Looking for Something?
Posts Tagged for

suami

MENCARI KECANTIKAN ISTERI BUKAN ISTERI YANG MASIH CANTIK…

Author:

64557_427581307328153_1730802048_n”Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?”  keluh seorang sahabat rapat kepada saya.

”Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.

”Mengapa? Teruji sangatkah?”

”Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”

“Kau menjaga pandangan?”

“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”

”Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seaakan-akan menumpang keluhannya.

 

”Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik… cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”

”Kita akan dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.

”Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”

Saya senyum. ’Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran. (more…)

PAKSAKAN CINTANYA

Author:

th“Ustaz, saya baru sahaja ditimpa kemalangan, “ ujar lelaki muda itu setelah bersalaman dan terus duduk bersimpuh di hadapan saya.

Saya renung matanya. Ada sayu di situ.

“Innalillah wa in nna ilaihi rajiun. Tapi syukur, saudara selamat,” ujar saya sambil memegang lengannya. Saya lihat tidak ada parut pada wajah mahupun tangannya.

“Tetapi sedih sekali ustaz,  isteri saya meninggal dunia.”

“Innalillah wa in na ilaihi rajiun…” balas saya buat kedua kalinya. Saya terus tunduk. Tiba-tiba sebak di hati.

“Isteri dan saya kemalangan. Tetapi dia yang pergi.”

“Tabahlah.”

Saya pegang tangannya erat. Empati menusuk jiwa. Lelaki di hadapan saya ini sangat muda.

Tiba-tiba seorang anak kecil berlari menerpanya. Terus duduk di atas riba. Dari belakang, seorang tua lelaki datang menghampiri kami dengan mendukung seorang anak kecil. Daripada raut wajah kedua kanak-kanak itu saya dapat meneka mereka tentu adik-beradik.

“Dua orang ini anak saya. Ini bapa saya,” katanya sambil menunjuk kepada lelaki tua yang menghampiri kami.  Sebelah tangannya yang lain membelai rambut anak yang di dalam pangkuannya.

“Yang kecil ini masih belum membiasakan diri dengan ketiadaan ibunya. Dia menyusu badan ustaz.”

Saya masih diam. Terus menggenggam tangannya.  Suasana meriah di bahagian belakang masjid tempat kami duduk itu tidak lagi menarik perhatian. Orang lalu lalang  dan aktiviti pameran yang sedang dijalankan itu seolah-olah tidak kedengaran dan kelihatan lagi. Saya tenggelam dalam laut rasa yang sangat menyedihkan.

“Baru dua bulan ustaz…”

Saya mengangguk-angguk kepala lagi. Saya kekal menjadi pendengar. Bukan mendengar dengan telinga,  tetapi dengan mata dan hati. Teringat ungkapan yang selalu saya titipkan buat diri sendiri  dan teman-teman,  “sesetengah masalah bukan untuk diselesaikan tetapi hanya untuk didengari”. (more…)

MAAFKAN AKU WAHAI ISTERI…

Author:

etika-suami-isteriMaafkan ku wahai isteri kerana tidak memaafkan mu! Sesungguhnya ketika ini hati ku tidak menentu. Resah dan gelisah. Puas ku cari puncanya, rupanya segala-galanya kerana tidak memaafkan mu. Tidak memaafkan itu sesungguhnya satu dosa. Dosa itu pasti meresahkan.

Benarlah seperti apa yang pernah ditegaskan oleh  Rasulullah SAW:  “Dan dari Wabishah bin Ma’bad RA, ia berkata : “Aku telah datang kepada Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda : ‘Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab : ‘Benar’.

Baginda bersabda : ‘Mintalah fatwa dari hati mu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang menenteramkan jiwa dan menenangkan hati dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepada mu dan mereka membenarkannya”. (HR. Ahmad)

Ketahuilah aduhai isteri, sebaik sahaja surat ini di sisi, kau telah ku maafkan. Maafkan aku kerana tidak memaafkan mu. Sesungguhnya, aku acap kali dikuasai ego, sehingga terasa aku lebih ‘besar’, lebih penting dan lebih berkuasa…  sehingga dengan itu aku  tidak mampu memaafkan. Sedangkan aku hakikatnya hanyalah seorang hamba… yang kerdil, lemah dan berdosa. Siapalah diri ku sehingga tidak mampu memaafkan, sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Besar itu pun sentiasa memaafkan.

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah Yang Maha Tinggi berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku akan mengampuni mu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andai kata dosa-dosa mu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepada mu dengan ampunan yang besarnya seisi bumi seluruhnya.”

Sungguh, setelah aku teliti dengan hati-hati segala kesalahan mu isteri… semuanya berpunca daripada kesalahan ku jua. Aku yang masih gagal mendidik mu. Aku yang masih kurang sabar dalam menghadapi kerenah mu. Aku yang masih tidak lunak dalam bertindak dan berkata. Hingga dengan itu, kesalahan mu cuba ku tangani dengan satu kesalahan juga. Malah ada kala dengan satu kesalahan yang lebih besar lagi. (more…)

BISU YANG BERSUARA…

Author:

535955996_8c791085b0

Kata orang, komunikasi tahap tinggi ialah kemampuan kita mendengar sesuatu yang tidak diperdengarkan. Komunikasi tanpa suara, begitulah istilah yang mungkin paling tepat untuk menamakan komunikasi jenis ini. Mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan mata dan hati. Berikan hubungan mata, jalinankan rasa hati. Itulah maksud mendengar yang hakiki. Jika tidak, kita masih dikira ‘tuli’ dalam perhubungan sesama suami-isteri.

“Dah berapa kali saya nyatakan… tetapi awak macam tak faham. Tak faham atau tak mahu faham?”

Begitu selalu kita dengar kemarahan seorang suami.

“Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”

Begitu pula luapan kekecewaan seorang isteri.

Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.

 Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.

“Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?” kata suami yang berang.

“Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.    (more…)

SUNYI SEKEPING HATI

Author:

 

Sejak awal ketika memasuki masjid saya sudah melihatnya. Cuma kami berdua. Jadi, saya rasa kami saling menyedari kehadiran masing-masing. Selesai solat, dia solat lagi. Kemudian tafakur atau berzikir.

Tak lama kemudian, terus membaca Al Quran. Begitulah keadaannya. Saya tidak ingat berapa lama dia dalam keadaan begitu kerana saya juga sibuk dengan hal sendiri. Memang beginilah rutin pagi saya. Jika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, saya akan singgah di mana-mana  masjid untuk iktikaf sambil melaksanakan tugasan atau menulis seadanya.

Beberapa lama kemudian, tanpa saya sedari dia sudah berada di sebelah saya. Setelah saling bersalaman, menegur dan takruf, kami mula berbual.

“Apa yang ustaz tulis dalam blog baru-baru ini telah menimpa saya,” katanya dengan wajah suram. Rupa-rupanya dia mengikuti tulisan dalam buku, majalah, blog dan FB saya.

“Entri yang mana?” tanya saya pinta kepastian.

“Tajuknya, ujian cinta… Kebetulan cinta saya sedang diuji. Sakit.” (more…)