RSS

Arkib Label: tarbiah

DERAP KASUTNYA…

Kadangkala saya senyum sendirian membaca tulisan-tulisan lama oleh saya sendiri. Terasa betapa lantang dan vokalnya saya menulis pada masa itu. Kini setelah berusia, saya jadi lebih berhati-hati. Mana yang lebih baik? Entahlah, Allah yang Maha Mengetahui. Namun, yang pasti sewaktu muda-muda dahulu kita terlalu obses dengan pandangan sendiri. Dan memang sinis dan skeptik dengan pandangan orang lain yang berbeza. Setiap yang berbeza kerapkali ditafsirkan sebagai satu pertentangan.

Kini saya jelas, yang berbeza itu indah. Berbeza bukanlah masalah. Tetapi yang kerap menimbulkan masalah ialah SIKAP orang yang berbeza pandangan itu. Kerap kali sikap itulah yang menimbulkan perbalahan, bukan perbezaan itu. Malah pada banyak keadaan, perkara khilaf yang dipertikaikan menyebabkan terkorbannya akhlak budi yang lebih aulawiyat dipertahankan. Pernah agak saya selama setahun saya bingung dengan ‘school of thought’ yang berbagai-bagai aliran – salafi, sunni, sufi, wahabi dan sebagainya. Saya jadi pencari semula seperti pada zaman remaja dahulu…

Sering saya bertanya, dan sering juga saya ditanya. Kekadang oleh sebab kedangkalan ilmu saya banyak berdiam. Cuba terus belajar. Ke sana kemari, mendengar dan meneliti. Pada ketika itu saya berpegang kepada apa yang diyakini dan tinggalkan apa yang diragui. Namun saya tidak pernah menutup pintu untuk mendengar dan berbincang. Tetapi apa pun akhlak dan adab mesti dipertahankan. Jangan dicampur soal personel dan jurusan ilmu dan kaedah berfikir yang sifatnya lebih profesional.  Read the rest of this entry »

 
39 Komen

Posted by di 28 Julai 2010 in Semasa

 

Label: , , , ,

MUHASABAH DI SATU MALAM…

85660565Malam ini aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya?

Kata, bijak pandai: Ini soal yang tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yang berjaya tidak sempat bertanya apakah aku telah berjaya seperti mana orang yang bahagia tidak akan bertanya apakah aku bahagia?

Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hidup ku sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba Ilahi. Di mana ukuran kejayaan ku? Aku gagal atau berjaya?

Sering dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila tercapai tujuan hakiki dalam hidup. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas yang sejak dahulu telah diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada Allah – IBADAH.

Ah, mudahnya. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadah itu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Sering sekali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat bila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat. Acapkali keperluan hidup (makan, minum, kenderaan, rumah, harta) bertukar menjadi TUJUAN hidup.

Padahal, tujuan itulah yang pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah penuh seluruh. Manakala makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta serta dunia segalanya hanya keperluan hidup. Tujuan itu ialah rasa kehambaan – takut, cinta, harap, taat – seorang hamba kepada Allah. Keperluan itu ialah alat mencapai tujuan. Tujuan itu letaknya di hati. Manakala keperluan itu harus di letakkan di tangan. Apakah hatiku sarat dengan TUJUAN? Atau alpa hanya memburu membanyakkan keperluan di tangan?   Read the rest of this entry »

 
17 Komen

Posted by di 26 Mei 2009 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

Bila yang cerdik tak baik

perkasa-diriSering kita dikejutkan dengan isu pelajar yang cemerlang pencapaian kademiknya tetapi terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat misalnya, gengsterisme, pergaulan bebas dan lain-lain. Soalnya, di manakah silapnya kita? Sejauhmanakah kecemerlangan dalam bidang akademik mampu menjamin pembinaan generasi remaja yang berakhlak?

Apa yang berlaku dalam kehidupan kita, samada baik atau buruk merupakan ‘didikan’ tersirat dari Tuhan. Maksudnya, ada sesuatu yang perlu kita fahami, hayati dan sedari di sebalik setiap sesuatu justeru sesuatu yang terjadi tidak sia-sia. Ertinya, setiap peristiwa ada tujuan, dan kita sebagai hamba-Nya perlumencari apakah tujuan di sebalik setiap kejadian, peristiwa dan perkembangan. Sehubungan dengan itu, saya rasa kita perlu bermuhasabah semula tentang matlamat, pendekatan dan pelaksanaan pendidikan kita.  Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 27 Mac 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , ,

MURABI ATAU SELEBRITI?

lilinLepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. “Penyakit para daei”, itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi “pendengar”. Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.

Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa “hati kecil” sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi “peniaga” yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan “doktor” memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati… pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk…  Read the rest of this entry »

 
14 Komen

Posted by di 28 Januari 2009 in Zikir & Fikir

 

Label: , , ,

LEBUH RAYA – KENALKAN DIRI KITA SIAPA SEBENARNYA

kereta-sesakKetika memandu pulang untuk menguruskan perkahwinan adik minggu yang lalu saya benar-benar teruji. Lebuh raya Selatan ke Utara begitu sesak. Merangkak-rangkak rasanya menuju destinasi. Sangat menguji kesabaran. Ah, sesak yang begini sudah terasa seksa inikan pula sesak di padang Mahsyar. Dalam belaian hawa dingin di dalam kereta masih terasa “panasnya” menunggu, inikan pula menunggu perbicaraan di sana nanti. Kita tidak akan mampu. Mudah-mudahan ini menjadi motivasi untuk menjadi antara tujuh golongan yang mendapat naungan Arsy di Mahsyar nanti.

Bila sesak, semuanya bergolak. Yang memandu dan siapa yang bersama-sama dalam kereta sama-sama teruji. Silap-silap bahang “di luar” menjadi bara di dalam. Alangkah baiknya bila ada cd atau kasset ceramah, ayat Quran yang menjadi teman perjalanan. Untung juga dapat belajar dan berhibur dengan sesuatu yang bermanfaat.

Tetapi itu bukan suatu yang hendak saya kongsikan bersama saudara/I kali ini. Ada sesuatu yang lain, yang saya kira lebih tersirat dan menyentuh. Read the rest of this entry »

 
5 Komen

Posted by di 26 Januari 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , ,

KETUPAT EMAK

ketupat2Memberi lebih menggembirakan daripada menerima. Begitu yang selalu ditegaskan oleh pakar-pakar motivasi. Dalam Islam, kita memang digalakkan memberi berbanding menerima. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah, begitu maksud hadis. Tapi itu teorinya sahaja, dalam praktiknya payah hendak dirasakan memberi itu lebih menggembirakan, lebih baik. Read the rest of this entry »

 
5 Komen

Posted by di 19 Januari 2009 in Tarbiyah

 

Label: , , ,

KALAU HATI BAIK, WAJAH SENTIASA CANTIK

ayamBelajar dari ‘ayam’ tua.

“Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,” tambahnya lagi.
“Mengapa? Teruji sangatkah?”
“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”
“Kau menjaga pandangan?”
“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”
“Ya, iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.
Read the rest of this entry »

 
22 Komen

Posted by di 18 Januari 2009 in Tentang Cinta, Uncategorized

 

Label: , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,507 other followers