RSS

Arkib Label: belajar

ALAM ITU SATU SEKOLAH

Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.

Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraan, maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai-bagai kemudahan dan bekalan.

Untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini – itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. Seluruh kelengkapan yang diberikan kepadanya harus menjurus dan fokus ke arah pelaksanaan misi itu.

Jangan disalah gunakan, kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan. Akan datang detiknya, manusia akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya itu.  Read the rest of this entry »

 
26 Komen

Posted by di 12 Mei 2010 in Belajar Dari Alam, Uncategorized

 

Label: , , , ,

TRADISI KERJA LEPAS SUBUH

lepas-subuhPagi tadi selepas Subuh, saya sempat menyelesaikan dua tulisan untuk majalah Anis. Terasa idea meluncur laju tanpa tersekat-sekat. Lepas Subuh memang “prime time” untuk menulis. Fikiran, emosi dan hati masih tidak tercela oleh kesebukan, godaan dan kelalaian. Sejak puluhan tahun tradisi ini saya kekalkan. Walaupun sudah sebati, kadangkala terganggu juga. Read the rest of this entry »

 
15 Komen

Posted by di 20 Januari 2009 in Diari Hati

 

Label: , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,104 other followers