembali kepada Allah. Ia kembali kepada asalnya. Ia kembali kepada fitrahnya.

 

Hidup ini penat, mari berehat dengan solat. Solat adalah satu tempoh berehat buat seluruh anggota badan, terutamanya hati.  Hati ialah ‘anggota’ manusia yang paling penat kerana dialah yang menjadi penggerak kepada segala perlakuan dan tindakan samada yang zahir atau yang batin. Dialah pemerintah yang paling banyak kerjanya dalam masa sehari, seminggu, sebulan, setahun, malah sampai seluruh hayat. Hati yang bersifat maknawi itu sama seperti jantung yang tidak pernah ‘bercuti’ daripada mengepam oksijan dan darah ke seluruh tubuh.

 

Jika kita perlu memberi kerehatan pada kaki, yang penat berjalan, pada mata yang penat melihat, pada akal yang penat berfikir,  maka begitulah kita perlu memberi kerehatan pada hati yang penat dalam merasai, mempertimbangkan dan membuat keputusan dalam setiap bidang kehidupan. Hatilah yang menjadi sasaran dan tumpuan kepada segala masalah dan cabaran dalam hidup. Sekejap resah, sekejap tenang, sekejap sedih, sekejap gembira. Silih berganti, tidak henti-henti. Perubahannya yang ligat, bagai kuah yang sedang mendidih. (more…)

CINTA RASULULLAH….CINTA TERINDAH

Author:

nabi muhammad sawDua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah.”

Keyakinan kita kepada Allah adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah. Justeru, Rasulullah itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t.

Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah berfirman yang bermaksud: “Rasulullah tidak berkata melainkan wahyu Allah.” (Surah al-Najm 53: 3-4)

Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah… kerana Bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah; senyuman, sapaan, teguran, bujukan, bahkan marahnya sekalipun tetap indah. (more…)

BELUM TIBAKAH MASANYA UNTUK KAU MENANGIS?

Author:

menangis-kerana-dosaDetik waktu

kelahiran seorang bayi

dihiasi tangis

Nyaring berkumandang

menyapa telinga ibu

lalu melonjak hati ibu

penawar sakit dan lesu

Lalu bermulalah sebuah kehidupann

yang bakal mewarnai bumi

berdakwatkan air mata

Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan

dicelahi oleh tangisan

diakhiri dengan tangisan

Air mata manusia sentiasa dalam dua

yang menguntungkan atau merugikan

sabda Rasulullah SAW:

“Dua titisan air yang Allah cint

Darah para syuhadak dan air mata kerana takutkan Allah.”

Ibnu Ataillah, seorang ahli sufi dan makrifah telah berkata:

“Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.”

Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan

di syurga mana kelak ia akan ditempatkan

Ahli-ahli sufi sering mengingatkan :

“Kejahatan yang  diiringi oleh rasa sedih,

lebih Allah sukai dari satu kebaikan

yang menimbulkan rasa takbur.”

(more…)

BEROK DAN BUNGA

Author:

1fb8d2d7c882fbaba1a2c09d1d9cbe68_LHari kekasih, hari eksploitasi dan manupulasi rasa cinta untuk menderhaka kepada Pencipta cinta (Allah).

Atas dorongan untuk meraikan cinta kononnya, batas akidah, syariat dan akhlak dilanggar semahu-mahunya. Cinta yang dicipta indah oleh Allah yang Maha indah, menjadi punah. Dikotori oleh pemujanya seperti kera yang merosakkan bunga.

Cinta yang suci untuk tujuan yang suci telah dicemari. Cinta yang berfokuskan seks – yakni cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan itulah yang dipuja oleh manusia yang bertamadun!

Mengapa jadi demikian? Ini kerana masih ramai manusia yang sedang mengalami kekosongan jiwa (emptines). Hidup hanya untuk memenuhi kehendak nafsu yang inginkan kepuasan material dan fizikal, urat, daging dan tulang. Apabila persoalan paling ‘basic’ (asas) dalam hidup tidak terjawab dengan tuntas… Itulah akibatnya.

 Apakah persoalan itu? Ya, mengapa kita dihidupkan? Orang Islam yakin bahawa Allah tidak mencipta manusia sia-sia. Manusia punya tugasan dan peranan yang sangat besar. Al Quran menegaskan Allah ciptakan manusia dengan tujuan menjadi hamba-Nya dan khalifah di muka bumi.

 Selagi kita berpegang kepada tujuan hidup ini dan melaksanakannya, hidup kita akan dipenuhi ketenangan. Kekosongan jiwa, minda dan masa kita akan terisi dengan sepenuhnya. Kita boleh melaksanakan apa jua aktiviti yang tidak terkeluar daripada kerangka tujuan hidup yang telah ditentukan Allah itu. Selagi manusia bertindak selaras dengan tujuan penciptaannya, maka selagi itulah ia akan tenang, selamat dan bahagia. (more…)

“ALL IS WELL” – SEMUANYA BAIK BELAKA…

Author:

200236712-001

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pernah saya katakan, kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…

Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku, aku sedang diuji. Begitu juga dengan kamu, dan kita semua. Lalu untuk memujuk hati ketika menerima tarbiah Ilahi ini saya nukilkan tulisan ini untuk saya dan kita semuanya… Tajuknya: ALL IS WELL – semuanya baik belaka.      

“Ustaz kata kecemerlangan dunia itu bayangan kecemerlangan akhirat?”

“Ya, “akui saya pendek.

“Atas dasar apa?”

“Berdasarkan kata Imam Syafei, dunia itu adalah tanaman untuk akhirat.”

“Maksudnya?”

“Dunia tempat kita menyemai, akhirat tempat kita menuai. Jika kita hendak merasai buah yang manis dan banyak , sudah sewajarnya pokok yang kita tanam baik dan subur.”

“Saya belum faham…” (more…)