RSS

Tag Archives: tenang ada di sini

TAJUK BERBEZA MISI YANG SAMA

 

 

 

 

 

 

 

KATA PENGARANG

Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan yang memiliki taufik dan hidayah.  Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW yang telah berjuang bermati-matian untuk merintis jalan agar manusia  mendapat hidayah.

Tahun 1976, menjadi titik tolak kepada perubahan kepada seorang penyanyi terkenal bertaraf dunia, bernama, Stevens terhadap Islam. Pada tahun itulah Stevens terlibat dalam satu tragedi di Laut Pantai Malibu yang hampir menenggelamkan kapal yang dinaikinya. Dalam satu temu ramah dengan para wartawan, Stevens memaklumkan bahawa pada saat yang kritikal itu beliau telah memohon kepada Tuhan supaya menyelamatkannya dengan mengatakan “Oh Tuhan! Jika Engkau menyelamatkanku, aku akan bekerja untuk-Mu.”

Pengalaman yang hampir meragut nyawa itu telah memperkuatkan pencariannya yang panjang akan kebenaran. Sehingga selepas itu dia mula berjinak-jinak dengan Al Quran yang telah dihadiahkan oleh saudara lelakinya. Akhirnya, dia pun memeluk Islam dengan nama Yusuf Islam. Bayangkan daripada seorang penyanyi yang dilimpahi pelbagai keseronokan, dia akhirnya bertukar menjadi pendakwah yang disinar cahaya kebenaran.

Ya, sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah, tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Bukan Yusuf Islam sahaja, bahkan ramai individu yang terlibat dengan satu tragedi, namun dengan itu dia tergerak untuk bermuhasabah dan akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. Ya, mujur musibah itu datang, jika tidak dia akan terus alpa dan kecundang. Justeru, sering dikatakan ada Jannah (syurga) di sebalik musibah.

Apa yang dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini ialah bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita. Sekiranya, hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih…maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Bukan soal apa yang kita lihat dengan mata, tetapi apa yang kita rasai dengan hati. Ingatlah, mata itu hanya ‘khadam’ kepada hati. Bila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik…

Oleh itu, cabaran utama buat kita bukanlah untuk mengubah apa yang kita lihat dengan mata tetapi apa yang kita rasai dengan hati.  Jadi, ada baiknya kita betulkan hati dahulu, agar betul mata yang melihat, dan betul pula apa yang kita dapat apabila melihat sesuatu.  Hasilnya, orang mukmin akan mendapat kebaikan bukan sahaja daripada satu kebaikan malah daripada satu keburukan yang dilihat dan dirasainya.

Inilah ajaibnya hati mukmin. Sabda Rasulullah SAW: ”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.”

Ya, semuanya bermula dengan  membetulkan hati. Bila hati betul, benar dan baik, akan berlakulah kebaikan dalam apa jua yang kita alami dan lalui. Inilah misi kedatangan Islam. Islam datang untuk mendidik hati manusia melalui penanaman iman, pematuhan syariat dan penyempurnaan akhlak. Hanya Islam yang serasi dan sebati dengan hati manusia. Apabila nur iman dan Islam masuk ke hati, maka segala yang dilihat dan dirasai akan indah belaka. Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on 28 April 2017 in Tarbiyah

 

Tags: , , ,