RSS

Tag Archives: isteri solehah

PESAN UNTUK SUAMI

Ingatlah terakhir Rasulullah SAW yang berpesan terus kepada suami. Rasulullah SAW,” sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.”

Rasulullah SAW menyambung lagi, “layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

Begitulah seriusnya Rasulullah SAW mengingatkan para suami tentang tanggung jawabnya terhadap isteri. Justeru, keluarga adalah teras dan asas dalam perhubungan antara manusia dengan manusia sebelum adanya hubungan masyarakat, negara dan ummah. Jika hubungan keluarga sudah berantakan, maka hancurlah hubungan-hubungan yang lain. Dan di dalam sebuah rumah tanggalah tegaknya kepimpinan seorang lelaki bernama suami. Jangan harap seseorang mampu memimpin ummah sebelum berjaya memimpin orang rumah.

Sebuah rumah-tangga juga bolehlah diumpamakan sebagai  sebuah kapal yang sedang belayar. Suami ialah nakhodanya. Peranan nakhoda sangat penting kerana dia bukan sahaja perlu memastikan keselamatan para penumpang tetapi pada masa yang sama dia perlu memastikan kapal yang dikemudikannya itu sampai ke matlamat. Begitulah suami, dia mesti menyelamatkan isterinya daripada kesengsaraan hidup dunia sekali gus mencapai keredaan Allah di akhirat.

Sehubungan dengan itu terdapat beberapa keperluan (zahir dan batin)  yang mesti diusahakan oleh seorang suami sebagai melengkapkan infra struktur dan prasarana dalam menyara hidup, mendidik dan memimpin isterinya. Tugas memenuhi keperluan ini merupakan tanggung-jawab paling asasi dan faktor yang paling kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalannya dalam sesebuah rumah-tangga.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 10 March 2017 in Tarbiyah

 

Tags: ,

RAMALAN CUACA…RUMAH TANGGA

“Ah, saya paling bertuah. Paling bahagia,” kata seorang sahabat saya beberapa hari selepas  pernikahannya. Jarinya masih merah. Wajahnya berseri-seri.

“Untung aku ikut pilihan Tok Guru.. sudahlah cantik, solehah pula,” pujinya sambil tersenyum lebar.

Saya yang menziarahinya turut gembira.

“Apa pesan abang ya?” tanyanya.

Saya menepuk bahunya perlahan-lahan. Hidangan yang dijamu oleh suami isteri yang baru seminggu berkahwin itu saya jamah sepenuh hati. Enak. Benar bila hati gembira… semua menjadi gula — manis.

Melihat mood yang begitu. datang pula usikan kenangan saya sendiri ketika jadi “orang baru” 30 tahun yang lalu.

“Nasihat apa ya? Semua nampak ok,” balas saya.

“Ya. bang. Memang tepat pilihan Tok Guru saya. Sukar hendak membayangkan betapa gembiranya hati ini.”

Sah, saya sedang berhadapan dengan orang yang berada di ‘alam lain.’ “Dalam gembira kita perlu bersedia untuk berdepan dengan kesusahan. tusuk saya hampir berbisik.

Dia tersentak.

“Dalam manis mesti ada yang pahit,” tambah saya lagi.

“Saya kenal isteri saya bang. Insya-Allah, yang pahit pun akan bertukar jadi manis,” jawabnya. Senyumannya terus melebar.

“Tidak, awak belum kenal lagi dengan isteri awak,” pintas saya.

“Kami sudah terlalu rapat. Tidak ada siapa dapat memisahkan kami. Dia adalah jawapan doa saya selama ini.”

Wah, katanya persis penyair. Cinta, benar-benar ajaib. Bila jatuh cinta, seorang lelaki akan bertukar menjadi penyair. Tetapi bila cinta diuji, usia rumahtangga bertambah dan mula dilanda masalah, seorang lelaki akan bertukar menjadi ‘ahli falsafah’. Saya senyum sendirian.

“Allah akan menguji kita melalui orang yang paling kita sayang,” kata saya.

“Macam mana tu?”

“Orang yang paling kita sayanglah boleh bertukar menjadi orang yang paling kita benci,” balas saya.

“Saya tidak akan membencinya!” Read the rest of this entry »

 
5 Comments

Posted by on 14 February 2017 in Zikir & Fikir

 

Tags: , , ,