RSS

Tag Archives: amanah

AMANAH DENGAN REZEKI

Penghayatan Amanah Dalam Profesion Bank Rakyat 2010

Agak payah juga saya dapat meluangkan masa untuk meletakkan entri baru dalam blog gentarasa. Tidak sangka kerja yang diamanahkan semakin banyak dan kompleks sejak awal tahun lagi. Hari ini saya dan sahabat-sahabat di Fitrah Perkasa buat pertama kalinya melaksanakan modul baru (modul yang ke lima) untuk Bank Rakyat.

Modul yang bertajuk Penghayatan Amanah Dalam Profesion itu dirangka dan diajukan kepada pihak HR Bank Rakyat sejak 3 bulan yang lalu. Selepas 4 modul sebelumnya, Bank Rakyat terus bersama kami untuk melaksanakan modul yang berikutnya. Kali ini cuba lebih verstail dengan pelbagai video klips, sajak, nasyid, peralatan mengajar, simulasi, lakonan…

Alhamdulillah, dalam kesibukan menguruskan persekolahan dan pengajian anak pada awal tahun, ditambah dengan kerja-kerja penulisan dalam Solusi dan buku ditambah pengisian program-program ceramah, akhirnya penulisan blog mendapat keutamaannya juga. Ramai yang mengajukan masalah dan meminta respons, saya berjanji akan menanganinya. Insya-Allah, lambat atau cepat.

Namun, sebagai hamba Allah, saya juga sama dengan saudara-saudari, sentiasa berharap dan berdoa semoga Allah membantu kita. Masih jatuh bangun dalam bermujahadah. Kekadang saya mengajar, banyak kali pula saya belajar. Bertemu berbagai guru… pengajarannya cuma satu, ikhlaslah dalam belajar dan mengajar.  Jika tidak ikhlas, kita akan terbabas. Baik setinggi manapun kedudukan kita, samada sebagai pemimpin, hartawan, guru atau sebagainya… tanpa ikhlas, kita akan jatuh. Terhina di dunia dan di akhirat, walaupun pernah di selaputi nama, kuasa, harta dan ilmu.

Jangan persoalkan keikhlasan orang lain, tetapi telek dan beleklah keikhlasan diri sendiri. Rahsia hati yang tidak diketahui oleh sesiapa, melainkan oleh Allah sahaja. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas.  Read the rest of this entry »

 
16 Komen

Posted by di 13 Januari 2010 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

YANG LEBIH INDAH DARIPADA CINTA!

91524579Telah  ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.

Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.

Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah…

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.   Read the rest of this entry »

 
54 Komen

Posted by di 12 November 2009 in Tentang Cinta

 

Label: , , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,180 other followers