Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Pernah juga pada satu ketika yang lain seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?
Kedua-dua soalan ini jelas menunjukkan semacam ada satu dilema (kalau tidak pun satu konflik) antara memperjuangkan Islam dengan Melayu di kalangan kita. Soalan ini sangat menarik untuk diangkat menjadi satu persoalan, justeru mungkin ini antara satu faktor Yang menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini.
Persoalan ini bukan sahaia telah diiadikan bahan polemik di kalangan ahli akademik, bahkan ia juga kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya. Misalnya, kerap kita dengar hujah yang mengatakan Islam itu agama manakala Melayu itu satu bangsa. Oleh kerana itu, perjuangan Islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan Melayu Yang bersifat sempit
Maka menurut golongan tersebut memperjuangkan Islam jauh lebih relevan daripada memperjuangkan Melayu. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat ‘asabiyah qaumiyah’ dan itu adalah warisan jahiliyah. Sebaliknya, bagi mereka yang memperjuangkan bangsa pula beranggapan bahawa apa yang mereka perjuangkan adalah tidak bertentangan dengan Islam kerana Rasulullah s.a.w. juga secara tidak langsung memartabatkan kedudukan bangsa Arab sewaktu memperjuangkan Islam dahulu. Read the rest of this entry »








Sepatutnya perjalanan saya sekeluarga ke JB hujung minggu lalu untuk menghadiri majlis konvokesyen anak yang kedua penuh dengan kegembiraan. Namun sebaliknya berlaku. Fikiran dan perasaan kami sekeluarga masih terusik kenangan sedih atas pemergian Allahyarham Ustaz Asri. Sepanjang perjalanan kami memutarkan nasyid-nasyid seperti kebiasaannya. Apabila tiba kepada nasyid yang dikumandangkan oleh Allahyarham, tanpa disedari air mata mengalir. Sebak. Terlalu sebak. Al Fatehah…
Saya sangat terkesan dengan tulisan yang dikirimkan oleh seorang pengunjung blog (rujuk tulisan itu di :
Ungkapan hukama itu menerjah hati saya sepanjang perjalanan KL-IPOH. Sebuk memang sebuk, tapi apakah kesebukan ini jadi ibadah? Ya, saya berharap sangat mudah-mudahan keletihan ini kerana ibadah, doa saya dalam dengus nafas yang perlahan. Ya, hari-hari yang berlalu terlalu laju. Pulang dari Sri Pengantin Resort di Janda Baik, saya terus berkejar ke Ipoh. Dan akan terus ke Lembah Azween di Hulu Langat, mengendalikan program penghayatan nilai rakyat melalui solat.
“Nak panggil encik ke ustaz?”
Pagi ini saya rasa terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang nasyid. Walaupun sudah lama saya tidak mengirim lirik nasyid, namun saya tetap mengikuti perkembangan dari jauh. Saya turut mendengar respons, kritikan bahkan “kecaman” kepada nasyid dan penasyid-penasyid yang ada. Walaupun, apa yang saya dengar dan lihat tetap tidak boleh dijadikan rujukan muktamad atas sifatnya yang khusus malah mungkin terpencil. Tetapi sekali-skala datang rasa bimbang juga… ke mana hala tuju nasyid sekarang? Lalu saya catatkan catatan ini sekadar renungan pada pagi Jumaat yang mulia ini…
Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Saya benar-benar resah dengan perkembangan politik Melayu sekarang. Apa yang sedang berlaku? Di mana letaknya keyakinan, keimanan dan adab-susila kita dalam berpolitik. Wajah politik Melayu sangat hodoh! Saya berdoa agar muncul lebih ramai ahli politik yang benar-benar mampu membawa kita ke arah yang lebih jernih dan bersih.
Melayu boleh kerana Islam boleh!












