RSS

Tag Archives: Imam Muda

BAHAGIA ITU SATU JALAN BUKAN TUJUAN

th (2)

 

 

 

Pagi itu seorang muda bertemu saya. Wajahnya kacak, perwatakannya amat menyenangkan. Telah agak lama saya mengenalinya. Dia seorang yang petah berceramah. Kemampuannya membaca al-Quran juga baik sekali.

“Ustaz, saya ingin belajar daripada ustaz bagaimana membina kejayaan dalam hidup,” katanya sebaik sahaja memberi salam dan berjabat tangan.

Saya tersenyum.

“Mengapa kepada saya soalan ini ustaz ajukan?” balas saya kehairanan. Sepanjang hidup saya inilah kali pertama saya diajukan soalan yang sedemikian.

“Sebab saya lihat ustaz berjaya.”

Saya ketawa kecil. Senyum dan menepuk bahu ustaz muda di sebelah saya itu. Saya anggap itu doa buat saya.

 

Bahagia bukan pada Lahiriah

“Jika diukur pada kejayaan yang dinyatakan dalam surah al-Mu’minun, saya masih belum berjaya. Saya masih berusaha untuk berjaya. Solat masih belum khusyuk dan belum terjaga dengan sempurna. Masih banyak amanah yang belum ditunaikan.”

Kali ini dia pula senyum mendengar jawapan saya.

“Yang saya maksudkan ialah kejayaan ukuran lahiriah ustaz. Ukuran orang sekarang; memiliki profesion yang baik, pendapatan yang lumayan, nama yang popular, selebriti lagi,” katanya menjelaskan maksud pertanyaannya sejak awal perbualan kami.

Tanpa diminta beliau terus bercerita tentang kawan-kawan seangkatan dalam kalangan para ustaz muda. Menurutnya, ada antara sahabat-sahabatnya yang berjaya memiliki profesion yang baik, berniaga dengan pendapatan lumayan dan ada juga menjadi selebriti.

Lalu semua itu menimbulkan tanda tanya dalam dirinya, apakah dia juga perlu mempunyai sasaran yang begitu? Apakah itu jalan yang akan membawa kepada kejayaan? Read the rest of this entry »

 
20 Comments

Posted by on 21 January 2016 in Kemudi Hati

 

Tags: , ,