RSS

Tag Archives: perkahwinan

RELAKAN PERPISAHAN ITU DEMI CINTA

Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!

Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.

Pada remaja yang terus bertanya… Pada ‘retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.

Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!

Pada sahabatku yang selalu berkongsi lewat sms dan email, pada saudara/i yang terus meluahkan cerita dan berita melalui wadah Gentarasa ini, sudi apalah kiranya berhenti sejenak dalam kelelahan bercinta. Mari kita istirehatkan hati dengan…

Relakanlah perpisahan itu demi cinta

 Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

 Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.

 Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.

 Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.    Read the rest of this entry »

 
84 Komen

Posted by di 5 Julai 2011 in Tentang Cinta

 

Label: , , ,

BERCERITA TENTANG JODOH…

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya. Read the rest of this entry »

 
281 Komen

Posted by di 9 Februari 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , , , , ,

IJAB JANGAN TERHIJAB!

Minggu ini terlalu banyak peristiwa yang dialami. Perpisahan, kematian dan pertemuan. Mudah-mudahan, Allah kurniakan kekuatan untuk menulis semuanya nanti. Masih sayu kerana kepulangan insan yang banyak berbudi. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan para solehin.

Namun, buat pembaca dan pengunjung blog ini, saya tinggalkan satu tulisan… Ya, buat yang baru bernikah atau yang baru menjadi bapa atau ibu mertua, terimalah “hadiah” yang tidak sepertinya ini...

IJAB JANGAN TERHIJAB!

Dahulu melafaz qabul, “aku terima nikah…” Sebentar tadi baru melafazkan ijab, “aku nikahkan akan dikau.” Puluhan tahun berlalu. Jarum waktu bergerak begitu laju dalam arlogi takdir dan tadbir. Kalau dulu hatiku bergetar kerana menerima tanggung-jawab, kini hatiku bimbang kerana ’melepaskan’ tanggung-jawab.

Bagaimana, mampukah aku mendidik isteriku? Begitulah suara hati ketika tanganku bersalaman dengan Qadi puluhan tahun yang lalu. Sejuk, dingin, terasa meresap ke seluruh anggota. Sejak saat itu ’masjid’ yang dibina menagih seribu usaha, sejuta setia. Telah banyak kepedihan yang ditagih menjadi baja keteguhan. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Yakin hakikat itu… suami-isteri berkayuh air mata menongkah badai gelora!

Jika matlamat telah tepat, apakah ada pilihan lain selain meneruskan perjalanan?Layang-layang hanya naik apabila melawan angin, bukan mengikutnya. Dan begitulah jua hidup ini, dengan ujian barulah naik darjat kita di sisi Allah.

Hidup selagi hidup. Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa, yang hilang semangat dan upaya.Kata bijak pandai, “jika tidak ada apa yang boleh menggembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu, dan jika tidak ada apa lagi yang ingin kau perjuangankan dalam hidupmu… Itu petandanya kau sudah mati.

Zahirnya sahaja kau masih bernyawa, tetapi hakikatnya kau adalah ‘mayat’ dalam keranda maya.” Alhamdulilah, sampai kini aku masih mampu ketawa dan menangis… masih menyala cita-cita dan harapan… petanda aku masih hidup.

Itu ceritaku sewaktu bernikah dulu. Tetapi kini cerita anakku. Maaf, hakikatnya ini bukan ceritaku, tetapi cerita kita – rumahtanga ayah-ibu sebagai pantulan rumahtanga anak-menantu. Ketika ku lepaskan kalimah ijab, baru kusedar bahawa kekadang ’melepaskan’ tanggungjawab adalah lebih berat daripada menerimanya. Apakah anakku (dan anakmu jua) akan tega dan rela menjadi isteri sesetia ibunya? Apakah dia akan menerima segala ’kekurangan’ suami sebagai kesempurnaan dalam rumahtangga?  Read the rest of this entry »

 
41 Komen

Posted by di 29 Mac 2010 in Tarbiyah

 

Label: , , , , , ,

TAFAKUR DI PUSARA CINTA…

ms 89 aAh, cinta itu boleh tumbuh, subur dan berbuah. Cinta juga boleh lumpuh, terkubur dan musnah. Ramai pasangan yang berkahwin, tetapi tidak sampai setahun, cintanya patah. Ada juga yang berkahwin, berpura-pura bahagia. Akhirnya kecundang, berpisah di usia senja. Namun lebih ramai yang terus berkahwin, namun rumah tangganya bagai pusara… tidak ada cinta, jauh sekali bahagia.

Jika terdetik sahaja di dalam hati, “Aku tidak berpisah dengannya (pasangan kita) hanya kerana anak-anak…” itu petanda bahaya. Selalu kita diingatkan “hadiah” termahal untuk anak-anak ialah mencintai ayah atau ibunya (isteri atau suami kita). Jadi, jangan sekali-kali kematian cinta. Bina dan binalah lagi walaupun bagaimana perit dan deritanya. Read the rest of this entry »

 
15 Komen

Posted by di 10 Ogos 2009 in Kemudi Hati

 

Label: , , , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,197 other followers