Looking for Something?
Posts Tagged for

guru

TERIMA KASIH GURU KERANA MEROTAN KU

Author:

Saya masih ingat ketika pertama kali dirotan. Saya dirotan oleh ustazah yang mengajar Al Quran. Walaupun hanya sekali tetapi itu cukup menyakitkan dan mengejutkan. Berbekas peha saya dibuatnya. Pulang ke rumah saya mengadu kepada bapa… Terkejut! Saya dipukul sekali lagi oleh bapa. Bukan sahaja bapa tidak menyalahkan ustazah, saya sekali dimarahi dan menerima rotan tambahan.

Sejak itu, saya tekad, serik dan tidak akan mengadu lagi kepada bapa kalau dimarahi atau dirotan oleh guru sekolah atau guru Al Quran.  Pada ayah, guru tetap betul, anak mesti yang salah. Walaupun bapa tidak berpelajaran, tetapi dia berpegang kepada prinsip: Untuk mendapat ilmu wajib hormati guru.

“Kita orang susah, hanya ilmu dapat membantu kamu dewasa nanti,“ begitu pesan bapa. Dalam kehidupan bersama bapa, sepanjang ingatan saya banyak kali (tidak terhitung) saya dirotan. Anehnya, kalau bapa memanggil saya ketika bermain dengan kawan-kawan dan di tangannya ada rotan (saya tahu saya bakal dirotan), saya tidak berani melarikan diri melainkan pasrah dan menyerah. Rotanlah beberapa kali pun saya hanya menangis. (more…)

MUNGKIN BUKAN KERANA ILMU…

Author:

2c8422531537a809707a29cdc87bbf3f_free_islamic_cartoon_screensaverJika pertikaian itu hanya kerana ilmu, insyaAllah tidak akan ada tuduh menuduh, laknat melaknat, bahkan hingga ke tahap mempertikaikan keislaman seseorang.

Ulama-ulama silam pun banyak berbeza pendapat, bukan hanya dalam soal-soal ranting tetapi menyentuh juga soal pokok… namun, hampir tidak ada kedengaran tuduh menuduh, caci mencaci, sindir menyindir, bahkan kafir mengkafir,  seperti yang kita lihat sekarang.

Namun, berbeza dengan ilmuan masakini – kekadang ada yang jadi begitu berani menuduh tanpa bertemu empat matapun untuk mendapat apa maksud sebenar tentang kata-kata, pandangan atau pendapat yang diperselisihkan. x

Jika benar semuanya kerana ilmu hadapilah secara ilmiah dan berakhlak, Jangan dicampur adukan dengan kepentingan komersial, dendam peribadi dan hasad dengki. Kesihanilah masyarakat yang umumnya masih rendah tahap ilmunya (malah masih tidak terkawal emosinya) – jangan sampai gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah atau terlebih sudu daripada kuahnya.  (more…)

AMANAH DENGAN REZEKI

Author:

Penghayatan Amanah Dalam Profesion Bank Rakyat 2010

Agak payah juga saya dapat meluangkan masa untuk meletakkan entri baru dalam blog gentarasa. Tidak sangka kerja yang diamanahkan semakin banyak dan kompleks sejak awal tahun lagi. Hari ini saya dan sahabat-sahabat di Fitrah Perkasa buat pertama kalinya melaksanakan modul baru (modul yang ke lima) untuk Bank Rakyat.

Modul yang bertajuk Penghayatan Amanah Dalam Profesion itu dirangka dan diajukan kepada pihak HR Bank Rakyat sejak 3 bulan yang lalu. Selepas 4 modul sebelumnya, Bank Rakyat terus bersama kami untuk melaksanakan modul yang berikutnya. Kali ini cuba lebih verstail dengan pelbagai video klips, sajak, nasyid, peralatan mengajar, simulasi, lakonan…

Alhamdulillah, dalam kesibukan menguruskan persekolahan dan pengajian anak pada awal tahun, ditambah dengan kerja-kerja penulisan dalam Solusi dan buku ditambah pengisian program-program ceramah, akhirnya penulisan blog mendapat keutamaannya juga. Ramai yang mengajukan masalah dan meminta respons, saya berjanji akan menanganinya. Insya-Allah, lambat atau cepat.

Namun, sebagai hamba Allah, saya juga sama dengan saudara-saudari, sentiasa berharap dan berdoa semoga Allah membantu kita. Masih jatuh bangun dalam bermujahadah. Kekadang saya mengajar, banyak kali pula saya belajar. Bertemu berbagai guru… pengajarannya cuma satu, ikhlaslah dalam belajar dan mengajar.  Jika tidak ikhlas, kita akan terbabas. Baik setinggi manapun kedudukan kita, samada sebagai pemimpin, hartawan, guru atau sebagainya… tanpa ikhlas, kita akan jatuh. Terhina di dunia dan di akhirat, walaupun pernah di selaputi nama, kuasa, harta dan ilmu.

Jangan persoalkan keikhlasan orang lain, tetapi telek dan beleklah keikhlasan diri sendiri. Rahsia hati yang tidak diketahui oleh sesiapa, melainkan oleh Allah sahaja. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas.  (more…)

Find Me On Facebook

Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.