RSS

Arkib Label: universiti

BELAJAR DARI “UNIVERSITI KEHIDUPAN”

air-terjunBerikut saya coretkan mukaddimah daripada buku terbaru saya : Nota Hati seorang lelaki – gugusan kisah tarbiah sanak, suami dan ayah. Saya menyimpan cita-cita agar buku itu dibaca oleh seramai mungkin pembaca. Mudah-mudahan ia dapat dijadikan titian dan titisan dalam laut rasa yang begitu bergelora. Buku ini bukan untuk “saya” tetapi untuk “kita”. ¬†Walaupun buku itu hanya kecil, tetapi cita-cita di sebaliknya besar. Insya-Allah. Ya, Allah permudahkanlah tercapainya harapanku:

Aliran ilmu umpama aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu ilmu, perlu “ditakung” dengan hati yang merendah diri. Semakin tawaduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya.Ya, begitulah jua adab kita belajar dengan kehidupan ini. Jika merendah diri, kita boleh belajar hampir daripada semua orang, keadaan dan peristiwa. Teringat kata Luqman Al Hakim ketika ditanya bagaimana dia mendapat hikmah? Dia menjawab, “aku belajar hikmah daripada orang yang dungu. Jika dia melakukan sesuatu, maka aku tidak akan melakukannya.”

Luqman menjadikan si jahil sebagai “guru” yang mengajarnya erti sempadan pada percakapan dan tindakan. Kita bagaimana? Jangan dilupakan petua dalam pembelajaran, bila murid bersedia, guru akan tiba. Maksudnya, bila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul “guru-guru” yang mahu mengajar kita.

Pada kisah-kisah yang saya nukilkan nanti ada pengajaran yang tersurat dan tersirat, insya-Allah. Prinsip dalam penulisan saya mudah sahaja – tulislah sesuatu yang memang kita yakini, alami dan rasakan. Perhatikan benar-benar di mana “nilai” didikan (tarbiah) dalam kisah-kisah itu. Padankan segala-galanya dengan kisah-kisah hidup anda sendiri. Bergurulah dengan pengalaman hidup sendiri. Sesetengah ilmu perlu “dirasai” baru boleh difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan.¬† Read the rest of this entry »

 
8 Komen

Posted by di 10 April 2009 in Semasa

 

Label: , , , , , , ,

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,102 other followers