RSS

Tag Archives: ibu yang tersayang

KASIH EMAK YANG LUNAK

Kata-Kata-Mutiara-Untuk-Ibu-620x315                                                                                                                            Jarang aku melihat emak menangis. Dia pandai menyembunyikan kesedihannya. Pada hari kematian ayah pun emak tidak menangis. Hanya muram dan redup wajahnya sahaja dapat membayangkan akan kesedihan hati.

Watak emak berbeza dengan bapa. Jika bapa keras, baran dan kuat kemahuan, sebaliknya emak lembut, bersahaja dan mudah bertolak ansur. Walau sekasar mana perlakuan bapa terhadap emak, dia tidak pernah menyebut sekalipun tentang itu selepas kematian bapa. Apa yang selalu diucapkannya, “sudah dua minggu tidak zirah kubur bapa kamu.”

Baginya, tempoh dua minggu itu sudah terlalu lama.

Ini kisah lebih 40 tahun yang lalu…

 

Sabarnya Emak

“Emak, nak pergi memancing,” pintaku pada suatu pagi.

“Jangan! Nanti bapa kamu marah.”

“Tapi pergi memancing sahaja, bukan mandi.”

“Jangan, bapa kamu tidak bagi.”

“Bapa tidak bagi sebab takut saya mandi. Saya tak mandi, cuma memancing,” balas aku.

“Ha, pergilah. Jaga diri baik-baik. Jangan balik lewat. Jangan bergaduh.”

Itulah antara dialog aku dengan emak sewaktu di sekolah rendah. Emak memang mudah dikecek. Dia selalu mengalah. Bukan kerana lemah, tetapi kerana sifat lemah lembutnya.

Aku dididik mendirikan solat oleh emak. Sebagai pelajar sekolah agama yang cerdik, emak seorang yang taat mengerjakan solat. Aku masih ingat bagaimana seronoknya “membonceng” emak sewaktu emak sujud. Dan paling trill apabila emak bangun dari sujud kepada qiyam.

Itulah hiburan aku, yang paling aku ingat hingga kini. Seingat aku usia aku waktu itu baru enam atau tujuh tahun. Aku tidak pernah melihat emak marah atau merungut melainkan dibiarkannya sahaja aku berpaut di dagunya. Sekarang, apabila cucu sendiri berbuat demikian kepada aku, terasa juga rimasnya. Alhamdulillah, baru aku insafi emak rupa-rupanya sangat sabar.

 

Tulisan emak

Tulisan aku sangat dipengaruhi emak. Maksud aku bentuknya. Dulu, kami diajar menulis secara sambung di sekolah. Apabila kita sudah belajar tulisan sambung, menunjukkan kita telah naik kelas. Huruf S, R, F dan seumpama punya liuk-lentoknya tersendiri. Apabila pulang dari sekolah, emaklah yang jadi tumpuan aku.

“Emak, ajar tulis sambung,” pinta aku sebaik sampai di rumah. Emak senyum dan berkata, “pergi salin baju dan makan dulu!”

Emak pun dengan tekun mengajar aku. Tulisan emak cantik. Mesti condong ke kanan. Satu, satu, emak membantu dan memandu aku. Sehinggalah tulisan aku betul dan tersusun. Emak gembira, kalau tulisan aku dapat markah A. Dulu, kami belajar menulis dalam subjek yang dikenali sebagai ‘tulisan’ oleh guru-guru di sekolah rendah.

Ayat yang ditulis sama ada peribahasa, madah atau pantun. Semuanya membawa mesej yang sangat baik. Sambil mengindahkan tulisan, kita dididik dengan adab dan akhlak yang baik. Emak akan menerangkan maksud peribahasa atau madah yang aku tulis di sekolah apabila belajar menulis dengannya di rumah. Sehingga sekarang, apabila tulisan aku dipuji kecantikannya, aku teringat emak. Read the rest of this entry »

 
22 Comments

Posted by on 18 March 2016 in Iktibar Kisah

 

Tags: , ,