RSS

Arkib Label: MEMBERI

KETAWA YANG AKHIR…

Keyakinan kepada Hari Akhirat sangat penting ketika hidup di dunia. Itulah prinsip yang menjadikan manusia mampu melaksanakan kebaikan walaupun sekiranya tidak mendapat penghargaan atau ganjaran. Dan itulah juga penghalang untuk tidak melakukan kejahatan sekalipun terlepas daripada undang-undang dan pemerhatian orang. Justeru, dunia tidak adil. Acapkali orang baik ditindas dan dizalimi. Manakala orang jahat pula yang disanjung dan dipuja.

Apakah kerana dunia tidak adil kita akan berhenti melakukan kebaikan? Tidak. Orang beriman akan terus membuat kebaikan kerana yakin adanya Hari Ahirat. Di sana setiap kebaikan pasti mendapat balasan. Apa yang lebih diharapkan adalah ganjaran akhirat bukan keuntungan dunia. Hidup di dunia adalah  untuk ‘menanam’ pohon kebaikan sebanyak-banyaknya. Insya-Allah di akhirat nanti akan dituai hasilnya. Mereka yakin, “one who laughs last, laugh best – yang ketawa terakhir ialah ketawa yang terbaik!

Orang beriman celik mata hati. Syurga, pahala, keredhaan Allah dan pengampunanNya jelas tertera di ruang hati. Mereka rela rugi, dicaci dan menderita di dunia yang sementara demi mendapat ganjaran, pujian dan kesenangan di akhirat yang abadi. Dunia ini dirasakan ladang tempat bercucuk tanam. Justeru, mereka adalah orang yang paling sibuk berkerja di dunia. Mereka sentiasa aktif dan produktif. Ya, kecintaan kepada syurga tidak bermakna meminggirkan dunia!  Read the rest of this entry »

 
29 Komen

Posted by di 23 Mei 2012 in Tarbiyah

 

Label: , , , , ,

MENANGANI RASA ENGGAN MEMBERI

Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri.  Justeru, Allah telah mengingatkan dalam Al Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafan, maanfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
• Hati akan lebih tenang.
• Wajah akan bersih.
• Semangat kerja akan tinggi.
• Penyakit akan cepat sembuh.
• Hidup akan menjadi berkat.
• Murah rezeki.
• Mendapat lebih ramai sahabat.

Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:

• Memberi akan mengurangkan.
• Orang yang menerima tidak berterima-kasih.
• Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.
• Takut dieksploitasi & dimanupulasi.
• Tidak adil setelah kita penat berusaha.
• Tidak mendapat balasan (sia-sia).

Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu.  Berikut adalah beberapa alasan mengapa kita tidak memberi dan bagaimana cara untuk menanganinya. Insya-Allah. Jom sama-sama kita mujahadah untuk amalkan! Read the rest of this entry »

 
23 Komen

Posted by di 7 Disember 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

CINTA ITU BERERTI MEMBERI!

(Maaf, sudah agak lama saya tidak memasukkan entri baru… Kesuntukan waktu adalah kekangan yang sangat besar untuk saya menulis. Walaupun saya sedih kerana tidak dapat membalas dan melayan banyak pertanyaan dari pengunjung, tetapi apakan daya, saya juga diuji dengan apa yang selalu saya sampaikan. Kadang kalah juga di jalan mujahadah ini!

Selepas mengendalikan kursus di A Farmosa Melaka, untuk pegawai-pegawai atasan ATM minggu lalu, saya terus mengendalikan bengkel tulisan di UIA. Kemudian terus ke USIM, untuk menjadi panel pembentangan kertas kerja DAKWAH KONTEMPORARI… belum sempat berehat anak saya yang sedang menuntut di IPT pula ditimpa kemalangan. Terpaksa menguruskannya pula dicelah-celah kesibukan melaksanakan ibadah korban.

Saya agak keletihan… tetapi alhamdulillah, tega dengan segalanya. Terdorong oleh kata-kata yang pernah saya sendiri nukilkan dahulu: Beribadahlah sehingga kau berasa letih untuk melakukan maksiat.Untuk anda, sudi-sudikan membaca tulisan ini seadanya.  Bacalah, dengan nama Allah..

CINTA ITU BERERTI MEMBERI!

Sudah menjadi sunatullah, orang yang berjaya pada tahap “biasa-biasa” sahaja ialah orang yang membawa hanya dirinya sahaja berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang lain berjaya bersamanya. “No man becomes rich unless he enriches others” – tidak ada orang boleh menjadi kaya hingga dia “mengkayakan” orang lain.

Hakikat ini bukan sahaja dilihat dari sudut material, malah di sudut ilmu, iman, taqwa pun begitu juga. Orang yang paling beriman, bertaqwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertaqwa, beriman dan berilmu bersamanya!

Hakikat ini semacam sudah tradisi dalam perjalanan hidup para Salafussolaeh zaman dahulu. Lihat sahaja Rasulullah s.aw. Baginda dikenali sebagai pemimpin yang berjaya. Dan di bawah didikannya telah lahir ramai pemimpin-pemimpin lain yang berjaya. Antaranya Sayidina Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra dan sebagainya. Begitu juga dikalangan ulama-ulama besar. Lihatlah betapa ramainya ulama yang dilahirkan hasil didikan Imam Safie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Bagaimana membawa orang lain berjaya bersama kita? Untuk itu kita mesti amalkan sikap memberi. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita. Jangan bakhil menabur kebaikan. Monopoli ilmu, tenaga, bakat dan kemahiran yang ada hanya akan menyekat pertumbuhan dan perkembangan diri kita sendiri. Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum!  Read the rest of this entry »

 
30 Komen

Posted by di 30 November 2009 in Tentang Cinta

 

Label: , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,101 other followers