RSS

Tag Archives: reformasi

REVOLUSI BERUK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

REVOLUSI BERUK

 

Sesungguhnya ilmu itu bukanlah kejahilan

akan tetapi ada ilmu yang bahayanya

lebih daripada kejahilan.

-Imam Al Ghazali

 

Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang sambil tangannya yang berbulu itu memegang ranting dahan.

Dia termenung.Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke dahan,berteriak,menjerit penuh riang.

“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita,rimba raya ditusuk jeritan beruk-beruk hutan.Tapi Raja Beruk terus termenung…

“Mengapa paduka tuan?”tanya Menteri Beruk.

Diam..tiada jawapan.Raja Beruk terus diam.

“Mengapa paduka tuan?”Tanya Menteri Beruk sekali lagi.

“Aku risau…”sepatah jawab Raja Beruk.

Pokok ketapang tempat semayam Raja Beruk tetap tegap.Buah-buahan hutan hadiah anak buahnya tidak dijamah.

Menteri Besar terus tertanya-tanya.Apa dah jadi pada Rajanya?

Raja Beruk tetap risau.

“Apa khabar utusan-utusan yang kita tugaskan?”

“Sudah seminggu mereka tak balik-balik,Kakap belum balik

dari Selatan.Semik belum balik dari Barat,Koring belum sampai dari Timur…Mana Sigah dari Utara?”keluh Raja Beruk.

“Jangan risau tuanku ,mereka pasti balik”,pujuk Menteri Beruk.

“Itu aku tahu tetapi berapa lama?”bentak Raja Beruk dengan nada tinggi.Marah nampaknya dia,

“Mana manuskrip itu?cuba bacakan sekali lagi!”perintah Raja Beruk.Memanda  Menteri mencapai kertas keramat yang dimaksudkan.Dikeluarkan dari celah banir pokok yang terlindung dengan daun-daun kayu.Dalam hati Memanda Menteri Beruk  hot juga.Nak protes depan-depan tak berani. Dia dah jemu sebab kali ini sudah seratus sembilan puluh,manuskrip itu dikeluarkan.Dan  dia sudah pasti,pasti..

dia diperintahkan membacanya lagi .

Tiba-tiba…

“Nyet…nyet…ook…ook…”suara garau Raja Beruk bertitah.

Suaranya bergema di kawasan hutan itu.Anak buah yang tadinya bergayutan menjerit ,bergurau,dan bersuka-suka diam serta merta.Semuanya taat perintah.Raja Beruk perintahkan diam.Dia ingin menghayati isi manuskrip itu.Jangan diganggu konsentrasinya.Anak buahnya  mesti diam.Dan mereka nampaknya terus patuh.Titah R aja Beruk tetap dijunjung.

Meskipun beruk sama-sama beruk tetapi ia jadi Raja.Dan rakyatnya hanya menerima beruk menjadi raja.Sudah tentu!

“Ini perutusan agung dari datukmu Darwin:asal kami adalah beruk…tetapi sekarang kami dipanggil manusia.Kami bina tamadun hidup yang tinggi,kekayaan dari perut bumi kami gali,kami duduk dalam rumah berhawa dingin dan menikmati makan-minum,tidur baring dan berhibur dengan selesa.Kami bina ia dengan keupayaan kami sendiri.Dengan otak yang telah berkembang.Ekor kami jadi kecil,wajah kami jadi cantik…

Semua penukaran semulajadi dan ini kami tangani dengan revolusi otak dan evolusi  fizikal…

“Gunakan otak wahai saudara-saudaraku beruk!Hutan akan musnah,pokok tempat  bergayut akan ditebang manusia.Buah kelubi,pisang hutan dan lain-lain milik kamu akan pupus.Teknologi  manusia akan menghimpit kamu.Satu dan hanya satu jalan keluar …Beruk-beruk mesti jadi manusia!Jadilah manusia!Jadilah manusia!”

Begitulah isi manuskrip yang dibaca oleh Menteri Beruk.

Mata Raja Beruk jadi bersinar,fikirannya melayang-layang…

Aku…detik hatinya,aku akan memimpin rakyatku untuk satu revolusi.Revolusi besar,hebat dan gagah.Apa dia?Menukar dan memimpin beruk menjadi manusia!Nah, itu misi revolusiku… Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 20 February 2017 in Tarbiyah

 

Tags: , , , ,