RSS

Tag Archives: PUASA

MENJANGKAU PASCA RAMADAN

Walaupun Ramadan belum berakhir, tetapi tidak salah kalau kita muhasabah ke hadapan. Maksudnya, kita gerakkan hati dan fikiran kita untuk melihat apa yang akan kita  ‘dapat’ atau siapa kita akan ‘jadi’ pasca Ramadan ini. Supaya dengan itu, kita belajar menghargai detik Ramadan yang masih berbaki. Jangan sampai bila ia berlalu, kita menepuk dahi… kesal kenapa kita tidak mendapat apa-apa atau diri masih di takuk lama.

Bukankah Rasulullah SAW sendiri mengingatkan dalam sebuah hadisnya, betapa ada muslim yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan tidak mendapat apa-apa daripada Qiamullailnya melainkan letih dan kepenatan berjaga malam semata-mata.

Apakah hasil yang kita harapkan selepas berpuasa di bulan Ramadan? Apakah bentuk manusia yang kita akan jadi selepas keluar dari ‘kem latihan’ Ramadan ini? Ya, mari bermula dengan satu pengakiran – menjangka hasil akhir ketika memulakan. Supaya dengan ini, puasa yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ini akan kita laksanakan penuh keikhlasan dan pengharapan. InsyaAllah agar segala dosa terampun, dan kita meningkat menjadi insan yang lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Ingatlah, bahawa tujuan berpuasa adalah untuk melahirkan taqwa. Orang yang bertaqwa itu sangat berhati-hati menjaga hukum Allah. Dia juga akan mencegah dirinya daripada berbuat sesuatu yang diharamkan Allah. Begitulahlah erti taqwa – sentiasa  berhati-hati dan sentiasa mencegah diri daripada segala yang dimurkai Allah. Persis seperti yang digambarkan oleh Ubai bin Kaab, apabila ditanya oleh Sayidina Umar tentang taqwa. Kata Ubai, “seperti seorang yang sedang melalui jalan yang penuh duri.” Maksudnya, sangat berhati-hati agar tercegah daripada memijak duri!

Dan sudah sewajarnya keluar sahaja daripada madrasah Ramadan, umat Islam sudah mencapai taqwa. Dia akan berhati-hati apabila hendak bercakap, belajar, makan, bertindak, berfikir dan bertindak agar sentiasa berada dalam keredaan Allah. Dia tidak sembarangan lagi berbuat sesuka hati melainkan terlebih dahulu merujuk kepada hukum Allah yang lima – halal, haram, sunat, makruh dan harus. Daripada persoalan sekecil-kecilnya, seperti masuk ke dalam tandas sehingga mengatur dan memimpin urusan negara.

Taqwa itu berada di dalam diri. Rasulullah SAW menunjukkan ke dadanya, apabila memberi penjelasan tentang taqwa. Namun, yang di dalam hati itu akan memberi kesan kepada luaran, justeru hati itulah yang mengawal segala perlakuan. Walaupun taqwa itu nilai seseorang di sisi Allah, namun kesannya begitu besar kepada hubungannya sesama manusia. Manusia bertaqwa, akan berakhlak dengan manusia. Tegasnya, siapa yang paling akrab dengan Allah, seharusnya dia juga paling intim dengan manusia. Habluminallah dan habluminannas saling berkaitan. Read the rest of this entry »

 
20 Comments

Posted by on 7 August 2012 in Tarbiyah

 

Tags: , , , ,

PUASA ITU REVOLUSI HATI

REVOLUSI HATI

Puasa ialah peperangan untuk mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mengajak diri kepada kejahatan. Peperangan yang tidak pernah ada ‘gencatan senjata’ ini sentiasa berlaku dalam diri manusia dan ia menjadi semakin hebat pada bulan puasa. Pada bulan ini, Allah memberi kita pelbagai ‘senjata’ tambahan untuk mengalahkannya. Bukan itu sahaja, ‘mentor’ nafsu yang utama yakni syaitan telah dibelenggu dan tidak boleh membantu nafsu dalam usahanya mengalahkan akal bagi menguasai hati.

Apabila sumber kekuatan nafsu (makan minum) disekat, dan ia diserang bertubi-tubi oleh pelbagai jenis ibadat, sewajarnya hati akan bertambah bersih dan fikiran menjadi semakin jernih. Inilah yang akan membentuk seorang manusia yang baik.      Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah  manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah hati.

Itulah peranan utama hati. Ia umpama raja di dalam kerajaan diri manusia. Jika raja baik, rakyat akan jadi baik. Maka begitulah bila hati baik, secara automatik tangan, kaki, mulut, hidung dan lain-lain pancaindera akan melahirkan kebaikan. Al-Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Read the rest of this entry »

 
12 Comments

Posted by on 14 August 2011 in Tarbiyah

 

Tags: , , ,

TANDA-TANDA MALAM AL QADAR…

86195366Kata orang lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain. Ada yang lebih yakin, mengatakan pada malam Jumaat 21 Ramadhan yang lalu. Itu malam ganjil, ditambah pula malam Jumaat. Lantas saya ada menerima SMS, ada sahabat-sahabat yang kesal kerana “terlepas” malam Al Qadar.

Satu SMS menyatakan,” ramai cakap malam tadi (21 Ramadhan) lailatul Qadar. Saya memang minta sangat nak ketemu dengannya. Tapi malam tadi mengantuk luar biasa. Rasa rugi kalau terlepas!” Memang rasa kesal akibat terlepas peluang keemasan untuk lebih dekat dengan Allah itu baik. Tetapi jangan terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat terlepasnya. Lalu saya balas SMS itu dengan kata, “ jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja.”

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.  Read the rest of this entry »

 
22 Comments

Posted by on 14 September 2009 in Tarbiyah

 

Tags: , , , ,

MENGGULINGKAN KERAJAAN TIRANI DALAM DIRI

85571670Bagaimana kalau kereta yang kita pandu rosak “brek”nya? Sangat merbahaya. Kita boleh terbabas, terjunam dan berlanggar sebaik sahaja mula bergerak. Maka begitulah puasa dalam hidup kita – fungsi utamanya menahan (brek). Puasa itu daripada perkataan saum – ertinya menahan. Apa yang kita tahan? Ya, nafsu kita. Nafsu yang asalnya jahat, tetapi mesti kita uruskan kerana ia mempunyai fungsi yang penting dalam kehidupan. Nafsu itu mesti kita kawal, bukan sebaliknya. Kemampuan mengawal nafsu inilah umpama brek pada kenderaan diri kita.

Dan mekanisma latihan untuk mengawal hawa nafsu ini ialah puasa. Jika kita bebar-benar berpuasa, insya-Allah, kita akan mempunyai kekuatan dan kemampuan mengawal hawa nafsu – yang menjadi punca segala sifat buruk dan jahat (mazmumah). Nafsulah yang bersaing dengan akal untuk menguasai hati. Jika nafsu tidak terkendali, akal akan kalah dan hati akan ditawan. Maka tegaklah kerajaan Tirani dalam diri kita. Penzaliman, kejahatan dan kerakusan akan bermaharajalela. Syukur, Allah kurniakan kita puasa… jika tidak kita akan terkapa-kapa, diperbudakan oleh hawa nafsu ke arah kehancuran. Bukan sahaja di akhirat, malah di dunia lagi.

Kita mesti gulingkan kerajaan tirani dalam diri. Kita mesti laksanakan revolusi malah perang habis-habisan. Jika tidak segala sumber yang ada pada diri akan dilaburkan kepada kejahatan. Segala kekuatan dan upaya akan terarah kepada kemungkaran. Mari kita gulingkan kerajaan tirani ini. Mari kita berperang habis-habisan dengan nafsu di Ramadhan ini.    Read the rest of this entry »

 
8 Comments

Posted by on 24 August 2009 in Tarbiyah

 

Tags: , , , ,