RSS

Arkib Label: SERAUT KATA

Sekilas tentang buku ‘ANGGUK GELENG’

417841_648179198531911_2145906958_nAlhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana dalam mendidik manusia. Didikannya yang Maha Lembut sesuai dengan sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah yang memaparkan seluruh kisah dengan sepenuh ibrah.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, Rasululullah yang menyampaikan kisah benar dengan cara yang benar, jujur dan berkesan. Baginda sangat hebat kerana berjaya mendidik manusia yang menjadi teladan sepanjang zaman. Rasulullah berkesah untuk mencipta sejarah.

Semoga dengan segala kerendahan hati buku ini ditulis…. 

Cerita dan anekdot dalam buku ‘Angguk Geleng’ ini akan menyebabkan kita mengangguk dan menggelengkan kepada. Tidak semestinya oleh kepala yang fizikal yang bergoyang tetapi fikiran dan hati yang bersifat maknawi itulah yang akan tunduk akur mengiyakan atau berpaling ke pinggir kerana menafikan. Lucu, tetapi ada sindiran tersirat. Pendek tetapi ada pengajaran yang luas dan dalam jika direnungkan. Inilah yang akan kita fahami, ingati dan renungi di sebalik puluhan cerita-cerita santai yang dipaparkan dalam buku ini.

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya ‘diundang’ ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan. Buku ini, insyaAllah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan.

Manusia yang bijak diajak dengan hikmah – diberikan makna tersirat di sebalik yang tersurat. Dia akan lebih terasa apabila kebenaran disampaikan dengan penuh kebijaksanaan. Fikir tahap tingginya hanya akan dipuaskan apabila lapis-lapis pengajaran digabung secara bersepadu tanpa diganggu oleh ayat-ayat yang bersifat pinggiran. Biar yang padat dan tepat. Itu lebih menyentuh. Buat golongan ini tarbiah mesti disampaikan penuh hikmah. Jangan diasak dan ditolak mereka ini ke pintu kebenaran… tetapi mereka sendiri akan melangkah penuh rela apabila sanubari sudah ditawan oleh makna di sebalik cerita!

Manakala buat golongan sederhana, pendekatannya juga mesti sederhana. Tidak perlu falsafah dengan sentuhan berat untuk memikir makna yang tersirat… tetapi cukup dengan ‘mauizah’ – pengajaran-pengajaran yang jelas dan mudah. Bagi mereka ini kebaikan dan kebenaran itu sahaja sudah cukup sebagai tarikan. Tidak perlu bersilat kata dengan belitan makna yang tersembunyi. Kesederhanaan! Itulah lebih memikat dan mengikat. Katakan bulan itu bulan, jangan ditamsilkan lagi sebagai ‘lentera malam yang menyinari alam’. Jika demikian, buku ini juga ditulis buat mereka. Pengajaran di sebalik cerita-cerita dalam buku ini adalah jelas, ringkas tetapi sangat bernas. Read the rest of this entry »

 
5 Komen

Posted by di 26 April 2013 in Semasa

 

Label: , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,099 other followers