RSS

Tag Archives: Sejati

CINTA YANG MEMBUNUH JIWA

 

gambar-cinta-abadi

 

 

 

 

 

 

 

 

Cinta ialah fitrah. Untuk mengurus fitrah kita perlukan hidayah. Tanpa hidayah (petunjuk), fitrah cinta akan bertukar menjadi fitnah. Sejak  dulu hingga kini, rasa cinta telah dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh Yahudi dan Nasrani serta musuh Islam yang ‘sewaktu’ dengannya untuk menghancurkan para remaja.

 

Bukan sahaja remaja, malah ‘retua’ juga gagal menguruskan cintanya. Sudah mempunyai isteri dan anak-anak yang sah, tetapi gara-gara cinta ‘baru’nya dia terus memburu. Belum pun sempurna menguruskan tanggungjawabnya, nafkah lahiriah masih lintang pukang, kepimpinannya sebagai suami masih cacamarba namun ada hati untuk menambah isteri.

 

Banyak kali sudah terjadi, pada suami yang menduakan isteri, sama ada secara resmi atau tidak, menghancurkan hati isteri yang sedia ada… kemudian isteri keduanya seterusnya deretan anak-anaknya. Konon ‘membela’ untuk membela tetapi apa yang dibela sebenarnya adalah nafsu serakah yang dijustifikasikan atas nama cinta. Cinta untuk mengindahkan, tetapi dia memusnahkan.

 

Ramai yang ‘membunuh’ jiwa dan perasaan insan lain atas alasan cinta. Membina istana kebahagiaan atas penderitaan orang lain. Anak-anak ditinggalkan, makan-minum, didikan dan kasih sayangnya diabaikan… dia tega memburu bahagia dengan cinta pada isteri baru. Bukan kerana tanggung jawab atau menegakkan sunnah, itu hanya alasan di bibir. Tetapi semua angkara nafsu inginkan keseronokan semata-mata. Read the rest of this entry »

 
8 Comments

Posted by on 9 June 2015 in Tentang Cinta

 

Tags: , , ,