RSS

Tag Archives: bah

BANJIR DOSA YANG MELANDA JIWA

images“Bencana ini semua angkara dosa!” katanya tegas. Wajahnya kelihatan seperti orang yang sedang marah. Matanya dibulatkan dan tangannya tergenggam.

“Dosa? Dosa apa? Dosa siapa?” balas lelaki di sebelahnya. Lelaki itu berbaju Melayu biru dan bersongkok hitam.

“Eh, jangan cakap begitu. Macamlah seolah-olah kita tidak berdosa.”

“Bukan begitu, saya cuma ingin kepastian. Apa dosanya? Siapakah yang berdosa?”

“Tentang siapa berdosa saya tidak mahu menyentuhnya secara khusus tetapi tentang dosa memang banyak. Dosa tidak melaksanakan hukum Allah yang wajib. Dosa melakukan larangan-larangan Allah,” balas lelaki berkopiah putih.

Saya yang duduk di tepi tiang masjid itu leka menjadi ‘pendengar’. Hari Ahad usai solat Subuh itu saya habiskan untuk duduk-duduk di masjid menunggu matahari naik. Kuliah Subuh yang sepatutnya diadakan seperti biasa ditangguhkan. Ustaz yang mengajar terlibat dalam misi bantuan mangsa banjir di Pantai Timur.

 

Sebab Allah Sayang

“Tengok di Acheh dahulu, angkara dosa dilanda Tsunami,” tingkah lelaki berkopiah putih.

“Eh, kalau mahu diikutkan logik, warga Macau, Las Vegas, Bevery Hills lebih banyak dosanya. Kenapa bandar-bandar itu tidak dilanda Tsunami, gempa bumi atau banjir besar?” balas lelaki bersongkok hitam.

Saya senyum dalam diam. Kedua-duanya memang ahli kariah yang ‘regular’ datang berjemaah di masjid. Walaupun kedua-duanya sejak dahulu selalu ‘bertegang leher’ tetapi akhirnya tenang semula.

“Allah sayang akan orang Islam. Didatangkan bencana supaya kembali semula kepada Allah. Yang kafir Allah biarkan dalam nikmat bersama istidraj. Makin senang makin leka, makin berdosa.” Read the rest of this entry »

 
2 Comments

Posted by on 8 January 2015 in Tarbiyah

 

Tags: , , , , ,

BANJIR BESAR: HUDUD, PERUBAHAN CUACA, PENEBANGAN HUTAN….

banjir jumaatPandangan ahli agama dan saintis boleh diintegrasikan (disepadukan) dalam mencari punca berlakunya bencana alam, gejala sosial, penyakit-penyakit kronik, jenayah dan lain-lain malapetaka dalam kehidupan ini.

Jangan sekali-kali diletakkan pandangan para saintis dan ahli agama di titik konflik, sehingga seolah-olah agama dan sains itu bertentangan. Padahal hubungan antara agama (Islam) dan sains adalah dua perkara yang sangat serasi dan harmoni. Jika kita bijak memanfaatkan hubungan ini, kita bukan sahaja selamat hidup di dunia malah akan selamat juga hidup di akhirat.

Alam Mematuhi Hukum Allah

Bencana alam misalnya, menurut pakar sains, adalah disebabkan hukum alam ‘law of nature’ dilanggar. Apabila ekosistem jagat raya dan kehidupan dikacau, dunia terdedah kepada bencana dan malapetaka. Pemugaran hutan tanpa usaha pemuliharaannya mendedahkan kepada banjir, tanah runtuh atau kemarau. Begitu juga penarahan bukit-bukau, gunung dan penambakan pantai yang melanggar hukum fizik mengakibatkan tanah runtuh, bah, pemanasan global dan lain-lain lagi.

Dalam Islam ‘law of nature’  ini dikenali sebagai sunatullah. Hukum ini juga hakikatnya hukum Allah, kerana ia ditetapkan oleh Allah untuk mengatur alam ini. Jika hukum Allah ini dilanggar maka tunggulah saat kehancurannya. Keseimbangan, kestabilan dan keharmonian alam kosmos (yang teratur) ini diamanahkan kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk diatur dan ditadbir. Manusia dikurniakan ilmu akal (acquired knowledge – sains, matematik dan lain-lain) untuk memahami hukum ini. Jangan sekali-kali membangun dan menguruskan pembangunan alam dengan melanggar hukum alam itu. Buruk padahnya!

Tidak mematuhi hukum sunnatullah ini juga hakikatnya satu dosa. Dosa kerana rakus memugar hutan dengan melanggar hukum sunnatullah. Atau tidak punya kepakaran dan ilmu yang secukupnya untuk mengurus tadbir alam dengan baik. Mungkin ada iman, tetapi kurang kepakaran. Mungkin integriti tinggi tetapi kompetensi tidak seberapa. Jadi, tidak boleh sewenang-wenangnya menempelak, “bencana ini kerana dosa,” tetapi mungkin juga satu isyarat untuk lebih bijak dalam mengurus dan mentarbir. Justeru disamping lebih jujur perlu lebih bijak dalam mengurus dan memimpin. Read the rest of this entry »

 
6 Comments

Posted by on 2 January 2015 in Semasa

 

Tags: , , ,