RSS

Tag Archives: kerajaan

MELAWAN ARUS


MELAWAN ARUS

“Para Rasul itu bangun memberontak untuk mengubah hati nurani manusia, bukan untuk menukar sistem ekonomi dan pentadbiran. Apabila hati nurani manusia sudah berubah, maka sistem yang lain-lain akan menyusul secara otomatik.” 

(Dariku hanya sebuah cerpen… MELAWAN ARUS… renungkanlah)…

“TOK GURU, kita sudah terkepung. Bala tentera Datuk Sagor sudah sedia menyerang. Mereka tak sabar lagi untuk memerangi kita. Mereka hanya menunggu arahan Tok,” kata Jamil murid kesayangannya.

Dia tenang. Kata-kata Jamil itu sedikitpun tidak menggoncangkan hatinya. Jiwanya teguh. Bagai tiang madrasah kesayangannya yang terpacak kukuh.

Perlahan-lahan Tok Guru Saleh bersuara, “Aku tahu. Bersabarlah. Yang mereka hendakkan aku. Biar aku menyerah. Biar tak ada darah yang tumpah. Kita berserah kepada Allah Taala.”

Sekali-sekala di dalam gelap muncul wajah Tok Guru Imran, sahabat sepengajiannya waktu menuntut ilmu dengan Tok Ku Pulau Lebar empat puluh tahun yang lalu.

“Kerajaan Sagor itu mungkar. Pemerintah jahiliah warisan Abu Jahal kita gulingkan sahaja. Ayuh kita kumpulkan senjata dari sekarang Saleh. Kita amuk dan tegakkan hukum Tuhan atas runtuhan jahiliah itu nanti.”

Masih basah di ingatannya pada kata-kata Imran. Dalam kenangan Tok Guru Saleh masih terbayang raut wajah Tok Guru Imran yang merah, garang dan berapi-api ketika mengajaknya bergabung tenaga melancarkan Perang Sabil ke atas Kerajaan Datuk Sagor.

“Sudah ada di kalangan tenteramu yang menzalimi puasa siang dan malam?” tanya Tok Guru Saleh. Pertanyaan itu memulakan silat lidah antara Tok Guru dengan sepengajian itu.

Tok Guru Imran diam. Pertanyaan itu ternganga tidak berjawab.

“Atau melazimi puasa siang walaupun tak sembahyang malam?”

Tok Guru Imran masih terdiam.

“Atau melazimi sembahyang malam walaupun tak puasa siang?”

Tok Guru Imran masih terus diam.

“Kau belum bersedia. Kalau syaitan dan nafsu belum diperangi, jangan berani memerangi orang lain. Kecundang kita, buruk padahnya. Terhina di dunia, terhina di akhirat. Lagipun itu bukan caranya menegakkan Islam,” syarah Tok Guru Saleh bertubi-tubi. Walaupun kata-katanya bermaksud dalam dan tersirat tetapi tidak ada kasar terluah. Perlahan dan lembut.

Masih terbayang dalam ingatannya  bagaimana murid-murid kanan Tok Guru Imran yang berada di belakang mencebik.

“Usah layani dia Tok. Dia pengecut. Dia gementar dengan pedang-pedang tentera Pulau Delima. Dia redha dengan kemungkaran Datuk Sagor.”

Tok Guru Saleh berdiam diri.

“Kau jumud. Tidak tegas…!” lantang tuduhan Tok Guru Imran kepadanya. Read the rest of this entry »

 
38 Comments

Posted by on 10 July 2011 in Tarbiyah

 

Tags: , , ,

JANGAN TERLALU CINTA, JANGAN TERLALU BENCI…

91089773Filem pendek Perjalanan Hidup Sang Murabbi begitu menggugah jiwa saya. Walaupun pendek dan sederhana serta biasa-biasa sahaja… namun mesejnya melekat di hati.

Ya, kisah perjalanan hidup seorang pemuda yang sangat cintakan dakwah. Selepas menonton di rumah bersama isteri dan anak-anak.. saya mengirim SMS kepada sahabat yang menghadiahkan saya filem tersebut.

SMS itu hanya untuk meluahkan rasa hati dan terima kasih kepadanya. Saya catatkan:
“Syukran kerana memberi ana Sang Murabbi. Persoalan yang ana tagih melalui pelbagai jalan, Allah berikan jawapan jua melalui hadiah ustaz ini.”

“Ana nak hidup dan mati seperti Sang Murabbi itu. Amin. Pergolakan jiwa dan kata-kata hati selepas umrah tempoh hari telah terungkai. Alhamdulillah, syukran sekali lagi!”

Bahang Sang Murabbi itulah yang membakar semangat… makanya, selepas Subuh pagi tadi, hati berdetak kembali untuk memaparkan satu pandangan di tengah kecelaruan sikap, adab dan cakap-cakap dewasa ini. Apa pun yang berlaku di luar sana… tidak akan memadamkan apa yang berkobar-kobar di sini. Hidup hakikatnya mempunyai dua sempadan – harapan dan ajal. Dengan harapan kehidupan terpelihara dan dengan ajal kehidupan berhenti.

Dan dengan harapan itulah kita akan terus berusaha – mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain. Kita tidak boleh “menjatuhkan hukuman” selagi hidup ini belum tamat. Yang jahat, diharap menjadi baik. Yang baik, diharap menjadi lebih baik. Berilah harapan… kerana Tuhan pun sentiasa memberi harapan, lalu diancam-Nya siapa yang putus asa dengan kekafiran!

Kali ini saya ingin menyentuh tentang CINTA dalam “keluarga” yang lebih besar yakni cinta dalam sebuah negara. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu berci. Ya, beginilah tulisan itu bermula… Read the rest of this entry »

 
10 Comments

Posted by on 15 November 2009 in Zikir & Fikir

 

Tags: , , , ,

DIPERCAYAI LEBIH UTAMA DARIPADA DICINTAI

menu hatiRamai sahabat yang menggiat agar saya mengulas  isu-isu politik kontemporari. Tetapi saya belum tergerak untuk itu. Sikap tidak berpihak kepada mana-mana parti politik bukan ertinya saya tidak berpendirian. Tetapi itulah pendirian saya.

Politik terlalu kompleks dan saya tidak punya ilmu, maklumat dan pengalaman mendalam mengenainya. Jadi biarlah saya menulis sesuatu yang benar-benar saya fahami, hayati dan rasai. Biarlah orang yang benar-benar “ahli” menanganinya. Jika tidak, yang keruh akan bertambah hodoh!

Pernah saya mendapat teguran daripada seorang pengunjung blog yang menyifatkan jalur dakwah berbanding siasah yang saya pilih sekarang adalah suatu langkah yang tidak praktikal dan tidak sunnah.

Saya diamkan saja, namun tegurannya saya paparkan. Tentu dia punya sebab untuk berkata demikian, saya hormatinya. Dan saya juga ada sebab untuk bersikap begini. Saya harap pendirian saya juga dapat difahami. Mudah-mudahan kita semakin  matang menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan.

Sebahagian pandangan politik saya telah saya jelaskan dalam buku DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR? Insya-Allah, sedikit sebanyak input-input dalam buku itu mula dihadam oleh khalayak. Soal diterima atau ditolak, itu soal kedua.  Sekurang-kurangnya saya sudah berbuat sesuatu untuk menyatu padukan saudara seagama dan sebangsa.

Selain itu saya terus melaksanakan berbagai-bagai program latihan dalam agensi swasta, badan-badan korporat dan kerajaan serta tazkirah-tazkirah di surau & masjid. Dengan keterbatasan waktu, saya turut menulis beberapa buah buku dan artikel-artikel di dalam majalah. Mudah-mudahan, dalam usaha memperbaiki diri sendiri… dapat disepadukan untuk menyeru orang lain.

Mudah-mudahan  Allah izinkan  kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.   Read the rest of this entry »

 
10 Comments

Posted by on 6 November 2009 in Politik / Siasah

 

Tags: , , , ,