RSS

Tag Archives: didik

TERIMA KASIH GURU KERANA MEROTAN KU

Saya masih ingat ketika pertama kali dirotan. Saya dirotan oleh ustazah yang mengajar Al Quran. Walaupun hanya sekali tetapi itu cukup menyakitkan dan mengejutkan. Berbekas peha saya dibuatnya. Pulang ke rumah saya mengadu kepada bapa… Terkejut! Saya dipukul sekali lagi oleh bapa. Bukan sahaja bapa tidak menyalahkan ustazah, saya sekali dimarahi dan menerima rotan tambahan.

Sejak itu, saya tekad, serik dan tidak akan mengadu lagi kepada bapa kalau dimarahi atau dirotan oleh guru sekolah atau guru Al Quran.  Pada ayah, guru tetap betul, anak mesti yang salah. Walaupun bapa tidak berpelajaran, tetapi dia berpegang kepada prinsip: Untuk mendapat ilmu wajib hormati guru.

“Kita orang susah, hanya ilmu dapat membantu kamu dewasa nanti,“ begitu pesan bapa. Dalam kehidupan bersama bapa, sepanjang ingatan saya banyak kali (tidak terhitung) saya dirotan. Anehnya, kalau bapa memanggil saya ketika bermain dengan kawan-kawan dan di tangannya ada rotan (saya tahu saya bakal dirotan), saya tidak berani melarikan diri melainkan pasrah dan menyerah. Rotanlah beberapa kali pun saya hanya menangis. Read the rest of this entry »

 
4 Comments

Posted by on 31 January 2015 in Semasa

 

Tags: , , , ,