RSS

Tag Archives: masalah rumah tangga

RAMALAN CUACA…RUMAH TANGGA

“Ah, saya paling bertuah. Paling bahagia,” kata seorang sahabat saya beberapa hari selepas  pernikahannya. Jarinya masih merah. Wajahnya berseri-seri.

“Untung aku ikut pilihan Tok Guru.. sudahlah cantik, solehah pula,” pujinya sambil tersenyum lebar.

Saya yang menziarahinya turut gembira.

“Apa pesan abang ya?” tanyanya.

Saya menepuk bahunya perlahan-lahan. Hidangan yang dijamu oleh suami isteri yang baru seminggu berkahwin itu saya jamah sepenuh hati. Enak. Benar bila hati gembira… semua menjadi gula — manis.

Melihat mood yang begitu. datang pula usikan kenangan saya sendiri ketika jadi “orang baru” 30 tahun yang lalu.

“Nasihat apa ya? Semua nampak ok,” balas saya.

“Ya. bang. Memang tepat pilihan Tok Guru saya. Sukar hendak membayangkan betapa gembiranya hati ini.”

Sah, saya sedang berhadapan dengan orang yang berada di ‘alam lain.’ “Dalam gembira kita perlu bersedia untuk berdepan dengan kesusahan. tusuk saya hampir berbisik.

Dia tersentak.

“Dalam manis mesti ada yang pahit,” tambah saya lagi.

“Saya kenal isteri saya bang. Insya-Allah, yang pahit pun akan bertukar jadi manis,” jawabnya. Senyumannya terus melebar.

“Tidak, awak belum kenal lagi dengan isteri awak,” pintas saya.

“Kami sudah terlalu rapat. Tidak ada siapa dapat memisahkan kami. Dia adalah jawapan doa saya selama ini.”

Wah, katanya persis penyair. Cinta, benar-benar ajaib. Bila jatuh cinta, seorang lelaki akan bertukar menjadi penyair. Tetapi bila cinta diuji, usia rumahtangga bertambah dan mula dilanda masalah, seorang lelaki akan bertukar menjadi ‘ahli falsafah’. Saya senyum sendirian.

“Allah akan menguji kita melalui orang yang paling kita sayang,” kata saya.

“Macam mana tu?”

“Orang yang paling kita sayanglah boleh bertukar menjadi orang yang paling kita benci,” balas saya.

“Saya tidak akan membencinya!” Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by on 14 February 2017 in Zikir & Fikir

 

Tags: , , ,