RSS

Arkib Label: diana

JANGAN LUPA – PENASYID ADALAH DAIE DAN MURABBI

83696459Pagi ini saya rasa terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang nasyid. Walaupun sudah lama saya tidak mengirim lirik nasyid, namun saya tetap mengikuti perkembangan dari jauh. Saya turut mendengar respons, kritikan bahkan “kecaman” kepada nasyid dan penasyid-penasyid yang ada. Walaupun, apa yang saya dengar dan lihat tetap tidak boleh dijadikan rujukan muktamad atas sifatnya yang khusus malah mungkin terpencil. Tetapi sekali-skala datang rasa bimbang juga… ke mana hala tuju nasyid sekarang? Lalu saya catatkan catatan ini sekadar renungan pada pagi Jumaat yang mulia ini…

Anggaplah tulisan ini satu pandangan sekilas atas apa yang berlaku di dalam atau di luar kumpulan nasyid. Walaupun, kekadang ada juga figur-figur tertentu dalam kumpulan nasyid datang “bersembang-sembang” dengan saya – saya selalunya lebih suka menjadi telinga yang mendengar “perkembangan” dan kemajuan kumpulan mereka. Sekali skala saya sempat menatap surat khabar dan “terjumpa” majalah-majalah yang menceritakan hal mereka itu.

Sudah jadi sunnatullah, “semakin tinggi pokok yang kita panjat maka semakin kuatlah pula angin yang menggoyang.” Berada di bawah dan sedang berusaha untuk naik adalah lebih mudah berbanding berada di tempat yang tinggi dan ingin terus mendaki agar sampai ke kemuncak. Di bawah kita selalu beringat, tetapi di puncak kita selalu alpa. Di bawah anginnya sepoi-sepoi bahasa, di atas sudah ada ribut yang melanda.

“Kejayaan” berjalan seiringan dengan ujian. Baik ujian yang datang dari luar ataupun ujian yang datang dari dalam. Inilah cabaran yang sedang dihadapi oleh kumpulan-kumpulan nasyid kini. Yakni, apakah sambutan masyarakat sebelum ini hanya satu fenomena sementara atau ia memang sesuatu yang ‘real’. Dan yang lebih utama, menilai semula apakah tauhid, syariat dan akhlak Islamiah masih menjadi nilai teras bukan sahaja pada “produk” nasyid, tetapi pada keseluruhan modus operandii pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan pemasaran, dan juga akhlak serta keperibadian kumpulan-kumpulan tersebut. Read the rest of this entry »

 
19 Komen

Posted by di 15 Mei 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,099 other followers