RSS

Tag Archives: dosa

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

 Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?  Amat malang di Ramadan 1432 H ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti di Ramadan 1431 H yang lalu. Sedangkan bulan Ramadan yang sedang kita lalui ini  melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka. Read the rest of this entry »

 
68 Comments

Posted by on 7 August 2011 in Kemudi Hati, Uncategorized

 

Tags: , ,

MAAFKAN…

88694955Malam semalam, satu email sangat “mengganggu”. Bicaranya berbau sendu. Penghantar dukanya sekian lama. Malangnya, yang ditujukan untuk mendapat rawatan adalah aku… pesakit sepertinya jua. Namun harapannya adalah terlalu tinggi untuk dikecewakan. Walau berat ku guriiskan juga rasa hati ini semuga jadi rintihan bersama. Kunamakan tulisan ini MAAFKAN… Ayuh, kita telusuri bersama:

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Kau mesti bahagia melihat “musuh-musuh”mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu!

Wahai diri, ingatlah, segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi “musabbabil asbab”. Read the rest of this entry »

 
31 Comments

Posted by on 21 July 2009 in Kemudi Hati

 

Tags: , , , , , , , ,

CELIKKANLAH MATA HATI!

200264052-005Jika ditanyakan siapa kita? Ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah. Namun berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah? Ya, ramai manusia hanya tahu tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah.

Justeru, ramai yang berlagak seolah-olah ‘tuan’ (malah Tuhan) dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Tahu letaknya di akal – dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati – dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam mata pelajaran agama Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanya ‘di permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.

Kata Hikmah dari Sayidina Ali

Untuk mengetahui apakah hakikat sebenar kesedaran, marilah kita dengar apa yang pernah dikatakan oleh Sayidina Ali k.w. yang antara lain bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat.

Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).” Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah pahala.

Ah, betapa tersasarnya tujuan hidup selama di dunia akibat buta mata hati. Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi dan langit’, barulah kita terjaga daripada “mimpi” selama ini. Sayangnya, pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Sepatutnya kesedaran semacam itu perlu kita miliki sewaktu hidup di dunia ini. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya. Sebaliknya, sekiranya kesedaran itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat! Read the rest of this entry »

 
21 Comments

Posted by on 25 June 2009 in Tarbiyah

 

Tags: , , , , , , , ,

MENGHAPUSKAN POLITIK WANG HINGGA KE AKAR UMBI?

zikir-1Semua orang benci rasuah. Tetapi kenapa terlalu susah untuk menghapuskannya? Nanti saya akan cuba menyentuh persoalan ini. Tetapi kali ini saya hanya akan menyentuh punca-puncanya sahaja. Ini kerana saya lihat, seolah-olah orang kelihatan hilang punca dalam menangani rasuah – hanya fokus pada sistem, akta dan undang-undang, bukan pada  “manusia”nya. Dan lebih malang lagi, kekadang Tuhan dipinggirkan. Neraka dan akhirat tidak dikaitkan. Mari kita cuba melihat rasuah dari sisi yang saya akan paparkan ini: Read the rest of this entry »

 
5 Comments

Posted by on 25 March 2009 in Politik / Siasah

 

Tags: , , , , ,

TRADISI KERJA LEPAS SUBUH

lepas-subuhPagi tadi selepas Subuh, saya sempat menyelesaikan dua tulisan untuk majalah Anis. Terasa idea meluncur laju tanpa tersekat-sekat. Lepas Subuh memang “prime time” untuk menulis. Fikiran, emosi dan hati masih tidak tercela oleh kesebukan, godaan dan kelalaian. Sejak puluhan tahun tradisi ini saya kekalkan. Walaupun sudah sebati, kadangkala terganggu juga. Read the rest of this entry »

 
15 Comments

Posted by on 20 January 2009 in Diari Hati

 

Tags: , ,