RSS

Arkib Label: melayu

MERDEKAKAH KITA?

download

Setelah lima puluh enam tahun merdeka…

Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah

merancang dan melaksanakan pembaharuan

mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?

menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan

menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya

menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri

menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi

Ah, melayukah Melayu ini?

yang melarat di pertiwi sendiri?

 

Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB

Takah 30% kabur,

langkah mencapainya sering terbentur

usahawan kecil lemas dalam bantuan

korporat ‘instant’ tenggelam dalam pinjaman

Lahir segelintir elit ekonomi yang lupa jati diri

kaya raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa

Lahir pula usahawan marhein yang miskin

Walau ilmu ditabur modal dihulur,

tapi bisnes tak ‘betul-betul’

‘berniaga buluh kasap’

modal habis untung lesap!

bankrap terlalu kerap – itu bukan lagi sesuatu yang hina

tapi satu strategi penuh rencana

 

Dasar Pelajaran Kebangsaan masih impian

Bila pelajar Melayu terus ketinggalan

Di IPTA atau di IPTS  -  dari segi kuantiti atau kualiti

bilangan mahupun kelulusan… siswazah Melayu masih pinggiran

soal kuota tak terisi atau kantung ibu-bapa yang tak berisi?

bahana idealisme atau bahang hedonisme?

kata seorang pengkaji: Itu gara-gara makanan Melayu tidak bergizi

kata media Melayu: Itu angkara sikap yang terlalu dimanjakan

kata pemimpin: Itu akibat malas, lembab dan tak mahu bersaing

ah, ketika begini teringat pula lagu lama – lagu Melayu

‘bangau, oh! bangau…’

bila  semua pihak saling menuding jari

demi menyelamatkan maruah diri Read the rest of this entry »

 
22 Komen

Posted by di 31 Ogos 2013 in Semasa

 

Label: , , , ,

CERITA BENAR BUAT IKTIBAR

  1. 936398_196859210461661_1971519674_n1.    WALAU SESUDAH KEMATIANNYA…

Kami berbual tidak panjang. Hanya seketika dia menghabiskan catatan dalam buku harian kerjanya, mungkin. Dan saya menunggu giliran untuk masuk melawat ahli keluarga yang sakit.

“Alhamdulillah, sekarang majoriti  jururawat beragama Islam menutup aurat,” kata saya kepada seorang jururawat senior yang duduk berdepan dengan tempat saya menunggu.

“Satu perjalanan panjang. Proses yang berliku-liku, akhirnya Allah izinkan jua kami menutup aurat,” balasnya dengan senyuman.

“Tentu ada kenangan yang manis, “ jolok  saya untuk menghidupkan perbualan.

“Memang ada…. sampai sekarang masih menjadi ingatan, aspirasi dan pembakar semangat saya. Maklumlah, ujian pasti datang bertali arus. Tetapi saya dapat kekuatan setiap kali mengenangkan peristiwa itu.”

Dia pun mula bercerita. Cerita lama. Telah berlaku lebih kurang  30 tahun yang lalu.

“Ketika itu saya masih bertugas di sebuah hospital besar di sebuah bandar. Masa tu saya sendiri masih ‘free hair’.  Pada waktu itu menutup aurat pada wanita yang berkarier masih menjadi larangan. Masyarakat masih memandang serong hukum menutup aurat….” Dia mula bercerita.

“Satu hari seorang wanita awal akhir 20’an, seingat saya, dimasukkan ke dalam wad yang saya menjadi antara petugasnya yang menjaganya. Sakitnya agak kronik. Wanita ini sangat baik, tutur katanya lembut dan berakhlak. Dia paling menjaga waktu solat dan sentiasa dalam keadaan menutup aurat. Maklumlah ada juga petugas dan doktor lelaki yang bertugas di dalam wad tersebut…”

Saya menanti di mana ‘istimewanya’ kisah wanita menutup aurat itu.

“Acap kali dia pengsan. Sebaik tersedar, pertanyaan pertamanya  ialah, apakah sudah masuk waktu solat? Kemudian dengan cepat dia akan membetulkan kain tudung yang menutup auratnya.  Dia sangat cakna dan prihatin betul dengan solat dan auratnya.”

“Lama dia di dalam wad. Perihal sikapnya yang sangat menjaga waktu solat dan penutupan aurat itu sudah menjadi ‘trade mark’nya dan telah dimaklumi oleh petugas hospital dan pesakit di wad berkenaan. Bukan sahaja yang muslim, malah doktor dan petugas bukan Islam pun menghormati prinsip wanita tersebut. Mereka akan berhati-hati apabila berdepan dengannya. “

“Bagaimana dengan sikapnya yang lain?” tanya saya.

“Sikapnya yang lain?”

“Maksud saya dengan keperibadiannya selain solat dan menutup aurat?”

“Dia baik dan hormat dengan semua orang, tidak kira Islam atau bukan Islam. Walaupun menutup aurat, penampilannya sangat dijaga. Sangat menjaga kebersihan dan  masa. Tapi itulah… sakit barahnya sudah sangat parah. Tahap kritikal. Kira-kira 2 bulan kemudian dia meninggal dunia. Hari kematiannya itu yang paling mengesankan…”

Saya diam.  Saya melihat suaranya mula tersekat-sekat. Air matanya mula mengalir…

“Tak sangka lepas solat Subuh pagi itu dia meninggal dunia. Ketika meninggal dunia kain tudung yang menutup wajahnya terbuka sedikit kerana mukanya sudah jatuh di sebelah. Beberapa helai rambutnya terjuntai keluar. Bayangkan… seorang doktor bukan Islam segera berkata pada saya dan rakan jururawat yang lain, cepat-cepat tutup semula, rambutnya sudah terkeluar! ….

Saya terkejut. MasyaAllah.

“Tuan bayangkan, orang bukan Islam pun sangat menghormati prinsipnya. Seperti mana dia menjaga auratnya semasa hidup begitulah Allah jaga auratnya setelah meninggal dunia sehingga orang bukan Islam Allah gerakkan hatinya membantu menutup auratnya.”

“Sejak itu?”

“Sejak itu saya dan beberapa orang kawan lagi tekad menutup aurat. Mula-mula tu dengan berskaf sahaja. Lama-kelamaan meningkat sedikit demi sedikit sampailah semacam ni. Kami sangat tersentuh dengan sikapnya.”

Saya senyum. Begitulah hebatnya berdakwah melalui akhlak dan sikap. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah.  Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat… akan tekad mencari arah untuk terus mengalir. Read the rest of this entry »

 
32 Komen

Posted by di 7 Mei 2013 in Iktibar Kisah

 

Label: , , ,

DI MANA ALLAH?

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Solanya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan?

Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar. Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah.

 

Sebab pertama dan kedua dinamakan Iman – yakin kepada Allah dan Hari Akhirat. Kedua sebab itu menumbuhkan sebab yang ketiga yakni ukhwah atau persaudaraan (kasih sayang). Dengan iman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Jika ditanya, siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling kasih kepada Allah maka dialah yang paling kasih kepada manusia.

 

Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hambaNya. Allah minta manusia yang hendak mengasihiNya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hambaNya yang lain. Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang, keadilanNya kepada manusia.

 

Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini: Hanya orang yang hatinya benar-benat yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain. Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikitpun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berjati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura. Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi!

 

Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah tetapi meminggirkan hubungan sesama manusia. Inilah yang telah  menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, cinta kedudukan, dan obsesi ekonomi… kononnya untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain.       

 

Jangan kita lupa ‘yakin kepada Allah’ adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula ‘cinta kepada dunia’ itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan sekali-kali kita percaya dakwaan diri itu, keluarga itu, keluarga, pertubuhan, negeri atau negara itu untuk berjasa kepada manusia!

 

Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan akhlak Islamiah mesti mendominasi seruan-seruan yang lain. Dasar dakwah Islamiah adalah mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah. Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan Hari Akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – maksudnya, menggunakan nikmat dunia untuk menadapatkan kenikmatan syurga! Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam.

 

Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk difikirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para salafussoleh yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui apa masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu! Read the rest of this entry »

 
32 Komen

Posted by di 2 Disember 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

DAULATKAN AGAMA, MARTABATKAN BANGSA

Walau semudah mana sekalipun falsafah dan kerangka pemikirannya, tetapi apabila sifat takbur dan kepentingan diri serta puak berleluasa, seseorang tidak akan nampak jua kebenaran.

Inilah yang cuba saya peringatkan pada diri dan semua ketika dihadapkan persoalan – Dilema Melayu.

Saya sedar, pemikiran saya dalam buku Dilema Melayu: Kurang Fikir atau Kurang Zikir, tidak mendapat sambutan yang baik sepertimana input-input saya dalam buku Tentang Cinta, Nota Hati, Di Mana DIA di hatiku dan Mukmin Profesional (hanya buku itu yang tidak diulang cetak lebih  daripada sekali), tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengutarakan ‘pandangan-pandangan di luar kotak’ demi menyumbang sesuatu kepada masyarakat Melayu-Islam kita.

Saya berdoa semoga akan ada nanti pandangan yang membetulkan, melengkapkan atau memperincikan input yang saya tulis itu. Ketika bergaul dan melihat masyarakat – dari Kelantan, ke Selangor dan Kuala Lumpur – saya merumuskan, siapapun inginkan kebaikan, tetapi tidak semua inginkan kebenaran. Semua bencikan kejahatan, tetapi tidak semua bencikan kebatilan.

Kebenaran itu hanya pada Allah dan diletakkan-Nya pada Islam. Menerima Islam (kebenaran), menjemput datangnya kebaikan dan mengusir segala kejahatan. Malangnya, selimut kepentingan diri dan egoa kerap menutup pintu hati kita daripada menerima Islam secara total .

Sikap ‘separuh-separuh’ inilah musuh yang dihadapi oleh para Rasul. Sikap separuh-separuh dalam akidah inilah yang dinamakan syirik! Kita menerima Allah sebagai Pencipta, tetapi tidak menyerah seluruh pengabadikan kepada undang-undang dan peraturan-Nya.

Dan kemudian ia merebak kepada soal syariat dan akhlak. Akhlak kita hanya berfokuskan ‘kebaikan’ bukan kepada kebenaran. Syariat kita caca marba – yang ‘sesuai’ dan bermanfaat material kita ikuti, yang mana terasa mengikat dan menekan nafsu, kita katakan, “tunggu atau nanti dulu!”

Menerusi blog ini selalu saya sentuhkan persoalan cinta dan keluarga… kerana di sana NUKLEAS segalanya. Namun, sekali-sekala saya tidak dapat menahan diri daripada menyentuh soal masyarakat dan negara.

Saya bimbang, persoalan yang mudah dan jelas, seolah-olah sengaja dikusutkan hanya kerana adanya kepentingan diri dan puak – bukan oleh kepentingan agama, bangsa dan negara. Apakah ada dilema antara agama dan bangsa, Islam dan Melayu? Atau dilema itu hanyalah timbul kerana kejahilan dan kedegilan kita? Sama-samalah kita fikirkan. Namun bagi saya… jika Islam didaulatkan, insya-Allah Melayu akan dimartabatkan. Ikutilah tulisan ini sekadarnya…

DAULATKAN AGAMA, MARTABATKAN BANGSA

Kepentingan agama perlu didahulukan-kepentingan bangsa dan bahasa akan menyusul dengan sendirinya.Dimana kekuatan agama, bangsa dan bahasa? Adakah ketiga-tiganya satu atau terpisah? Jika persoalan ini dapat diselesaikan, maka perjuangan menegakkan islam, kepentingan Melayu dan bahasa, akan lebih jelas. Dan tentunya ini akan dapat mengurangkan konflik atau dilema yang kerap berlaku dalam usaha mendaulatkan agama, memperkuatkan bangsa dan memartabatkan bahasa. Read the rest of this entry »

 
21 Komen

Posted by di 20 Februari 2011 in Politik / Siasah

 

Label: , , , , , ,

KOMENTAR TENTANG BUKU DILEMA MELAYU-ISLAM

88434834Sepatutnya perjalanan saya sekeluarga ke JB hujung minggu lalu untuk menghadiri majlis konvokesyen anak yang kedua penuh dengan kegembiraan. Namun sebaliknya berlaku. Fikiran dan perasaan kami sekeluarga masih terusik kenangan sedih atas pemergian Allahyarham Ustaz Asri. Sepanjang perjalanan kami memutarkan nasyid-nasyid seperti kebiasaannya. Apabila tiba kepada nasyid yang dikumandangkan oleh Allahyarham, tanpa disedari air mata mengalir. Sebak. Terlalu sebak. Al Fatehah…

Saya baru pulang. Terlalu banyak “hutang” dengan pengunjung blog untuk ditunaikan. Izinkan saya menumpukan kerja traning dahulu. Saya akan ke Pahang esok. Begitu juga kerja-kerja penyemakan terakhir SOLUSI 11. Pagi tadi saya muncul seketika dalam segmen resensi buku di RTM 1 – mengulas tentang buku NOTA HATI SEORANG LELAKI. Alhamdulillah, sekadar dan setakat diizinkan Allah hari ini saya masih ok, walaupun masih batuk-batuk.

Dalam kesempatan ini saya “paste”kan sahaja pandangan seorang Profesor tentang buku saya DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR. Saya berdoa kecamuk politik orang Melayu-Islam, akan mereda sedikit dengan kedatangan Ramadan yang mulia. Harapan saya agar sikap cela mencela, remeh meremehkan dan tuduhan liar dapat diminimakan kalau tidak pun dihapuskan langsung.

Berikut saya lampirkan komentar Prof Puan Sri Dr Rohaty:

Saya amat tertarik dengan buku tersebut yang telah diperkenalkan kepada saya oleh Wan Ahmad Jailani Wan Ngah. Ini kerana buku tersebut merupakan satu usaha yang bersungguh sungguh untuk cuba memberi satu penawar kepada racun yang memerbahayakan “Kesehatan mental”orang orang Melayu samada dari puak PAS atau UMNO. Sebagai seorang pendakwah Pahrol sedar apa yang menghinggapi Bangsa Melayu dan Islam .Mungkin boleh saya katakan Pahrol sedih terhadap kemelut yang berlaku :konflik yang sentiasa menjadi batu penghalang kepada perpaduan umat Islam. Read the rest of this entry »

 
28 Komen

Posted by di 17 Ogos 2009 in Uncategorized

 

Label: , , , ,

CATATAN PERJALANAN : Dilema Melayu-Islam

“Beribadahlah sebanyak-banyaknya sehingga kamu letih untuk melakukan maksiat!ismailUngkapan hukama itu menerjah hati saya sepanjang perjalanan KL-IPOH. Sebuk memang sebuk, tapi apakah kesebukan ini jadi ibadah? Ya, saya berharap sangat mudah-mudahan keletihan ini kerana ibadah, doa saya dalam dengus nafas yang perlahan. Ya, hari-hari yang berlalu terlalu laju. Pulang dari Sri Pengantin Resort di Janda Baik, saya terus berkejar ke Ipoh. Dan akan terus ke Lembah Azween di Hulu Langat, mengendalikan program penghayatan nilai rakyat melalui solat.

Blog ini hanya dapat dijengah sepintas lalu. Saya ucapkan terima kasih yang sudi singgah dan kepada mereka yang meninggalkan “bekas” saya mohon maaf jika tidak dapat memberi respons dengan segera. Walaupun tidak sempat menulis untuk membalas, saya kepilkan sekilas doa untuk semua. Itu insya-Allah, lebih cepat kelajuannya… Teringat bagaimana satu ketika Sayidina Ali ditanya, berapa jauh antara langit dan bumi? Beliau menjawab,”hanya sekilas doa yang mustajab!”

Oleh sebab keletihan, saya terpaksa menaiki bas sahaja ke Ipoh awal minggu ini. Bertolak dari stesen bas jalan Duta jam 9 pagi. Dijangka sampai awal tengah hari dan akan mula membentangkan kertas kerja jam 8.30 malam. Saya tidak mampu memandu sendiri, kerana terlalu keletihan. Tempoh di dalam bas saya gunakan sepenuhnya untuk berehat. Sampai sahaja di Ipoh, terus menaiki teksi menuju Hotel Casuarina tempat dijadualkan berlangsungnya majlis muzakarah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak.

Walaupun kedua ibu-bapa saya di Ipoh, saya tidak terus ke sana. Saya khuatir dengan keletihan dan fokus saya pada apa yang hendak disampaikan nanti, saya “terkurang” melayani mereka. Lagipun, baru dua minggu yang lalu saya menziarahi mereka. Insya-Allah, lepas solat Subuh esok saya akan menziarahi mereka. Dalam diam, saya terus berdoa, semoga tindakan saya itu dimaafkan oleh mereka nanti dan diampunkan Allah. Reda Allah itu letaknya pada reda ibu-bapa.   Read the rest of this entry »

 
12 Komen

Posted by di 18 Julai 2009 in Politik / Siasah

 

Label: , , , ,

MENGISLAMKAN POLITIK ATAU MEMPOLITIKKAN ISLAM?


fikirSaya benar-benar resah dengan perkembangan politik Melayu sekarang. Apa yang sedang berlaku? Di mana letaknya keyakinan, keimanan dan adab-susila kita dalam berpolitik. Wajah politik Melayu sangat hodoh! Saya berdoa agar muncul lebih ramai ahli politik yang benar-benar mampu membawa kita ke arah yang lebih jernih dan bersih.

Saya bukan ahli politik, tetapi sangat prihatin dan meneliti perkembangan ini dengan doa dan harapan – mudah-mudahan akan ada cahaya yang bersinar di celah kegelapan dan kecelaruan politik Melayu. Ya, Allah bantulah saudara seIslamku…

Berikut saya sertakan sedutan daripada buku saya Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau kurang Zikir, yang  menyentuh persoalan  ini secara langsung atau tidak.  Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di 3 Februari 2009 in Politik / Siasah

 

Label: , , ,

MELAYU GANTI ARAB PIMPIN ISLAM?

83165589Melayu boleh kerana Islam boleh!

Orang yang bijak bukan sahaja dapat belajar daripada perkara yang baik, tetapi mereka juga mampu belajar daripada perkara yang buruk. Sayidina Ali r.a. berkata, “Orang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, tetapi dapat mencari kebaikan antara dua kejahatan.” Imam Ghazali juga pernah menyatakan, salah satu cara mengenal keaiban diri adalah dengan mendengar celaan musuh. Mari kita lihat kesan pencerobohan Amerika di Iraq dari dimensi yang unik ini. Malaysia walaupun agak jauh dari lokasi pergolakan itu, namun kita hakikatnya dekat sebab rakyat Iraq ialah saudara seagama kita. Lebih-lebih lagi agenda “Pax Americana” yang didukung oleh Presiden-presiden Amerika sejak dahulu bukan hanya untuk Arab-Muslim tetapi juga untuk muslim Melayu, Pakistan dan lain-lain…

Cabaran luaran pada asasnya ialah satu proses membina kematangan dalaman. Setelah melalui proses pengukuhan dalaman pasca merdeka, Melayu Islam kini sudah sampai ke tahap perlukan cabaran luaran (dalam konteks ini Barat dan Amerika) untuk muncul sebagai satu bangsa yang unggul bertaraf dunia. Keadaan ini samalah seperti seorang peninju yang memerlukan seorang “sparing partner” yang handal dalam usahanya menjadi juara. Inilah hikmah tersirat di sebalik “pil-pil” pahit – tragedi di Iraq, Afghanistan, Palestin dan lain-lain lagi. Semua itu mengejutkan kita daripada lena yang panjang dalam kitaran jatuh bangun bangsa-bangsa di dunia. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Disember 2008 in Politik / Siasah

 

Label: , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,099 other followers