RSS

Arkib Label: itqan

MENJANGKAU PASCA RAMADAN

Walaupun Ramadan belum berakhir, tetapi tidak salah kalau kita muhasabah ke hadapan. Maksudnya, kita gerakkan hati dan fikiran kita untuk melihat apa yang akan kita  ‘dapat’ atau siapa kita akan ‘jadi’ pasca Ramadan ini. Supaya dengan itu, kita belajar menghargai detik Ramadan yang masih berbaki. Jangan sampai bila ia berlalu, kita menepuk dahi… kesal kenapa kita tidak mendapat apa-apa atau diri masih di takuk lama.

Bukankah Rasulullah SAW sendiri mengingatkan dalam sebuah hadisnya, betapa ada muslim yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan tidak mendapat apa-apa daripada Qiamullailnya melainkan letih dan kepenatan berjaga malam semata-mata.

Apakah hasil yang kita harapkan selepas berpuasa di bulan Ramadan? Apakah bentuk manusia yang kita akan jadi selepas keluar dari ‘kem latihan’ Ramadan ini? Ya, mari bermula dengan satu pengakiran – menjangka hasil akhir ketika memulakan. Supaya dengan ini, puasa yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini akan kita laksanakan penuh keikhlasan dan pengharapan. InsyaAllah agar segala dosa terampun, dan kita meningkat menjadi insan yang lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Ingatlah, bahawa tujuan berpuasa adalah untuk melahirkan taqwa. Orang yang bertaqwa itu sangat berhati-hati menjaga hukum Allah. Dia juga akan mencegah dirinya daripada berbuat sesuatu yang diharamkan Allah. Begitulahlah erti taqwa – sentiasa  berhati-hati dan sentiasa mencegah diri daripada segala yang dimurkai Allah. Persis seperti yang digambarkan oleh Ubai bin Kaab, apabila ditanya oleh Sayidina Umar tentang taqwa. Kata Ubai, “seperti seorang yang sedang melalui jalan yang penuh duri.” Maksudnya, sangat berhati-hati agar tercegah daripada memijak duri!

Dan sudah sewajarnya keluar sahaja daripada madrasah Ramadan, umat Islam sudah mencapai taqwa. Dia akan berhati-hati apabila hendak bercakap, belajar, makan, bertindak, berfikir dan bertindak agar sentiasa berada dalam keredaan Allah. Dia tidak sembarangan lagi berbuat sesuka hati melainkan terlebih dahulu merujuk kepada hukum Allah yang lima – halal, haram, sunat, makruh dan harus. Daripada persoalan sekecil-kecilnya, seperti masuk ke dalam tandas sehingga mengatur dan memimpin urusan negara.

Taqwa itu berada di dalam diri. Rasulullah SAW menunjukkan ke dadanya, apabila memberi penjelasan tentang taqwa. Namun, yang di dalam hati itu akan memberi kesan kepada luaran, justeru hati itulah yang mengawal segala perlakuan. Walaupun taqwa itu nilai seseorang di sisi Allah, namun kesannya begitu besar kepada hubungannya sesama manusia. Manusia bertaqwa, akan berakhlak dengan manusia. Tegasnya, siapa yang paling akrab dengan Allah, seharusnya dia juga paling intim dengan manusia. Habluminallah dan habluminannas saling berkaitan. Read the rest of this entry »

 
20 Komen

Posted by di 7 Ogos 2012 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

PENANGAN ‘AIR TANGAN’

air-tanganMasakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan ‘air tangan’. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak ‘terlarut’ bersama bahan-bahan masakan.  Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 22 Januari 2009 in Tarbiyah

 

Label: , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,164 other followers