RSS

Tag Archives: KAYA

KAYA HARTA MISKIN JIWA

Kita tidak akan mendapat dua perkara pada satu-satu masa. Apabila kita mendapat sesuatu, maka kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Justeru pastikan apa yang kita dapat lebih berharga berbanding apa yang kita hilang. Itulah yang sering dipesankan oleh ahli hikmah. Pesanan tentang kehidupan. Itulah inti permasalahan yang saya bincangkan bersama seorang sahabat lama beberapa bulan yang lalu. 

Sepi Dalam Kesibukan

Sungguh, dia kelihatan berbeza sekali hari itu. Sinar matanya yang dulu bercahaya kini redup. Pakaiannya walaupun daripada jenama yang mahal agak kusut. Rambut di bahagian hadapan kepalanya kian jarang. Hampir botak. Dia memang kelihatan lebih kaya, tetapi kehilangan gaya.

“Aku sibuk sungguh tiga empat tahun kebelakangan ini. Perniagaan menjadi-jadi.  Aku semakin diburu masa,” katanya terus terang.

“Sudah lama kita tidak bertemu,” tingkah saya perlahan.

“Bukan kau seorang sahaja, ramai rakan baik aku yang lain pun tidak dapat aku temui. Sibuk.”

“Kau okey?” tanya saya pendek.

Dia diam. Diam yang panjang.

“Tidak tahulah, okey ke tidak.”

Dengan jawapan itu saya tahu dia keliru. Mungkin terlalu keliru sekarang.

“Mesti okey. Rumah-rumah, kereta-kereta dan harta yang kau kumpul sekarang sudah cukup untuk diwariskan kepada anak-anak,” ujar saya.

“Ikut aku belum lagi. Aku mahu cucu-cucu aku juga menikmati harta peninggalanku. Aku mesti berniaga lebih gigih lagi.”

“Baguslah, kita bekerja atau berniaga seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi,” dorong saya.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini aku kesepian.”

“Kesepian dalam kesibukan? Mana mungkin.”

“Betul. Aku rasa semakin keseorangan.”

“Bukankah rakan-rakan perniagaan kau banyak? Urusan perniagaan kau pun sering membuka ruang untuk keluar negara. Keseorangan, apa maksudmu?”

“Aku tidak ada rakan-rakan seperti kau. Boleh berbual-bual tentang diri, anak-anak dan lain-lain perkara yang lebih intim sifatnya.” Read the rest of this entry »

 
6 Comments

Posted by on 19 January 2017 in Tarbiyah

 

Tags: , , ,

SIKAYA YANG ‘DIMISKINKAN’ OLEH HARTANYA

67306_tampilan_rumah_bill_gates_dari_danau_washington_300_225Percaya tidak, acap kali apabila harta bertambah, kita  seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain. Keinginan kita menjadi semakin besar dan  bertambah.

Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta… burulah. Namun ingat, itu cuba alat, bukan matlamat.

Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan akhirat.

Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang terusik… mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah, layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya. Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan semat-mata. Ironinya, sikaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’  di rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang  terhimpit. Read the rest of this entry »

 
31 Comments

Posted by on 27 August 2013 in Tarbiyah

 

Tags: , , , ,