RSS

Tag Archives: majlis Zikir

SEORANG SUFI YANG ‘MENINGGAL’ DUNIA!

 

th (1)Dia punya kedudukan yang baik. Berharta orangnya. Sebagai ketua sebuah syarikat perniagaan yang maju, dia menjadi ikon kepada usahawan-usahawan Muslim yang lain. Namun sejak kebelakangan ini dia telah berubah.

“Alhamdulillah aku tenang sekarang. Tiada kesibukan lagi. Aku tenang setenang-tenangnya.”

“Bagaimana dengan orang sekelilingmu?”

“Maksudmu?”

“Pekerja-pekerja dan kakitangan syarikatmu,” jawab saya pendek.

“Mengapa tiba-tiba kau bertanyakan tentang pekerja-pekerjaku?”

 “Mestilah. Bukankah kita tidak akan tenang selagi orang di sekeliling kita tidak tenang? Orang yang tenang mampu memberi ketenangan kepada orang di sekelilingnya,” jelas saya. Teringat saya akan ungkapan orang yang bijaksana: “Seseorang tidak akan bahagia selagi orang di sekelilingnya tidak bahagia.”

Begitulah juga dengan ketenangan. Orang yang tenang akan dapat memberi ketenangan kepada orang di sekelilingnya.

Sebenarnya, ada sebab saya bertanya kepadanya begitu. Saya diberitahu oleh pengurus syarikatnya bahawa sudah hampir tiga bulan pekerja-pekerja bawahan tidak mendapat gaji. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini!

“Bagiku dunia ini menipu. Aku ingin mencari sesuatu yang abadi. Dan aku temuinya dalam zikir. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Itu pasti!” Read the rest of this entry »

 
8 Comments

Posted by on 30 November 2015 in Tarbiyah

 

Tags: , , , ,

BIAR TAK SENTAP ASALKAN MENYERAP

Hidayatus Salikin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Air mata mengalir tanpa disedari. Terasa betapa kasih sayang para ulama silam dalam mendidik masyarakat untuk mencintai Allah dan RasulNya.       Walaupun hanya lebih kurang sejam, Syeikh Fahmi Zam Zam dalam majlis yang dianjurkan oleh IKIM itu, telah dapat menyampaikan intipati ilmu yang dinukilkan oleh Syeikh Abdul Samad Al Falimbani dalam kitab Hidayatus Salikin.

 

Ramai yang menahan sendu. Majlis ilmu itu benar-benar menusuk kalbu. Dewan besar IKIM itu menjadi gelanggang menimba ilmu dan tarbiah. Dari fikir menjadi zikir. Dan dari zikir kembali menjadi fikir. Begitulah silih berganti. Walaupun kitab Hidayatus Salikin hanya membicarakan soal ilmu dan adab, tetapi daya sentuhan yang menyambung kewibawaan kitab induk yang menjadi rujukannya yakni Ihya’ Ulumuddin… sangat meresap ke dalam hati.

 

Walaupun kitab Hidayatus Salikin menukilkan tentang amalan-amalan asas seperti keutamaan ilmu, solat, adab dalam pergaulan dan lain-lain, tetapi huraian Syeikh Fahmi Zam Zam tetap menusuk ke hati apabila beliau mengaitkan semua itu kepada tujuan utama ilmu… yakni beramal untuk mendapat keredaan Allah. Benarlah seperti yang dinukilkan oleh   Atha’ rahimahullah: ‘Majlis zikir adalah majlis halal dan haram, yang membicarakan bagaimana menjual dan membeli, bagaimana solat, nikah, talak, haji dan sebagainya’.” (Shahih Al Adzkar) Read the rest of this entry »

 
11 Comments

Posted by on 13 November 2015 in Tarbiyah

 

Tags: , , ,